Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2018

Jenjalan Cari Makan : Warung Jamaliah

Imej
Jenjalan Cari Makan : Warung Jamaliah. Sarap dulu kat sini. Berkenan pulak nengokkan Ayam Masak Merah ni. Terus ngambik makan ngan Nasi Lemak. Mama makan nasi himpit sama kuah kacang sambil ngebas ayam aku. Layan aje ler.

Layan Jem Sesekali

Imej
Layan Jem Sesekali. Semalam. Kebetulan sekolah agama adik buat sambutan kemerdekaan dan aku pun balik awal. Katanya selesai jam 5 petang. So. 5 petang la aku keluar dengan harapan kereta dah susut. Sekali tiba. Masih menunggu. Hmmm. Layan aje ler jem nunggu ni cam biasa. Hehehe.

Majlis Penghargaan Pesara 2018 : Lawatan Tapak Lokasi

Imej
Majlis Penghargaan Pesara 2018 : Lawatan Tapak Lokasi. Aku dan Mus gerak ke Foon Yew tengah hari tu. Nak nengok tapak lokasi untuk perangkaan persediaan. Jumpa dan gerak sama dengan mr. Soh; guru besar sekolah ni. Dewan memang besar. Nampak macam tak sesuai pulak nak tayang multimedia sebab orang belakang tak akan nampak dengan jelas dalam keadaan gini. Sound system sangat superb. Maybe akan memberi tumpuan lebih pada penggunaan bunyi untuk majlis ni.

Majlis Penghargaan Pelajar Praktikal SPMICT 2018 : Kamalia & Fahrul

Imej
Majlis Penghargaan Pelajar Praktikal SPMICT 2018 : Kamalia & Fahrul. Semalam. Waktu lunch kami adakan sedikit majlis untuk meraikan kedua-dua pelajar praktikal yang berjaya menamatkan sesi latihan bersama kami. Good luck Kamalia dan Fahrul! Semoga apa yang dipelajari sepanjang bersama kami di sini dapat dipraktikkan dengan sebaiknya ketika di alam pekerjaan sebenar kelak.

Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.8/2018

Imej
Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.8/2018. Perhimpunan kali ni diurusetiakan oleh Sektor Pengurusan Sekolah. Tema ofcoz la Hari Kebangsaan kan. Kali ni JK Promosi buat julung kalinya menganjurkan pertandingan kami sendiri, pertandingan video kesedaran EKSA. 3 video pilihan dapat sijil dan wang tunai RM100. Tahniah pada Sektor Jaminan Kualiti, Sektor Pembangunan Kemanusiaan dan Sektor Pengurusan Akademik atas pemilihan sebagai pemenang kali ni. Next month, kami anjur pertandingan poster infografik pula. Tunggu...

Snowzura : 20180829 New Kitten Found!

Imej
Snowzura : 20180829 New Kitten Found! Sebelah paginya terperasan si Snowzura ni. Datang terkedek-kedek masa aku nak keluar. Aku letakkan kat tepi rumah sebab takut kena langgar lari nanti cam si Gebooz. Balik. Lena. Penat beb. Sekali angah bisik kat telinga. Abah. Mama seludup masuk kucen tau abah. Yang kita jumpa pagi tadi tu. Haisshhhh!

Jenjalan Cari Makan : Kari Kambing 40 Hari

Imej
Jenjalan Cari Makan : Kari Kambing 40 Hari. Late lunch hari tu kami singgah makan tengah hari ramai-ramai di sini. Lapar punya pasal 2 dulang meja aku rembat. Kui kui kui. Cuma. Masuk dulang kedua ada manis lebih macam dedulu aku dapat. Spoilt mood again.

