Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Negeri Johor 2018

Perbincangan Data Asas Pendidikan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) bagi Sekolah Dual Language Programme negeri Johor 2018

Imej
Perbincangan Data Asas Pendidikan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) bagi Sekolah Dual Language Programme negeri Johor 2018. Dapat bersama dengan 5 sektor berkaitan bagi membincangkan pengurusan data berkaitan dalam sistem terlibat. Cuma tak dapat terlibat sepenuhnya, just satu jam disebabkan perlu ke program seterusnya. Yang penting bagi aku adalah semua akan nampak perkaitan dan proses kerja yang betul dalam memastikan pengurusan data yang berintegriti.

Bengkel Penggunaan Kalkulator Saintifik Untuk Guru Matematik Tambahan Tingkatan 5 Negeri Johor 2018

Imej
Bengkel Penggunaan Kalkulator Saintifik Untuk Guru Matematik Tambahan Tingkatan 5 Negeri Johor 2018. Pagi tadi gi ngantor mama jap ke sekolah ni untuk sesi perbengkelan. Boleh tahan jugak ye nak sampai. Persekitaran memang kondusif. Siap ada murid dah nunggu untuk sambut guru yang hadir. Sempat la snap dua picas. Yang lain semua gambo dari fon mama. Menarik kalkulator baharu ni. Harga tak silap RM80.

Bengkel Pemantapan Petugas DTP Negeri Johor 2018 : Day 2

Imej
Bengkel Pemantapan Petugas DTP Negeri Johor 2018 : Day 2. Alhamdulillah. Selesai sudah semua tugasan dan aktiviti yang dirancang. Semua peserta dapat menyediakan pelan tindakan berdasarkan masalah yang dikenalpasti. Semoga sedikit ilmu yang dikongsi ini akan memberi manfaat pada semua. Maaf atas kekhilafan sepanjang bengkel berlangsung.

Bengkel Pemantapan Petugas DTP Negeri Johor 2018 : Day 1

Imej
Bengkel Pemantapan Petugas DTP Negeri Johor 2018 : Day 1. Hari ni seharian di BTPN Johor. Jadi Fasilitator bersama dengan Cik Fuza dan Haji Shahilon. Cuma. Masa terlalu singkat rasanya. Terpaksa melajukan aktiviti dan taklimat. Timbalan Pengarah dan Pengarah turut sama dalam program ni menunjukkan betapa komitednya kami dalam pelaksanaan DTP dengan berkesan di setiap peringkat. All the best to all! Harap semua dapat ikut program kami yang serba laju ni.