Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2017

Lembu korban 1438h

Imej
Lembu korban 1438h. Tahun ni atuk kedah nak buat korban di rumah.kat Baling. Daging diagihkan. Lebihan agihan daging nak buat makan doa arwah/selamat & kesyukuran atas limpahan rahmat yg Allah berikan. Petang tadi Asyraf dan Asri ada share gambar lembu tu. Esok korban kat depan homestay. Semoga semuanya dipermudahkan.

Gebooz Gedikz : Edisi melepek lepas mandi

Imej
Gebooz Gedikz : Edisi melepek lepas mandi. Lama tul tak mandi ni. Inaz sibuk memanjang aje. Bermaharajalela la si gebooz tak pernah mandi langsung lepas sunat ituhari. Dari 28 Julai, doktor tak kasi mandikan seminggu ke dua minggu ntah. Pastu terus lupa la, sibuk la, dan memacam alasan lagi ler. Sekali kena mandi hari ni. Terus melepek. Kui kui kui. Cian Booz.

Salam Aidiladha 1438h 2017

Imej
Salam Aidiladha 1438h 2017 pada semua saudara, adik beradik, rakan taulan, dan tak dilupa pengunjung blog ini. Selamat hari raya! Kali ni buat korban kat kampung dengan adik beradik. Tapi tak balik kampung huhuhu. Cuti panjang. Tapi lambat sikit umum. Tak nak overconfident dengan unplanned journey. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Negaraku Sehati Sejiwa

Imej
Negaraku SehatiSejiwa telah dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan 2017. Ini di umumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2017 di Putrajaya pada 20 Julai 2017 Tema tersebut dipilih bertujuan untuk menunjukkan betapa pentingnya rakyat Malaysia mempunyai semangat berbilang kaum dan bersatu padu. Menurut Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak, "Kita mahu memberi penekanan kepada rakyat Malaysia mengenai bukan mudahnya untuk mencapai kemerdekaan dan kita perlu pastikan semangat bersatu padu dan muafakat terus dicapai bagi memastikan negara lebih gemilang." "Kita harus berkorban untuk negara walaupun terdapat perbezaan pandangan politik dan pendekatan, namun soal negara, kita harus bersatu padu agar Malaysia terus mengecapi kejayaan dan kemajuan," Katanya, sambutan Hari Kebangsaan kali ini bakal menampilkan kelainan dengan men

Yok Jenjalan : Johor Premium Outlets on National Day Sale

Imej
Yok Jenjalan : Johor Premium Outlets on National Day Sale. Semalam. Keluar aje dari Gunung Pulai, terus hala ke sini. Dah alang-alang kan. Kebetulan ada Merdeka Sale. Layankan aje ler mama. Iqa pun tengah cari beg under Cotton On. Tapi takde pulak yang berkenan di hati. Sambil sambil jalan iqa jumpa grng geng dari JLEAD3.0. Macam sama aje tujuan kan. Dah dekat sangat dah. Rugi tak gi. Aku? Lepak aje kat kerusi. Tak larat la nak jenjalan. Snap snap picas aje. Beli crepe untuk lunch iqa. Boleh pulak si ici berebut nak makan. Beli lagi satu khas untuk dia aje. Setel. Terus gerak balik. Singgah kedai kek dan telur untuk Aidiladha prep. Yang tokleh blah. Aku tersilap bayar tiket da. Yang pelik boleh lepas pulak tu. Haisshhh. Nak tau lebih pasal sale ni leh layan page rasmi JPO -  https://www.premiumoutlets.com.my/johor-premium-outlets/sales-events/ . Sampai 3 September tu. Ntah ntah dia up sampai 4 September sempena cuti PM kasi nanti. Kekeke. ps : Clear dah aku nyer dropbox! Lepas ni

Isnin cuti umum sempena kejayaan KL2017

Imej
Isnin cuti umum sempena kejayaan KL2017. Tahniah dan terima kasih Malaysia. #KitaJuara #TeamMalaysia #BangkitMalaysia. Alhamdulillah. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengisytiharkan Isnin 4 Sept ini sebagai cuti khas kerana pencapaian Malaysia yang luar biasa pada temasya Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur (KL2017). "Bukan senang nak bagi cuti sebab Malaysia sudah terlalu banyak cuti. Tetapi kerana pencapaian kita yang luar biasa, sokongan rakyat berbilang kaum yang padu, pencapaian para atlet yang cemerlang. "Maka dengan ini bagi pihak kerajaan saya umumkan cuti umum pada 4 Sept," katanya semasa berucap pada majlis sambutan Ambang Merdeka di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini yang berlangsung sejurus selepas majlis penutupan rasmi KL2017. Pengisytiharan itu disambut sorakan kegembiraan oleh ribuan penonton di stadium tersebut. Sementara itu, Najib, dalam kenyataan mengenai perkara itu, berkata kerajaan memutuskan cuti umum itu sebagai me