Mesyuarat Penyelarasan ICT dan Maklumat JPN Johor Bil.3/2018

Imej
Mesyuarat Penyelarasan ICT dan Maklumat JPN Johor Bil.3/2018. Mesyuarat kali ini dijalankan bertempat di SK Seri Bandan, Batu Pahat pada 29 Ogos yang lepas. Tahniah dan syabas pada semua pegawai yang hadir sama dalam mesyuarat dan bengkel yang dijalankan selepas selesai mesyuarat. Anda semua adalah yang terbaeekkk!!!! Teruskan kecemerlangan dalam memastikan pengurusan ICT dan Maklumat negeri Johor sentiasa berada dalam kesempurnaan pada setiap masa.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2018

Imej
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2018 kepada semua pengunjung blog. Sayangi Malaysiaku! Bersama kita hidup berbilang bangsa dalam keadaan harmoni, seia sekata, bersatu dan kasih pada negara.

Jenjalan Cari Makan : Sarap @ Mael Lambong Catering, Ayer Hitam

Imej
Jenjalan Cari Makan : Sarap @ Mael Lambong Catering, Ayer Hitam. Singgah jap sini. Dekat Petronas Ayer Hitam menghala ke pekan. Boleh tahan roti canai dia. Marbeles. TQ bos belanja makan. Hehehe.

Tot Sekeluarga : 20180828 The Newcomers

Imej
Tot Sekeluarga : 20180828 The Newcomers. Masa aku keluar selepas maghrib. Tetiba terserempak dengan tot sekeluarga ni. Mengambil sempena Certot yakni cerita kontot, bersesuaian dengan deme sekeluarga yang semuanya ekor kontot; maka tiga-tiga dapat nama berakhir tot. Mama dia si ManTot. Yang putih CenTot dan yang hitam TamTot. Baru nak gerak nampak si cinet datang marah-marah. Pastu di Tamrin pun sama. Masa kami balik semula, si Sitam Dol pulak datang ngamuk. Lum cerita si cumee cumee lagi tu. Esok paginya. Tot sekeluarga hilang dari pandangan.

Projek Kertas Recycle Iqi : Finale

Imej
Projek Kertas Recycle Iqi : Finale. Akhirnya. Selesai urusan penyediaan kertas recycle iqi ni. Tiba la masa untuk penyediaan kad ucapan pulak. Part ni serah penuh pada tokei dia la kan. Layan.

Jenjalan Meronda Gelang Patah

Imej
Jenjalan Meronda Gelang Patah. Jenjalan jap ke sekolah mama. Urus jap apa yang patut. On the way back singgah jap Burger Ajul. Tapau untuk iqi. Dah kena pow air sirap ngan ici. Layan.

Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20180828 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20180828 Progress. Layan plaster dinding.

Sayangi Malaysiaku : Meronda JPN

Imej
Sayangi Malaysiaku : Meronda JPN. Pagi ni aku meronda beramai-ramai ke semua sektor. Rezeki pula menjadi juri untuk pertandingan kaunter kali ni. Alhamdulillah. Selesai semuanya. Duduk semula untuk sesi penilaian. Keputusan? Tunggu 30 Ogos ni ya!

Ujian

Imej
Ujian. Pagi ni masuk opis terkejut sikit nengokkan gambo-gambo PM tinggal 1 je kat cermin kaca tu. Gi dekat rupanya nampak lantai dah meletup ni. Mozek tinggi rendah. Ish ish ish. Maklum pada pentadbiran untuk tindakan pembetulan. Sementara tu, kita kopek dulu mozek tu. Kang ada yang pecah atau kaki yang merana kan. Nasib, nasib.

Projek Kertas Recycle Iqi : Finishing

Imej
Projek Kertas Recycle Iqi : Finishing. Petang tadi nengokkan dah cukup kering dah. Dah boleh mula mengopek. Ni la hasil kaki layan youtube setiap hari. Kakaka. Nak kopek kena cari benda yang nipis tapi kuat. Paling hampir, aku nampak pisau kegemaran aku. Belasah aje. Setel. Lepas ni tinggal iqi nak buat design kad aje.

Yok Sayangi Malaysiaku!

