Catatan

Tunjukkan catatan dari 2022

The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Amal Yang Dicintai Allah

Imej
The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Amal Yang Dicintai Allah أَبَا عَمْرٍو الشَّيْبَانِيَّ يَقُولُ حَدَّثَنَا صَاحِبُ هَذِهِ الدَّارِ وَأَشَارَ إِلَى دَارِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ سَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْعَمَلِ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ قَالَ الصَّلَاةُ عَلَى وَقْتِهَا قَالَ ثُمَّ أَيٌّ قَالَ ثُمَّ بِرُّ الْوَالِدَيْنِ قَالَ ثُمَّ أَيٌّ قَالَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ قَالَ حَدَّثَنِي بِهِنَّ وَلَوْ اسْتَزَدْتُهُ لَزَادَنِي Abu Amru Asy Syaibani berkata, "Pemilik rumah ini menceritakan kepada kami - seraya menunjuk rumah Abdullah - ia berkata, "Aku pernah bertanya kepada Nabi SAW, "Amal apakah yang paling dicintai oleh Allah?" Baginda menjawab: "Solat pada waktunya." Abdullah bertanya lagi, "Kemudian apa kagi?" Baginda menjawab: "Kemudian berbakti kepada kedua orang tua."Abdullah bertanya lagi, "Kemudian apa lagi?" Baginda menjawab: "Jihad fi sabilillah." Abdullah b

The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Reda Allah Dengan Reda Ibu Bapa

Imej
The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Reda Allah Dengan Reda Ibu Bapa عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ رِضَى الرَّبِّ فِي رِضَى الْوَالِدِ وَسَخَطُ الرَّبِّ فِي سَخَطِ الْوَالِدِ Daripada Abdullah bin Amr RA dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Reda Allah terdapat pada reda seorang bapa, dan murka Allah juga terdapat pada murkanya seorang bapa."  (HR Tirmizi No:1821)  Status: Hadis Hasan Pengajaran: 1.  Adab seorang anak ialah berbakti dan berbuat baik kepada kedua orang tuanya 2.  Imam Al Ghazali berkata: Antara adab anak kepada orang tuanya; mendengarkan perkataannya, mentaati perintahnya (selagi tidak bertentangan syarak), tidak berjalan di hadapannya, tidak meninggikan suara, serta berusaha untuk mendapatkan keredaannya. 3.  Keredaan Allah kepada seseorang bergantung kepada keredaan kedua orang tua رِضَا الرَّبِّ فِى رِضَا الْوَالِدَيْنِ وَسُخْطُهُ فِى سُخْطِهِمَا Reda Allah terletak pada reda kedua orang t

The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Membalas Jasa Ibu bapa

Imej
The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Membalas Jasa Ibu bapa عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَاسْتَأْذَنَهُ فِي الْجِهَادِ فَقَالَ أَحَيٌّ وَالِدَاكَ قَالَ نَعَمْ قَالَ فَفِيهِمَا فَجَاهِدْ Abdullah bin 'Amru radliallahu 'anhuma berkata: "Datang seorang laki-laki kepada Nabi SAW lalu meminta izin untuk pergi berjihad. Maka Baginda bertanya: "Apakah kedua orang tuamu masih hidup?" Laki-laki itu menjawab: "ya". Maka Baginda berkata: "Kepada keduanyalah kamu berjihad (berbakti) ".  (HR Bukhari No: 2782)  Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Berkhidmat dan berbuat baik kepada ibu bapa adalah dituntut seperti membantu dari sudut kewangan, penjagaan terutama semasa mereka tidak sihat atau tua serta kasih sayang. 2.  Berkhidmat dan berbakti kepada kedua ibu bapa adalah sebahagian daripada jihad. 3.  Ada sahabat yang Rasulullah SAW tidak izinkan u

The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Golongan Mustajab Doa

Imej
The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Golongan Mustajab Doa عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلَاثُ دَعَوَاتٍ مُسْتَجَابَاتٌ لَا شَكَّ فِيهِنَّ دَعْوَةُ الْمَظْلُومِ وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ وَدَعْوَةُ الْوَالِدِ عَلَى وَلَدِهِ Daripada Abu Hurairah ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Ada tiga jenis doa yang akan dikabulkan yang tidak ada keraguan padanya; doa orang yang dizalimi, doa orang yang bermusafir, dan doa orang tua untuk anaknya."  (HR Tirmizi No: 1828)  Status: Hadis Hasan Pengajaran: 1.  Ada tiga golongan yang Allah bagi keistimewaan dimana doa mereka mustajab di sisi Allah: a)  Doa dari orang yang dizalimi b)  Doa orang yang  sedang bermusafir c)  Doa dua ibu bapa kepada anak 2.  Muslim dituntut sentiasa berbuat baik dalam pergaulan dan perhubungan dengan anggota masyarakat termasuk kedua ibu bapa. 3.  Elakkan hubungan yang buruk dengan orang lain hingga menjadi penyebab kita menzalimi orang lain.