JLEAD 3.0 : The Last Day

Imej
JLEAD 3.0 : The Last Day. Dah tiba hari last Iqa kat sini. Semalam dia mesej. Balik lambat sikit. Pagi tadi pun call. Tak kisah la. Datang macam biasa. Betul telahan. Kenderaan dah penuh kat depan dewan. Berjaya parking dengan selamba tanpa ukur bak kata mus kat bawah kawasan berbumbung yang ada sedikit penambahbaikan kat kawasan hujung. Lepak nunggu iqa habis. Selesai aje terus dia gerak ke kereta. Jap ye baj. Nak amik beg. Sempat la aku snap sana sini kat sini. Tapi iqa kata dia sangat suka kem ni. Makin berani dan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan dan orang di sekeliling. Apa pun. Nanti bila aku dah dapat gambo full kat kem aku upload ye. Sementara ni layan la dulu gambo snap dari kamera aku ye.

Jenjalan Cari Makan : Asam Pedas Tepian Sungai, Bukit Batu

Imej
Jenjalan Cari Makan : Asam Pedas Tepian Sungai, Bukit Batu. 8 Ogos. Lunch. Singgah kedai asam pedas tersohor katanya kat Bukit Batu ni. Ni la rupanya kedainya. Selama ni dengar aje. Tapi nak komen lebih pun, aku makan telur dadar sama kuah sup aje. Tapi. Dari segi bilangan pelanggan. Boleh tahan jugak la. Actually late lunch kami tiba. So, orang sedang beredar keluar. Senang la nak cari tempat duduk. Apapun. Korang kena try dan nilai sendiri ye. Benda yang aku dah tak makan ni susah nak komen lebih-lebih.

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Batu : A short discussion

Imej
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Batu : A short discussion. 8 Ogos. Actually. Aku nak duduk ofis je hari ni. Tapi. Sebab bos beria-ria ajak gi sini pasal nak bincang on something new nak implement kat sekolah ni, at last; aku mengalah. Tak terfikir pun nak drive sejauh ni pagi ni. Layan aje ler. Sampai aje, semua dah ada. So, terus perbincangan dibuat. Penerangan. Soalan. Selesai. Terus rangka carta perbatuan dan sebagainya. Lepas ni jumpa lagi. Tak tau lagi sebab ada sedikit isu hari tu. Just tunggu aje le. Kalau jadi, akan ada cerita follow up. Tunggu...

Yok Jenjalan : Pasar Selasa, Pekan Nenas

Imej
Yok Jenjalan : Pasar Selasa, Pekan Nenas. Hari ni hari Selasa. Kalau aku cuti, mesti gi sini. Kalau gi sini mesti cuti. Kekeke. Agenda wajib adalah sarap dulu kat Warung Anjung Masjid, tu la nama yang aku dapat bila aku tanya ngan pekerja situ. Tak kisah la. Janji inaz dapat makan lempeng cicah asam pedas dia, nenek dapat makan burasak, iqi dapat makan mee goreng. Selesai situ. Sesambil dok borak ngan geng ulu pulai. Nak gi kampung sawah beli lembu korban. Paling rendah sekarang RM4500. Makin dekat makin tinggi. Tu la dunia la ni. Apa nak kata kan. Terus aku gi lepak wakaf dengan kebudaks. Deme pakat dok layan MP4 la cam biasa. Siap bawak bantal kot. Tunggu aje la mama ngan nenek shopping sambil lepak kat sini. Enjoy sikit. Takde la panas berpeluh dalam pasar selasa tu. Setel semua kami sambung lepak lam kereta pulak. Sambung air cond pulak. Mama sampai kita terus balik la. Sempat singgah gerai buah. Layan jangan tak layan. Harga leh tahan. Bukan musim. Sori ekk.. takde gambo dalam

Instant Kimchi Noodle with chef Mus

Imej
Instant Kimchi Noodle with chef Mus. 6 Ogos. Ni dah abis boring gamaknya ni. Dok nengok je kimchi tersohor yang digembar gembur si adi tu. Apa lagi. Boring boring terus kita ngetest. Hasil. Hmmm. Tak besh. Pelik tul rasa dia. Tak nak lagi dah. Tolak jauh jauh.