Imej
Yok Sayangi Malaysiaku! Semalam pekena donut bos bawak. Wow! Donut pun ada ciri patriotik meh! Hari ni lepas ja meetims kat Gelenggang terus gerak di opis. Hehehe. Layan! TQ pada semua praktikal yang bantu sama.

Semakan Laptop Faulty

Imej
Semakan Laptop Faulty. Balik ke opis dari sekolah terus dok terperap lam bilik. Buat analisa beg tadi jap. Baru ja sent ke printer tetiba fizal masuk dengan seseorang. Nak check laptop rupanya. Kes key pada keyboard yang loose sejak aku terima itu hari. Bukak. Semak. At last. Dia minta kami buat laporan faulty keyboard key. Lepas tu baru dia akan tukar satu set keyboard key yang baharu. Layan. 

SJKT Ladang Bukit Serampang : Lawatan Kajian Menangani Isu Beg Murid Ke Sekolah Terlalu Berat

Imej
SJKT Ladang Bukit Serampang :  Lawatan Kajian Menangani Isu Beg Murid Ke Sekolah Terlalu Berat. Pagi ni bersama bos ke sekolah pilihan. Semalam lagi dah call guru besar maklumkan kehadiran kami pagi ni. Pagi ni memang terbaeekkk!!!! Pengerusi PIBG pun ada sama baq ang! So kami bersama nengok isu ni. Overall berat beg murid 8 kg. Boleh tahan juga walaupun dah ikut jadual. Kalau nak dibanding dengan berat murid, secara purata 27%. A bit high banding sepatutnya below 25%. TQ pada semua yang terlibat sama pagi ni. Jaga. PT. Semuanya marveleos!

Projek Kertas Recycle Iqi : The making

Imej
Projek Kertas Recycle Iqi : The making. Semalam. Dah mula keluarkan kertas-kertas terpakai yang dah seharian direndam. Blender. Dan mula dibentuk pada papan. Lepas ni kena jemur la pulak. Nak tengok what's next? Tungguuu...

Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20180825 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20180825 Progress.

Permohonan Dalam Talian Ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2019

Imej
Permohonan Dalam Talian Ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2019 akan dibuka mulai 27 Ogos 2018 (Isnin) sehingga 30 September 2018 (Ahad). Sila layari url berikut https://sst1.moe.gov.my --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Anugerah Tuanku Bainun Young Changemakers kembali lagi!

Imej
Anugerah Tuanku Bainun Young Changemakers kembali lagi! Anda kenal ejen cilik yang menggegarkan dunia? Layari womengirls.org/young-changemakers untuk maklumat lanjut! Calonkan mereka sebelum 30 September 2018. Borang pencalonan boleh dimuat turun melalui pautan https://drive.google.com/file/d/1QcKGeKbCo8awDWolW4V9lCR2R4NL8r2J/view Kriteria pencalonan 1. Penjagaan keamanan, keselamatan, keadilan dan kesamarataan 2. Penjagaan alam sekitar dan pencegahan pencemaran 3. Pembasmian kemiskinan dan kebuluran 4. Pembangunan masyarakat (ekonomi dan kemanusiaan) 5. Penjagaan dan pembangunan bandar dan penduduk setempat Kategori pencalonan 1. 6 hingga 12 tahun (individu) 2. 13 hingga 15 tahun (individu) 3. Berkumpulan (Projek Sekolah - ahli 6 hingga 18 tahun) 4. Pejuang YCM (18 tahun ke atas) --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎be

Sekolah Tun Fatimah : 20180825 Back To School

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20180825 Back To School. Hari ni dah selesai cuti panjang raya haji. So. Gerak balik ke STF untuk hantar iqa. Lepas ni dah takde balik lagi dah sampai la selesai PT3. Sempat singgah dulu ke KFC tapau food. Nganto. Sekali. Boleh pulak sandal dia putus. Dah kena keluar semula. Cari kat tempat terdekat. Dataran Larkin. Satu kedai kasut pun takde. Nak tak nak kena la ke Larkin Sentral. Memang pasti ada. Walau bukan yang disuka, kena la jugak belikan. Kalau tak. Langsung takde sandal nanti. All the best untuk iqa. Lepas ni sahih la gerak gempur aje.

