Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Ketujuh

Multaqa Ulama Darul Ta'zim Ketujuh

Imej
Multaqa Ulama Darul Ta'zim Ketujuh. Pagi ni seawal 7.30 pagi dah sampai ke Persada. Dah ramai sampai untuk majlis Multaqa Ulama Darul Ta'zim ni. Daftar dulu. Ramai petugas sedia membantu pendaftaran. Kami diberikan sticker dan kena ambil beg berisi bahan untuk program ni. Sarap kat depan dewan utama terlebih dahulu. Sempat la borak-borak dengan peserta lain yang hadir sama. Best perbincangan kami pagi ni. Masuk ke dewan untuk sesi pembentangan. Hala tuju mengimarahkan masjid seluruh Johor. Selepas tu sesi resolusi ambil tempat. Dalam jam 12 tengah hari, TMJ tiba. Ucapan daripada MB mengambil tempat dan seterusnya titah disampaikan oleh TMJ. Resolusi disampaikan oleh exco agama kepada TMJ. Best majlis pagi ni. Banyak perkongsian ilmu diperolehi. Terbaeekkk!!!!

Tun Dr Mahathir Angkat Sumpah Perdana Menteri Malaysia Ketujuh

Imej
Tun Dr Mahathir Angkat Sumpah Perdana Menteri Malaysia Ketujuh. Tun Dr Mahathir Mohamad dengan rasminya diisytihar sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh apabila istiadat mengangkat sumpah selamat berlangsung di Istana Negara, pada Khamis malam. Beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V. Pemimpin-pemimpin kanan negara, pegawai kanan kerajaan dan dif-dif kehormat yang diundang, turut menjadi saksi peristiwa penting itu. Selepas enam dekad, Balairong Seri sekali lagi menjadi lokasi bersejarah yang merakamkan detik peralihan politik setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang berusia 92 tahun itu juga mecipta rekod tersendiri apabila kembali dipilih untuk menyandang jawatan tertinggi pentadbiran negara buat kali kedua. Selain daripada itu, beliau juga melakar portfolio istimewa apabila menjadi Perdana Menteri tertua di dunia, seperti yang dilaporkan media antarabangsa. Terdahulu