Raya Sakan Serata

Imej
Raya Sakan Serata. 20 Julai. Hari ni semua pakat buat sambutan raya kot. Mama. Inaz dan Iqi. Tak lupa aku. Semua ada majlis sambutan raya kat tempat memasing. Sempat la berposing sekali pagi tu. Balik. Ici pulak beraya sakan. Tapau abis ais krim kat Pasar Tani. Melantak ais krim sambil ber'kami redo'. Selesai semua. Baring sila panggung sambil layan mummy finger. Kekeke.

Gebooz Gedikz : 20170716 Keboringan Melanda

Imej
Gebooz Gedikz : 20170716 Keboringan Melanda. 16 Julai. Dah la kena sunat. Tak kasi keluar rumah jumpa kengkawan pulak tu. Mati kutu tul brader sekor ni. Haissshhh!

Yok Jenjalan : Kolam Rekreasi Air, Hutan Bandar MBJB

Imej
Yok Jenjalan : Kolam Rekreasi Air, Hutan Bandar MBJB. Hari ni kami merayap ke Hutan Bandar MBJB. Nak bawak kebudaks pergi berenang katanya. Boleh tahan juga tempatnya. Cuma kena tahan menapak la dari tempat parking sampai ke teres kedua kat tengah-tengah hutan bandar tu. Slow slow aku jalan. Rasa menangkap jugak kat kaki tu. Aiyooo... Sampai aje semua dah tak sabar. Tempat ni percuma ya. Ada la disediakan peti keselamatan bagi yang nak menyimpan barang berharga dengan bayaran RM1. Amaran keras! Jangan pakai kasut dan bawa makanan ke dalam kawasan ni. Tu pun nampak jugak beberapa orang yang buat derk jer jalan dengan kasut dalam kawasan ni dikala semua orang letak kasut kat luar. Lagi satu. Nampak juga plastik pembalut makanan dan sisa popcorn dalam air. Haishhh. Ni ler mentaliti orang kita. Kawasan ni percuma. Maintainance of coz la kurang sikit. Kita selaku pengunjung la yang kena bertanggungjawab atas penjagaan apa yang kita buat kan. Takkan la sebesar alam papan tanda pun tak leh

Sekolah Tun Fatimah : 20170714 Outing Day

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20170714 Outing Day. 14 Julai. Keluar nak cari buku. Tak silap buku perancis dan untuk inaz buku upkk. Cari sarap dulu. Mulanya nak makan kat Siantan. Parking aje dah si inaz ngan si iqi muntah. Apasal la pulak ni. Haishh... Kensel terus. Terus ubah hala ke Selera Johor. Paling suka of coz la iqa. dapat la makan asam pedas kegemaran dia. Selesai makan terus ke Angsana. Alhamdulillah. Dapat semua buku yang dicari. Dan aku tak ingat apa sebab yang terpaksa kami patah balik ke rumah. Selesai semua. Singgah KFC pulak. Tapau. Baru hantar iqa semula ke STF.

Jenjalan Cari Makan : Cendol Tepian Gerbang

Imej
Jenjalan Cari Makan : Cendol Tepian Gerbang. Keluar ja dari Kem Bina Negara terus hala ke Gelang Patah. Lepas masuk ja balik Pontian daripada Kulai tu tetiba nampak satu gerai kat tepi jalan besar tu. Kering pulak tekak ni. Buat u-turn depan gerbang besar Kampung Melayu Raya tu. Terus order cendol. Mama kata ok la cendol dia. Aku nak cakap lebih lebih aku order cendol kosong letak pulut je pun. Tapi. Nice la. Sesambil tu inaz makan pau dan kerepek pisang. Masuk balik kereta terus jalan balik. Boleh return lagi masa amik iqa nanti.

JLEAD 3.0 : The Beginning

Imej
JLEAD 3.0 : The Beginning. Semalam. Aku amik half day. Petangnya jam dua dah mula pendaftaran. Gedebak gedebuk, travel, makan semua; 1.30 petang baru dapat gerak ke Gunung Pulai. Kali ni bawak kereta mama aje. Nak tak nak aku kasi henpon kat Iqa untuk jadi aku punya navigator. Sekali. Navigator banyak dok chatting ngan kengkawan dia yang lain; yang juga akan ke sana. Adoiii.. Dah sampai kem lain daa... Keluar balik. Keep on track semula. Alhamdulillah. Sampai jugak kami ke sini. Kui kui kui. Lepak ngan parent yang sama-sama ngantor. Borak borak jap. Pastu. Ngantor jap sampai ke registration. Borak borak jap ngan geng geng kat situ. Rabiah kat pendaftaran dan Ridzuan kat tempat parking. Layan. Pastu terus gerak pulang la. Gedebak gedebuk 3 lebih jugak. Pergghhh...