Bawang Team : Kereta Pancit

Imej
Bawang Team : Kereta Pancit. Hehehe. Tetiba ja rasa teruja nengokkan plat kereta tertinggi berjaya dikutip semalam. Pergghhh. Dari dulu lagi sebenarnya aku heran dengan benda ni. Selalunya. Kalau keluar ja berita pasal ni, mesti aku gatai nak search pasal pemenang dia. Saja ja. Permintaan yang menyebabkan harga boleh naik setinggi tu. Pelikkan. Kalau ikut ja running number tu dapat aje naik kenderaan tu. Sampai kekadang. Harga plat lagi mahal dari kenderaan. Hehehe. Lama pulak tak membawang teringat pulak cerita pasal kereta ni. Pada satu hari, ada la sorang orang berduit ni memandu kereta mewahnya. Tiba-tiba tayar keretanya pancit sebelah Hospital Orang Gila Tanjung Rambutan. Dia pun berentikan kereta itu dan keluar untuk check apa yang rosak. Sekali tengok. Tayar pancit. Dia pun ambil tayar spare. Sekali nengok tayar spare takde nat la pulak untuk pasang. Bengkel kereta yang paling dekat 3km dari situ. Tengah dia dok termenung fikir dan keliru, dia ternampak ada orang gila dalam

Lopaq Chempel : 20180825 Alone

Imej
Lopaq Chempel : 20180825 Alone. Hmmm...Sakan kebudaks ni masa raya. Satu kawasan diaorang kecahkan. Siap buang merata lagi tu. So. Semalam. Aku wat keputusan yang tak populis. Semua kena duduk luar kecuali lopaq. Mengarok je. Dah la cam kucen liar je. Mana maunyer dipegang, dibelai. Lopaq je yang layan kitaorang. Lopaq pun bukannya sihat bebetul lagi lepas kes kena benam itu hari. Memasing tak tentu arah kat luar. Duduk luar aje. Makan tetap bagi. Malam pun aku kasi tidur dalam semula. Cian lopaq. Tengok je cumi cumi ngan phatah kat luar.

Jom Jenjalan : Santai AEON Bukit Indah

Imej
Jom Jenjalan : Santai AEON Bukit Indah. Punya panjang cuti, dah hujung-hujung baru reti nak jalan. Tu pun dekat-dekat aje. Masih mood jaga kaki. So. Lepas jemaat kami gerak. Naik highway, terus masuk parking. Sekali letrik kawasan parking tarak daaa.. Patut kosong aje parking tak macam biasa. LAngsung park kat tepian jalan macam yang lelain la apa lagi. Tengok jugak kereta-kereta lepas kami. Sama. Tak lepas. Dan gostan semula park kat luar. Masuk. Makan dulu kat KFC. Katanya nak try dunk and dip tu la. Kriuk kriuk dia dari serbuk kari daa.. Meme la rasa terangkat. Lepas tu. Bila makan ayam biasa terus rasa tawar. Kui kui kui. Dah tibai dulu yang perasa lebih memang harus la gitu. Next. Meronda. Sesaja masuk Sony jap. Nak tengok kamera la. WX500 yang aku dok berangan tu. Sekali.... ter pulak... Sony 55 Inch 4K HDR Internet LED Backlighted TV - KD55X7000F. Aiyooo.. Dia kasi below 3k kot. Huhuhu. Sabo la wahai hati. Nanti check lazada dulu. Sambung misi semula. Jumpa kamera dia. Teru

PERTANDINGAN PEMBANGUNAN APLIKASI STEM (ANDROID) MySTEMapps Challenge 2018 - Inisiatif #49 PENGUKUHAN PENDIDIKAN STEM

