Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel GERAN KHAS PRIHATIN

GERAN KHAS PRIHATIN (GKP)

Imej
GERAN KHAS PRIHATIN (GKP). Geran Khas PRIHATIN (GKP) adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19. Permohonan Geran Khas PRIHATIN dibuka mulai 1 Mei 2020 hingga 15 Mei 2020. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019, dan masih aktif menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro semasa permohonan dibuat seperti berikut: - Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan - Jumlah pekerja kurang daripada 5 orang, tidak termasuk pemilik; Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP di pautan https://gkp.hasil.gov.my yang disediakan oleh LHDNM. Permohonan secara manual tidak akan diterima. Pem