Urutan Tradisional Yatie Bakhtar @ Galeria Kotaraya

Imej
Urutan Tradisional Yatie Bakhtar @ Galeria Kotaraya. 26 Ogos. Lepas ja amik passport iqa sebelah petangnya, kasi can la mada mama dan kebudaks jenjalan kat kotaraya ni. Aku lepak depan mr. DIY. Sekali lepak terpandang berdepan dengannya pusat urut ni. Layan aje ler sementara nunggu mama. Boleh tahan la dia bantai kaki aku. Nak keluar air mata kot. Dah memang kaki sebelah kiri aku sakit kan. Setel kiri rasa ringan sikit. Ingatkan kanan takde le sakit sangat. Sekali. Kanan lagi sakit kot. Huhuhu. Siap urut bahu sekali. Aiyooo... hahaha. Tapi. Memang best la lepas tu.

Rumah Terbuka Aidilfitri : Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor

Imej
Rumah Terbuka Aidilfitri : Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor. 13 Julai. First time aku gi Restoren Selasih, Sri Gelam. Kena ganti bos ke sini. Tanya bos. Boleh bawak pegawai teman tak. Sekali dapat green light. Terus ajak mustakim. Kekeke. Baru tahu ada restoren depan ni. Cis. Kata Google Guide. Hahaha. Cari parking. Dapat nun kat hujung. Dekat dekat dengan Kelab JDT. Masuk. Leh tahan ramai tetamu. YB Exco sampai je, majlis terus dimulakan. Sempat beramah mesra dengan pegawai-pegawai JAS. Masa makan dapat la beramah mesra dengan pegawai dari jabatan-jabatan lain. Banyak juga la yang disoal dan kita pulak yang soal. Hehehe. Tunggu sampai semua selesai. Exco pun dah gerak, baru kami beransur. Sempat la snap snap sambil nak ke kereta. Layan...

UTC Johor, Galeria@Kotaraya : Passport Iqa

Imej
UTC Johor, Galeria@Kotaraya : Passport Iqa. Pagi tadi jam 10 pagi kami tiba ke UTC untuk urusan passport Iqa. Imigresen kat Aras 2. Suruh iqa beratur ngan inaz untuk semakan dokumen dan ambil nombor. Laju jugak. Dapat nombor 1078. Awal pagi pun dah nombor 78 tu. Hehehe. Dokumen yang pasti kena bawah semestinya kad pengenalan dan salinannya, sijil lahir dan salinannya; juga kad pengenalan aku dan salinan sebab iqa masih bawah umur. So. Tunggu la kami kat situ sampai nombor dipanggil. Selesai pendaftaran, tunggu dokumen diluluskan. Dah lulus baru nombor dipanggil semula untuk proses pembayaran. Alhamdulillah. Jam 10.30 nombor iqa dipanggil. Selesai pembayaran, baharulah proses 1 jam dokumen disiapkan itu bermula. Tengok resit. 11.30 pagi baru siap. So. Off to kota tinggi dulu la. Jangan rugikan masa menunggu aje kat sini tak buat apa-apa kan. Gedebak gedebuk lepak kat kota tinggi dan perjalanan balik semula ke UTC, jam 2.50 petang kami sampai. Masukkan resit dalam kotak kat kaunter

Walimatul Urus : Haji Shahilon

Imej
Walimatul Urus : Haji Shahilon. Tengah hari tadi kami ke SJKC Mawai. Haji Shahilon buat majlis anaknya kat sini. A bit tricky sebenarnya cerita kami hari ni. Mulanya kami ke UTC dulu untuk uruskan passport iqa. Setel je bayar terus shoot ke kota. Singgah ke majlis haji shahilon. Alhamdulillah. Selera sungguh juadah yang disedia. Memang terbaeekkk!!!! Terima kasih ji. Tahniah terima menantu. Semoga kekal berbahagia sehingga ke akhir hayat. ps : Susah jugak nak posing sekali sama-sama. Hehehe. Lepas tu kami meronda jap ke pekan. Dah alang-alang sampai kota kan. sambil menyelam minum airnya. Hehehe. Tapi. Aku lepak aje dalam kereta. Tak larat nak jalan.