Imej
PERTANDINGAN PEMBANGUNAN APLIKASI STEM (ANDROID) MySTEMapps Challenge 2018 - Inisiatif #49 PENGUKUHAN PENDIDIKAN STEM. Pertandingan Aplikasi STEM KPM 2018 ini dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Inisiatif #49 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025: Pengukuhan Pendidikan STEM yang diterajui oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) KPM. Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat murid dalam industri pembangunan aplikasi, di samping menggalakkan penghasilan bahan kreatif melalui teknologi seiring dengan Anjakan ke-7 PPPM 2013-2025, iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia dan Inisiatif ke-3 Digital Malaysia (DM) yang bercita-cita untuk memastikan bahawa semua belia Malaysia dilengkapi dengan kemahiran digital serta kecekapan yang diperlukan untuk tenaga kerja masa depan menjelang tahun 2020. Surat Hebahan -  http://btp.moe.gov.my/media/

Meronda Gelang Patah

Imej
Meronda Gelang Patah. Ngantor si Lopaq semula ke klinik semalam. Ingatkan nak nunggu. Sekali ici masuk dah mula loya. Terus bawak dia gi isi minyak. Balik semula ke klinik. Mama dan angah dah mula ngendeng kucen lain kat situ. Singgah jap di green point. Snap snap. Mama kata staf dia semua dah cuak. Ingatkan aku dari HQ. Kui kui kui.

Aidil Adha 2018 : Solat @ Masjid Jamek Gelang Patah

Imej
Aidil Adha 2018 : Solat @ Masjid Jamek Gelang Patah. Wah. Pagi ni ada hero cilik nak ikut sekali. Ensem abam Ici pagi ni. Tengah nunggu solat tetiba nak ke tandas. Masuk semula dah terpaksa ke belakang lah kan. Takpe. Yang penting semua hero hari ni join sama.

Salam Aidiladha 1439H 2018

Imej
Salam Aidiladha 1439H 2018 pada semua saudara, adik beradik, rakan taulan, dan tak dilupa pengunjung blog ini. Selamat hari raya! --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Jom Jenjalan : Pasar Selasa, Pekan Nenas

Imej
Jom Jenjalan : Pasar Selasa, Pekan Nenas. Asal cuti mesti Selasa. Asal Selasa mesti gi Pasar Selasa. Hehehe. Sarap dulu kat medan selera sebelum gerak ke lokasi. Team lelaki ronda jap je sebelum lepak makan eskrem. Habis makan eskrem kami lepak kat masjid pulak. Baru nak main kat taman permainan team pompuan dah setel. Alamak. Tak puas lagi main la kata iqi.

Aidil Adha 2018 : Lembu Korban @ Baling

Imej
Aidil Adha 2018 : Lembu Korban @ Baling. Alhamdulillah. Pagi tadi lembunya dah sampai. Kongsi dengan abah mak dan adik beradik. Abah share gambo ni tadi. Aku dan mama amik 2 bahagian. Iqa dan Inaz pun ada dua bahagian. Cuma yang tu aku buat dengan Pekdis Johor dengan misi ke Kemboja tu. InsyaAllah. Tahun depan kalau dipermudahkan macam nak buat kat Johor pulak. 

Asap putih di petang hari

Imej
Asap putih di petang hari. Baru ja nak lepak lunjur-lunjur kaki tetiba terdengar siren. Aiyooo. Wawasan 1 sampai 3 kena sembur daa. Maka berlarianlah kami keluar rumah. Kekeke. Lepak ngan pegawai kesihatan jap. Ada kes kat rumah bangla hujung wawasan 2 tu ha. Yang bestnya. Orangnya orang luar yang datang ziarah member kat sini. Sekali kena denggi daaa... Nak buat camno kan. Maka. Layanla kami asap putih petang ni. Harap kes kes sebegini dijauhkan dari kita semua.

