Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah 2018

Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah 2018

Imej
Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah 2018. KPM telah memutuskan bahawa keberhasilan utama pendidikan Malaysia dilihat daripada dua perspektif penting dalam PPPM 2013-2025, iaitu kualiti sekolah dan kemenjadian murid. Kemenjadian murid dilihat melalui hasil keberkesanan proses persekolahan dan bukan lagi difokuskan kepada Gred Purata yang dijana daripada keputusan UPSR. Kualiti murid dilihat dari segi pencapaian akademik dengan tahap penguasaan minimum dalam UPSR. KPM mengambil pendekatan berbeza dalam melaporkan kejayaan murid yang telah melalui persekolahan peringkat rendah selama enam tahun. Pelaporan kejayaan murid sekolah rendah yang lebih menyeluruh dan bermakna, tidak lagi hanya berfokus kepada keputusan UPSR, malah melaporkan secara formal tentang profil murid dari segi kecerdasan semula jadi dan aptitud, tahap penguasaan dalam mata pelajaran di sekolah, serta kecergasan, tahap kesihatan dan penglibatan dalam aktiviti luar bilik darjah. Aspek kejayaan murid ini diperlihatka

SK Taman Nusa Perintis : Inaz @ Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah 2018

Imej
SK Taman Nusa Perintis : Inaz @ Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah 2018. Alhamdulillah. Dapat juga kesempatan untuk bersama dengan Inaz untuk ambil pelaporan PPSR 2018 di sekolah dia semalam. Seramai 9 orang murid yang dapat semua A dalam UPSR. Inaz dapat 5A1B yang masa B pada sains. Tahniah dik. Adik dah buat yang terbaeekkk!!!! Apapun keputusan yang dapat, adik dah buat yang terbaik. Lepas taklimat kami gerak ke kelas untuk berjumpa dengan cikgu. Adik lebih kepada alam semulajadi dan muzik. Seperti dijangka kan. Sempat jumpa dan berbual panjang dengan Guru Besar sementara menantikan angah jumpa dengan semua cikgu dia. Tahniah untuk semua, sama ada secara langsung atau tidak langsung; ibu bapa, keluarga dan guru-guru yang banyak memberi dorongan dan sokongan. Be the best! yang tak best, banyak gambo aku tak jadi pagi ni. ntah pasal apa ntah. aku tak snap ke, aku gabra ke. ntah la.