Jenjalan Cari Makan : Steamboat Gelang Patah

Imej
Jenjalan Cari Makan : Steamboat Gelang Patah. 12 Julai. Lepak ngan ici dan mama kat sini. Tapau steamboat. Marbeles as always. Tengok sebelah dia dah ada gerai char koey teow. Tapau sekali untuk iqi. Tapi tak berapa nak best char koey teow tu. Huhuhu.

Pusat Inovasi Pendidikan Kerjaya (PIPK) JPN Johor : In The Making

Imej
Pusat Inovasi Pendidikan Kerjaya (PIPK) JPN Johor : In The Making. 12 Julai. Kebetulan. Tengok ramai pulak member-member keluar masuk cafe masa lunch. Borak-borak. Langsung singgah PPIK ni yang tengah dalam proses makeover kat Galeria. Big Boss pun join sekali. Layan.

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Negeri Bil.2/2017 JPN Johor

Imej
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Negeri Bil.2/2017 JPN Johor. 10 Julai. Selesai mesyuarat JPMN selepas mesyuarat JPICT dilaksanakan pada sebelah paginya. Selesai JPMN sambung pulak dengan Dialog Prestasi 1BestariNet. Tahniah dan terima kasih pada semua yang terlibat dalam memastikan mesyuarat ini dapat dilaksanakan dengan lancar.

Yok Jenjalan : Bazar Anjung, Anjung Nusajaya

Imej
Yok Jenjalan : Bazar Anjung, Anjung Nusajaya. Semalam gi belanja bulan. Nengok ramai pula orangnya. Sekali nengok papan tanda. Ada Bazar Anjung rupanya. Buka memang hari Jumaat aje dari 4 petang sampai 10 malam. Macam pasar malam pun ada. Banyak gerai jualan makanan di mata aku. Tak lama kat sini. Just a quick stroll dan terus ke Jom@Anjung. Layan ici main kat taman kanak-kanak tu. Selesai belanja semua. Mama ngan Iqa sambung gi Bazar Anjung ni. Boleh tahan jugak la kata deme. Cuma ada beberapa tempat yang mama tak puas hati.

Study Group Inaz

Imej
Study Group Inaz. Semalam hantar inaz ke Nusa Bayu. Ada study group discussion. Wahh.. Dah dua minggu inaz berstudy group. Good luck inaz. Dah mula bergerak untuk UPSR tahun depan. All the best! Sampai petang jugak baru aku amik semula.

Jenjalan Cari Makan : Lemang Pok Rahim, Kempas

Imej
Jenjalan Cari Makan : Lemang Pok Rahim, Kempas. 9 Julai. Merayap jap ngan mus masa lunch. Nak cari lemang yang best sikit untuk jamu ahli mesyuarat esoknya dalam mesyuarat JPMN. At last kami gi Kempas. Leh tahan Pok Rahim ni. Siap jamu kami tu. Selamba aje dia belah sebatang siap bagi rendang gitu masa kami cakap nak ngetest tu. Terbaeekkk!!!! Memang marbeles la. Lepas bincang. Esoknya pepagi mus akan amik. Fresh sikit kan. Dia bukak 24 jam sepanjang syawal. Perghhh... Balik. Singgah makan dulu. Sambil sambil tu, habih aku snap landmark sepanjang jalan. Hahaha.

Jenjalan Cari Makan : Selera Johor, Plaza Larkin

Imej
Jenjalan Cari Makan : Selera Johor, Plaza Larkin. 8 Julai. Balik dari ziarah Nenek Yang terus gerak ke sini. Tempat yang ada semua makanan best kat Johor. Apa lagi kan. Iqa, Mama ngan Inaz cam biasa la. Dengan Asam Pedas Claypotnya. Iqi dengan Yee Meenya. Ici makan Nenek makan Kacang Pool. Atuk makan Beef Stick berasap. Aku. Blank jap. Last last aku makan Chicken Chop. Sempat makan Gelato lagi. Layan... Hari ni baru aku perasan. Selera Johor malam tak bukak.

Raya bersama Nenek Yang

Imej
Raya bersama Nenek Yang. 8 Julai. Pakat keluar semua gi ziarah Nenek Yang. Mata pun dah makin tak nampak. Suka nenek yang. Posing sakan sebelum balik.

Inaz @ Klinik 1Malaysia Taman Nusantara

Imej
Inaz @ Klinik 1Malaysia Taman Nusantara. 6 Julai hari tu Inaz sakit tekak. Teruk jugak. Bawak gi klinik. Sekali tutup. Teringat Klinik 1Malaysia yang kebetulan area yang sama. Terus aje gerak ke situ. Merah dia kata. Kena minum banyak air suam ni. Dapat jugak ubat. Inaz paling tak takut dengan ubat antara semua anak aku ni. Ni kali kedua dia dapat ubat biji. Alhamdulillah. Mudah untuk dia.