MALAYSIA #QURANHOUR : BANGSA BERBUDI DAN PENYAYANG - 30 Ogos 2018

Imej
MALAYSIA #QURANHOUR : BANGSA BERBUDI DAN PENYAYANG - 30 Ogos 2018. Jom Sertai! Mula berinteraksi dengan Al-Quran -baca terjemahan untuk faham, mengadakan perbincangan Al-Quran- atau apa-apa bentuk interaksi yang meraih keredhaan Allah. Daftar penyertaan anda melalui pautan berikut :  http://bit.ly/MQH1439H . Malaysia #QuranHour pada 30 Ogos 2018 merupakan ajakan agar seluruh masyarakat memahami intipati dan erti kemerdekaan dalam membangunkan sebuah negara yang aman, utuh dan progresif, melalui intervensi yang diformulasikan dari prinsip-prinsip Al-Quran. Model dari kandungan Al-Quran menjadi rujukan kepada isu pembangunan dan kaedah menangani cabaran sosio-ekonomi era ini. Penghayatan isi Al-Quran berusaha digarap sepenuhnya dalam usaha mengangkat potensi dan kecemerlangan sebenar yang boleh dilahirkan oleh setiap individu. Dengan memahami dan berinteraksi dengan Al-Quran selama sekurang-kurangnya 1 jam sehari selama 365 hari setahun, Al-Quran menjadi sumber bimbingan utama dan

Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20180820 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20180820 Progress. Dah mula plaster dinding. Sesambil nunggu kena sembur nyamuk, lepak nengokkan Sarip.

Sumbangan Dan Kutipan Dana Bagi Pembangunan Pusat Tahfiz Presint 18, Putrajaya

Imej
Sumbangan Dan Kutipan Dana Bagi Pembangunan Pusat Tahfiz Presint 18, Putrajaya. Tabung Amanah Pendidikan Putrajaya (TAPP) bertujuan untuk membangunkan sebuah PUSAT TAHFIZ PUTRAJAYA di Presint 18, Putrajaya. Sehubungan dengan itu, Tuan, Puan yang berhasrat untuk menyumbang secara sedekah / infaq adalah dialu-alukan sebagaimana ketetapan akaun di risalah. Adalah dimaklumkan, akaun ini diuruskan oleh Pemegang Amanah yang dilantik oleh Perbadanan Putrajaya iaitu AmanahRaya Berhad. Semoga sumbangan daripada Tuan, Puan ini merupakan satu sumbangan untuk saham di akhirat kelak dan sama-samalah kita menanamkan sifat suka bersedekah dan saling bantu membantu di dalam meningkatkan pembangunan pendidikan islam yang berteraskan Al Quran dan Hadis di Pusat Tahfiz Putrajaya. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Urusetia di talian berikut 03-88877629/7472/7633. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#

My New Gadget : CCT HDTV Indoor And Outdoor Antenna with my old trustee Gemini Combo TV Box

Imej
My New Gadget : CCT HDTV Indoor And Outdoor Antenna with my old trustee Gemini Combo TV Box. Actually antenna ni si Mus yang bagi kat aku. Tetiba rasa macam nak buat something yang lain kat opis. Aku bawak semula Gemini Combo TV Box lama aku ni. Beli tahun 2009. Masa ni memang aku selalu guna untuk pancarkan saluran tv semasa pembelajaran dalam kelas menerusi LCD Projector. Bawak jap masa aku kerja kat PPD pada 2010 dulu. Dan bila masuk jabatan terus tersimpan aje dalam kotak. Bila mus kasi antenna ni rasa macam best pulak kalau aku wat eksperimen gini. Still ok dan berfungsi dengan baik dengan antenna ni. Sambung pulak dengan speaker altec lansing aku tu. Pergghhh! Lepas ni aku akan gabung dengan vga splitter pulak. So. Boleh tukar samada nak keluarkan extended paparan dari laptop atau dari TV box. Amacam. Kekeke. Nampaknya dari dulu aku pantang tengok benda pelik-pelik ni kan.

Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK)

Imej
Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK). SEGAK ialah singkatan dari perkataan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia. Perkataan SEGAK telah diputuskan oleh Menteri Pendidikan Malaysia pada tahun 2006. SEGAK juga membawa maksud murid-murid sekolah mempunyai imej dan perawakan yang SEGAK serta kelihatan sihat dan cergas. Perkataan SEGAK juga sesuai bagi penampilan murid lelaki dan perempuan. SEGAK adalah satu bateri ujian standard   kecergasan fizikal bagi mengukur tahap kecergasan fizikal murid berdasarkan kesihatan.  Komponen kecergasan fizikal yang diukur dalam SEGAK terkandung dalam kurikulum Pendidikan Jasmani sekolah rendah dan menengah. Bateri ujian SEGAK juga mempunyai norma berdasarkan murid sekolah di Malaysia mengikut umur dan jantina.  Hanya instrumen Indeks Jisim Badan (Body Mass Index- BMI) yang menggunakan norma dari WHO, 2007. Matlamat SEGAK adalah supaya murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengam

Spa Bekam Ar Rayyan Johor Bahru

Imej
Spa Bekam Ar Rayyan Johor Bahru. Semalam. Tetiba si Mus ajak gi bekam masa lunch. Apo laie. Ni best ni. Tetambah tengah sakit cenggini. Siap nengok dulu lam portal apa yang ada. Sekali sampai tengok ada pakej kaki la pulak. Lagi la seronok. Layan. Sib baik aku dah pernah buat bekam sebelum ni. Dah tak seriau sangat dah. N. Memang bekam pada kaki lebih sakit dari badan. Dia buat 14 cup. 6 pada kaki dan 6 pada paha dan betis dan 2 lagi pada pinggang sebab bacaan akhir aku hari tu agak tinggi. Memang best. Len kali aku nak buat badan pulak la lepas ni. Tunggguuu..

Kita Punya Malaysia : Lagu Tema Hari Kebangsaan Malaysia Ke-61

Imej
Kita Punya Malaysia : Lagu Tema Hari Kebangsaan  Malaysia Ke-61 Lagu : Kita Punya Malaysia Nyanyian : Bunkface Ciptaan Sepenuhnya Oleh : Sam Bunkface 31 Bulan 8.. 57 Perjuangkan pertahankan tanah airku Impian aku gemilang baru Satu suara laungkan (Merdeka!) Bangkit semua demi negara Selamanya... Kita Merdeka Sayangi Malaysiaku Sayangi Malaysiaku Tanah Airku (Ini Kita Punya) Sayangi Malaysiaku Sayangi Malaysia Satu Suara Laungkan (Merdeka!) Jagan lemah bangunlah Buat baru semula Percayalah hari ini Kita punya impian aku gemilang baru Satu suara laungkan (Merdeka!) Bangkit semua demi Negara Selamanya... Kita Merdeka Sayangi Malaysiaku Sayangi Malaysiaku Tanah Airku (Ini Kita Punya) Sayangi Malaysiaku Sayangi Malaysia Satu Suara Laungkan (Merdeka!) Merdeka x3 Kita Merdeka Sayangi Malaysiaku Sayangi Malaysiaku Tanah Airku (Ini Kita Punya) Sayangi Malaysiaku Sayangi Malaysia Satu Suara Laungkan (Merdeka!) Sayangi Malaysiaku Sayangi Malaysi

Johor Berintegriti : Ke Arah Pengurusan Data Berkualiti

Imej
Johor Berintegriti : Ke Arah Pengurusan Data Berkualiti. Dari awal tahun aku dah mulakan perancangan ke arah ni. Logo tu dah siap dalam bulan 8. Lepas balik konvensyen aku dah mula nak merealisasikannya. Hari ni just browse through pakcik gugel. Cari foto yang sesuai untuk aku jadikan wallpaper. Siap. Dan bermulalah ekspresi Johor Berintegriti : Data Kita Penentu Masa Depan Gemilang. Semoga pengurusan data Johor bermaklumat akan terhasil dengan jayanya!