The Colours of Life - SMK Gelang Patah on 20221220

Imej
The Colours of Life - SMK Gelang Patah on 20221220. Hari akhir bertugas rasmi di SMK Gelang Patah. Meronda satu kawasan sekolah. Will be missing the moment here. https://youtu.be/h-MKMeWeQgY ---  #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace #thecoloursoflife #terbaeekkk ‎#kipidap ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Doa Hati Tidak Berbolak-balik

Imej
The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Doa Hati Tidak Berbolak-balik عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ يَقُولُا أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ قُلُوبَ بَنِي آدَمَ كُلَّهَا بَيْنَ إِصْبَعَيْنِ مِنْ أَصَابِعِ الرَّحْمَنِ كَقَلْبٍ وَاحِدٍ يُصَرِّفُهُ حَيْثُ يَشَاءُ ثُمَّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ Abdullah bin 'Amru bin Al 'Ash berkata; bahawasanya ia pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya hati semua manusia itu berada di antara dua jari dari sekian jari Allah Yang Maha Pemurah. Allah SWT akan memalingkan hati manusia menurut kehendak-Nya." Setelah itu, Rasulullah SAW berdoa; “Ya Allah, Zat yang membolak-balikkan hati, palingkanlah hati kami kepada ketaatan beribadah kepada-Mu!”  (HR Muslim No: 4798)  Status: Hadis Sahih Pengajaran:  1.  Sesungguhnya al-qalb (hati) itu berasal daripada perkata

The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Berbakti Kepada Ibubapa

Imej
The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Berbakti Kepada Ibubapa عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ الْوَالِدُ أَوْسَطُ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ فَأَضِعْ ذَلِكَ الْبَابَ أَوْ احْفَظْهُ Daripada Abu Ad Darda dia mendengar Nabi SAW bersabda: "Orang tua ibarat penengah pintu-pintu syurga, oleh kerana itu  letakkanlah ia atau jagalah ia baik-baik."  (Sunan Ibnu Majah No: 3653)  Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Ibu bapa ibarat pintu syurga bagi setiap anak. 2.  Menjadi kewajipan kepada anak-anak untuk berbuat baik dan berbakti kepada ibu bapa nescaya Allah akan memberikan ganjaran syurga. 3.  Al-Qadhi Baidhawi berkata: Cara terbaik untuk masuk syurga, dan cara mendapatkan darjat yang tinggi di syurga adalah dengan mentaati orang tua dan berusaha mengasihi dan berbakti padanya. Ada juga ulama yang mengatakan, ‘Di syurga ada banyak pintu. Yang paling selesa untuk dimasuki adalah yang paling tengah. Untuk membolehkan masuk ke

The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Kekayaan Dan Kesihatan Orang Bertakwa

Imej
The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Kekayaan Dan Kesihatan Orang Bertakwa  حَدَّثَنَا مُعَاذُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ خُبَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَمِّهِ قَالَ كُنَّا فِي مَجْلِسٍ فَطَلَعَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَى رَأْسِهِ أَثَرُ مَاءٍ فَقُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ نَرَاكَ طَيِّبَ النَّفْسِ قَالَ أَجَلْ قَالَ ثُمَّ خَاضَ الْقَوْمُ فِي ذِكْرِ الْغِنَى فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا بَأْسَ بِالْغِنَى لِمَنْ اتَّقَى وَالصِّحَّةُ لِمَنْ اتَّقَى خَيْرٌ مِنْ الْغِنَى وَطِيبُ النَّفْسِ مِنْ النَّعِيمِ Telah bercerita kepada kami Mu'adz bin 'Abdullah bin Khubaib dari ayahnya dari pamannya berkata; Kami berada disuatu majlis kemudian Rasulullah SAW datang, dirambut baginda ada sisa-sisa air, kami berkata; Wahai Rasulullah! Kami melihat Rasulullah sedang bahagia. Rasulullah SAW  bersabda: "Benar." Kemudian orang-orang membincangkan kekayaan. Rasulullah SAW bersabda: "Tidak mengapa kekayaan