Another Fogging @ Wawasan : 20170705

Imej
Another Fogging @ Wawasan : 20170705. 5 Julai. Satu lagi sesi fogging dijalankan kat Wawasan. Macam biasa. Dah dekat dekat nak maghrib. Aku cam biasa mesti terlelap jap. Kenoning ja bangun lepas dah dengar pengumuman. Start kereta. Yok semua pakat masuk dalam. Dengan ici, dengan gebooz. Lepak ja lam kereta sampai selesai fogging tu. Layan jap nengok keluar. Leh tahan jugak kebudaks kat luar ni. Sesaja ja nahan muka dengan brader fogging tu. Hebat sungguh ni. Ada harapan jadi atlit nih.

Buku Laporan Tahunan 2016 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025

Imej
Buku Laporan Tahunan 2016 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Untuk Makluman: Buku Laporan Tahunan 2016 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 boleh di akses melalui capaian berikut: http://www.padu.edu.my/annual_report?year=2016 atau http://www.moe.gov.my/index.php/my/pemberitahuan/2017/3426-laporan-tahunan-2016-pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-2013-2025 ps : Suka la sorang tu. Semuka penuh cerita pasal dia aje. Kekeke. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Hari Sektor Terbuka Raya 2017 : SPS

Imej
Hari Sektor Terbuka Raya 2017 : SPS. 5 Julai. Kebetulan. Rezeki pada semua ahli bengkel Precouncil JPMN dan JPICT. Selesai ja bengkel. Ngam ngam waktu lunch. Oppss.. Ada la lajak sikit dalam 15 minit gitu. Hehehe. Pegawai SPS dah lama dah dok panggil. Rezeki tu. Lunch kat sini semua ahli bengkel. Alhamdulillah. Murah rezeki team SPS ye.

Bengkel Penyediaan Pelaporan MAP JPMN Bil.2/2017 JPN Johor

Imej
Bengkel Penyediaan Pelaporan MAP JPMN Bil.2/2017 JPN Johor. 2 Julai. Kami pakat berkampung di Bilik Komputer 2. Data semua dah dimuat turun. La ni tinggal nak canai dan verify bersama. So. Semua pegawai meja dikumpul untuk pastikan pelaporan Maklumat Asas Pendidikan (MAP) dapat dimuatnaik menerusi Power BI. Lepas ni. Kita akan verify bersama menerusi Bengkel Precouncil. Memang tahun ni aku pulun habis untuk kerja-kerja data. All the best! Terima kasih pada semua pegawai meja yang hadir dan turut sama dalam memastikan kelangsungan data MAP kita.

Jenjalan cari makan : Ayam Pasu Emas Cawangan Lebuhraya Pesisir Pantai

Imej
Jenjalan cari makan : Ayam Pasu Emas Cawangan Lebuhraya Pesisir Pantai. Tengah hari ni macam mengada sikit. Kononnya nak makan nasi ayam penyet Jakarta. Sekali jalan boleh terus belok ke belakang. Best jugak kalau dapat ngetest Ayam Pasu Emas ni kan. Asyik dok nengok ja dari jauh setiap hari. Gerai dia sebelah Binnory Enterprise. Ala. Kedai tayar yang glamer diviral ituhari tu. Singgah. Terus lepak kat meja yang ada sambil si Mus borak borak memantau. Kui kui kui. Boleh tahan la. Sekor ayam dia amik RM28. Try test satu. Tapau la. Dia tutup sehari ja. Isnin tutup. Hari lain, mula jam 12 tengah hari sampai jam 6 petang katanya. Balik terus meratah la apa lagi. Mantop beb. Sos dia pun ngam ngam la. Tak pedas sangat, tapi nice la. Paling best, Abang Long Fadhil kot duta diaorang. Ganas wooo...