My New Gadget : LDNIO SC3604 3.4A Power Socket with 3 AC + 6 USB Charger Adapter

Imej
My New Gadget : LDNIO SC3604 3.4A Power Socket with 3 AC + 6 USB Charger Adapter. Sama tiba dengan aerial tu. Cuma yang ni aku redeem point. Actually memang aku nak beli satu extension wire sebab aku dah ubahsuai opis ituhari. Sekali nengok ada pulak benda ni. Terus amik aje. 3 power dan 6 usb beb. Layan. Pagi ni terus bawak ke opis dan guna.

Nasi Lemak Secret Bonda - The return

Imej
Nasi Lemak Secret Bonda - The return. Gi makan shell out katanya. Order untuk 4 orang. Punya la melimpah lauknya. Memang sampai tapau wakbalik dedekat 3 bekas jugak. Aku ofcoz la makan benda lain. Nasi lemak la. Iqi dan ici pulak makan mee goreng. Pun tak abis dan tapau wak balik jugak.

Rutin Jemaat is back

Imej
Rutin Jemaat is back. Cam biasa. Cuma kaki tu memang terasa tegang sikit. Try jugak bawak kereta. Slow and steady la. Isi minyak. Singgah jap Medan Selera Iskandar. Hmmm... Nampaknya kena pakai full kat dua dua lutut ni. Kasi seimbang semula beban. Sabtu sambung lagi pulak gitu. Kui kui kui

My New Gadget : CCT TV Remote-controlled Rotatable Antenna

Imej
My New Gadget : CCT TV Remote-controlled Rotatable Antenna. Ni la bendanya yang aku tetiba terbeli hari Selasa lepas. Dok cerita pasal antenna baharu yang nak dipasang nanti. Aku macam prefer something yang kita boleh adjust bila perlu. Sekali dok jenjalan ke FB, terkeluar iklan ni. Langsung terbeli. Sampai dari PJ hari tu benda ni dah sampai. Unboxed dan terus pasang. Cun. Ni baru letak aje. Tak pasang kat atas lagi ni. Tunggu dah setel rumah depan baru kita pasang tetap nanti.

Dakwal Kekal : Vanishing Progress

Imej
Dakwal Kekal : Vanishing Progress. Lama jugak proses nak hilang kesan dakwat kekal ni. At last dah jadi eksperimen la pulak. Nak betul betul hilang means the whole kuku dah bertukar baharu. So dapat la nengok berapa hari sebenarnya keseluruhan kuku bertukar baharu. Yihaaa... And. At last. Selepas 130 hari baru hilang keseluruhan pada 17 Ogos 2018. Means. The whole set of kuku baru selepas 130 hari bagi aku. Ni la entry paling lama aku kumpul tulisan setakat ni. Kekeke.

Lopaq Chempel : 20180816 Heavy Flu Treatment

Imej
Lopaq Chempel : 20180816 Heavy Flu Treatment. Masa aku gi PJ ituhari si Ici sudah kasi rendam dan benam si Lopaq dalam baldi penuh air sabun. Kecian Lopaq. Dah hilang ceria dia. Nak ngiau pun takde suara. Sampai aje rumah Khamis tu, aku terus bawak dia gi klinik. Dapat 4 jenis ubat. Ubat selsema, antibiotik, ubat cacing dan multivitamin. Kena RM90. Takpelah. Janji Lopaq kembali sihat dan ceria. Cian dia.

20180813 Last sesi Fisioterapi

Imej
20180813 Last sesi Fisioterapi. Sesi macam biasa jam 4 petang. Sampai 40 minit lebih awal untuk urusan pendaftaran masuk. Akhirnya. Doktor dah lepaskan aku sebab aku dah dapat control dan dah tak seteruk dulu. Tapi. Jeng jeng jeng. Masa balik dari PJ itu hari dah mula sakit semula. Haisshhh. Ni la masalahnya bila overdo again ni. Lomah tul.