Perhimpunan Bulanan Bil.8/2017 JPN Johor : Negaraku Sehati Sejiwa

Imej
Perhimpunan Bulanan Bil.8/2017 JPN Johor : Negaraku Sehati Sejiwa. Menarik. Urusetianya Sektor Pengurusan Akademik. Memang best perjalanan majlisnya. Walau KS ada tugas rasmi di luar, video ucapannya ditayangkan. Sampai mesejnya. Sajak yang menang dideklamasi dengan iringan gesekan biola. Memang terbaeekkk!!!! Ada tiga pertandingan dijalankan sepanjang bulan merdeka ni. Ada piala pusingan tau. Makanya akan berulang setiap tahun ni. Yang pertamanya, Sajak Merdeka. Johan dapat pada Pn Salina SJQ. Yang keduanya, Swafoto Merdeka. Kami dapat tempat kedua. Boleh la tu. Sakan melaram itu hari kan. First jatuh pada SKPP. Yang ketiganya, Sektor Paling Patriotik. First juga jatuh pada SKPP. Tahniah pada semua pemenang. Cuma aku sangat penat berdiri hari ni. Lagu terasa sangat panjang berulang-ulang. Dalam keadaan kaki yang rasa sebal tak sudah ni... hmmm... bayang sendiri la azab kena berdiri lama-lama.

Jenjalan cari makan : Nasi Ayam Talib, Selera Johor

Imej
Jenjalan cari makan : Nasi Ayam Talib, Selera Johor. 21 Ogos. Tengahari tu lepak ngan Mus kat Selera Johor. Kempunan nak makan Nasi Ayam Talib katanya. Takkan nak gi sampai gelang patah kot nak pekena nasi ayam Talib. Lepak kat Selera Johor aje. Kat situ ada satu cawangan dia. Suka tul si Mus. Kui kui kui. Siap beli pisang goreng best. Yang tak best kicap dia melimpah keluar. Kacau mood tul la nak makan. Rugi tu kena kerak kegemaran tu.

Bengkel Petunjuk Prestasi Utama 2018

Imej
Bengkel Petunjuk Prestasi Utama 2018. 21 Ogos hari tu pakat berkumpul semula kat SJQ. Nak mula bina KPI 2018. Duduk bersama pemegang utama tahun depan. Kami macam biasa la, nak satukan dan papar secara online bagi memudahkan pengurusan monitor status. All the best!

MP4 player for the kids

Imej
MP4 player for the kids. Lama jugak aku dok riki mender ni. Cam biasa. Study aje dekat-dekat dua tiga bulan. Perangai tak berubah sejak dulu. Makin lama makin yakin nak beli untuk kebudaks ni. Layan lazada. Tengok harga boleh tahan juga. Sekali mama kata kawan dia pun ada jual jugak. Aku tanya berapa. Harga yang lebih rendah dari lazada. Aku on aje. Awal minggu ni dah dapat. Layankan aje. Cuma lambat aku buat posting aje. Suka si ici dapat mender ni. Layan layan layan. Sekali dia tanya. Mummy finger takde? Layan muvi sedia ada dengan external aje guna mender alah ni. Nak yang lain? Dah kena bagi henpon semula la. Kui kui kui. Tapi aku dah study dia nyer operational. Mummy finger coming during cuti ni ye ci.

Raya @ Gelang Patah

Imej
Raya @ Gelang Patah. Hari kedua kami tiba ke Gelang Patah, terus merayap je. Actually aku dah tulis posting pasal ni. Cuma ni aku share beberapa gambar yang tercicir. Macamana la ada yang boleh tercicir pulak ni ntah.

R&R Ayer Keroh lepakings

Imej
R&R Ayer Keroh lepakings. Balik dari Baling hari tu. Singgah R&R Ayer Keroh. Tapau pisang goreng cheese. Sambil tunggu sambil main kat taman mainan yang dah berubah habis wajahnya.

Kata Alu-Aluan Pengarah Pendidikan Negeri Johor untuk Penerbitan Majalah Sekolah 2017

Imej
Kata Alu-Aluan Pengarah Pendidikan Negeri Johor untuk Penerbitan Majalah Sekolah 2017. Sukacita dimaklumkan, kata alu-aluan Tuan Haji Shaharudin bin Sharif boleh dimuat turun menerusi portal rasmi JPN Johor. http://jpnjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/KATA%20ALU%20MAJALAH%20PPJ.pdf --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Aidiladha Disambut 1 Sept

Imej
Aidiladha Disambut 1 Sept. Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada 1 Sept, Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman mengumumkan malam ini. "Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah 1438 Hijrah ialah pada Rabu, 23 Ogos 2017. "Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijjah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Jumaat, 1 Sept 2017," katanya ketika mengumumkannya secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), di sini hari ini. BERNAMA --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blog

Baling Getaway : 20170626 Day 2 Aidilfitri Photoshoot n Raya

Imej
Baling Getaway : 20170626 Day 2 Aidilfitri Photoshoot n Raya. Hari ni semua dah ada. Cukup korum semua sekali. Keluarga Pak Long Li pun datang. Cukup korum kami sepupu sebelah abah. Hehehe. Layan jangan tak layan. Amik gambo sampai kejung!

Baling Getaway : 20170625 Day 1 Aidilfitri Photoshoot n Raya

Imej
Baling Getaway : 20170625 Day 1 Aidilfitri Photoshoot n Raya. Lama kan baru aku dapat haplod. Baru hari ni dapat kurangkan storage dropbox dari 700++ ke bawah 300 picas. Sakan sungguh raya pertama ni. Sampai 3 kali kami photoshoot actually. Memula kami kami aje. Lepas tu bersama atuk dan pakcik. Yang ketiga bersama mak ngah. Layan. Merayap jap ke rumah sedara. Tapi memang kejap kejap sebab ada tetamu yang datang. Layan.

Program Revolusi Target & Skor 6A : The beginning @ school

Imej
Program Revolusi Target & Skor 6A : The beginning @ school. Pagi ni nganto inaz ke sekolah. Bas untuk ke program ni menanti di sekolah. Puas dia minta itu hari. Memang aku bagi pun. Bagi pendedahan awal pada dia. Dulu iqa, la ni tiba giliran dia pulak la kan. Tahun depan dia UPSR. Buat yang terbaik dik. Tu je pesan pada dia. So. Pagi tadi sampai. Dah ada beberapa kengkawan dia dah menanti. Cikgu sampai. Terus buat kiraan murid. Bas sampai ngam ngam. Terus naik untuk ke destinasi program pagi ni di Pusat Islam. Do your best dik! You can do it!

Sekolah Tun Fatimah : 20170818 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20170818 Lawatan Hujung Minggu. 18 Ogos. Cam biasa. Taruh nasib aje ler. Memang dah dua minggu nasib baik ni. Ada aje lagi belen nasi ambeng untuk kami di Mat Corner. Beli 3 bungkus terus gerak ke STF. Iqa dah siap beli hot dog cheese mayonis. Perghhh.. Pedas kena taste ngan aku la pulak. Kekeke. Lepak kat kantin macam biasa. Sebab of coz semua wakaf dah penuh. Borak borak pasal life dan peperiksaan dia sepanjang minggu. Balik. Singgah great zone untuk beli dapur baharu. Yang lama dah rosak sebelah.

Iqi Haircut @ Ravi

Imej
Iqi Haircut @ Ravi. 18 Ogos. Sepagi merayap area gelang patah. Banyak benda nak setel. Memula ke Green Point. Nak cari tudung Iqa. Tengok dah bertaburan dah mesin parking autopay kat area ni. Setel kat situ singgah kedai welding. Nak suruh peteri penyangkut tuala. Sekali tanya harga. Dia nak RM20. Baik beli baharu aje. Aiyooo.. Lepas tu terus gerak ke Ravi. Ngan aku, ngan iqi. Dedua kasi potong pendek. Setel. Siap tanya. Gigi mana. Kekeke.

TCEAS Skudai for Livina

Imej
TCEAS Skudai for Livina. 17 Ogos. Cam biasa. Aku dah book awal untuk slot terakhir untuk hari Khamis tu. 4 petang. Takde ler terkejar sangat. Pagi tu ada meeting precouncil. Jalan slow slow la. Penat jugak ye lepas kena bekam. Aku pulak terpuasa la pulak hari tu. Ntah la. Macam salah aje. Darah dah keluar banyak semalamnya tu. Keluar kerja ja. Terus gerak. Dalam 3.40 aku sampai. Tak ramai pulak untuk slot hari ni. Aku jer yang slot last. The one and only. Kekeke. Masuk. Lepak layan TV. Sesambil tu layan paper hari ni. Ada pulak cerita pasal kaligrafi tamil yang kami sibuk dok bincang hari tu. Terus snap kasi ustaz. Baru la lengkap satu Malaysia. Semua ada kaligrafi sendiri kan. Setel semua around 6 petang. Leh tahan jugak. Mana taknya. Siap tukar brek plate ngan pam yang dah bocor. Terasa tul breknya. Dah biasa tarik lebih. Sakit pulak tangan aku tertarik lebih macam biasa masa berenti kat trafik light. Haishhh..

Gebooz Gedikz : Edisi Bermain bersama kawan

Imej
Gebooz Gedikz : Edisi Bermain bersama kawan. 16 Ogos. Baru la aku dapat nengok dia main ngan kucen kat luar. Dah jadi budak. Dikejo ekor si kelabu tu. Pastu gigit gigit gatai dia la. Kekeke. Yang si kelabu tu pun layan aje ler.