The Colours of Life - Selamat Menyambut Hari Natal 2022

Imej
The Colours of Life - Selamat Menyambut Hari Natal 2022 pada semua pengunjung blog khususnya buat penganut agama Kristian. Raikan dengan penuh keharmonian dan nikmati bersama yang tersayang. https://youtube.com/shorts/5O414XYEJR4?feature=share ---  #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace #thecoloursoflife #terbaeekkk ‎#kipidap ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

The Colours of Life - Eating Out @ Usop Nasi Kerabu

Imej
The Colours of Life - Eating Out @ Usop Nasi Kerabu. Edisi terobek 18 November. Agak lewat sikit sampai. Nasi lemak liao. Try makan nasi kukus daging. Boleh la. Lain kali datang awal balik. Nak nasi lemak daging jugak. Hehehe. https://youtu.be/zf5xqPndvRE ---  #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace #thecoloursoflife #terbaeekkk ‎#kipidap ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

The Colours of Life - Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan 2023

Imej
The Colours of Life - Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia ambilan Tahun 2023 akan dibuka mulai 23 Disember 2022 hingga 20 Januari 2023.  rusan temu duga kepada mana-mana calon yang berjaya melepasi saringan awal dijangka akan diadakan pada bulan Mac 2023. Untuk maklumat lanjut sila layari: https://epenawaran.moe.gov.my https://youtube.com/shorts/6cV3VRQxs0c?feature=share ---  #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace #thecoloursoflife #terbaeekkk ‎#kipidap ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

The Colours of Life - Unboxing Series : MP5 Electric Gel Shooter Gun

Imej
The Colours of Life - Unboxing Series : MP5 Electric Gel Shooter Gun. Dapat pada harga RM72 termasuk kos penghantaran. Harga asal RM130++. Dapat masa promosi ituhari. Boleh pakai gel dan boleh pakai peluru span. Ada butang adjuster untuk tukar. Bateri pun ok. Mantap. Link asal dah tak wujud. Boleh la nengok yang ni. Harga lebih kurang sama cuma takde span aje. https://shope.ee/6f8HjQ69eT https://youtu.be/HIERAIBew7U ---  #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace #thecoloursoflife #terbaeekkk ‎#kipidap ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

The Colours of Life - Unboxing Series : Collab NISSAN Interior Rearview Mirror

Imej
The Colours of Life - Unboxing Series : Collab NISSAN Interior Rearview Mirror. Dapat RM33 termasuk kos penghantaran kat Shopee. Senang nak pasang. direct. Model 96321-2DR0A untuk livina. Warna hitam dengan material Steel+Polycarbonate. Dimensi 27 cm x 15 cm x 10 cm. Minat? https://shope.ee/3fUfr3jLkW ---  #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace #thecoloursoflife #terbaeekkk ‎#kipidap ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Mukmin Yang Lebih Dicintai Allah

Imej
The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Mukmin Yang Lebih Dicintai Allah عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُؤْمِنُ الْقَوِيُّ خَيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ الْمُؤْمِنِ الضَّعِيفِ وَفِي كُلٍّ خَيْرٌ احْرِصْ عَلَى مَا يَنْفَعُكَ وَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ وَلَا تَعْجَزْ وَإِنْ أَصَابَكَ شَيْءٌ فَلَا تَقُلْ لَوْ أَنِّي فَعَلْتُ كَانَ كَذَا وَكَذَا وَلَكِنْ قُلْ قَدَرُ اللَّهِ وَمَا شَاءَ فَعَلَ فَإِنَّ لَوْ تَفْتَحُ عَمَلَ الشَّيْطَانِ Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; "Rasulullah SAW bersabda: 'Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah SWT daripada Mukmin yang lemah. Pada masing-masing memang terdapat kebaikan. Bersemangatlah melakukan hal yang bermanfaat untukmu dan meminta tolonglah pada Allah, serta janganlah engkau malas (menjadi orang yang lemah). Apabila kamu tertimpa suatu kemalangan, maka janganlah kamu mengatakan; 'Seandainya tadi aku berbuat begini dan begitu, nescaya tidak akan m

The Colours of Life - Persediaan Karnival @ Gelang Patah

Imej
The Colours of Life - Persediaan Karnival @ Gelang Patah. Edisi terobek. All out sebelum cuti. Minggu paling sibuk. Perbincangan. Persediaan. Memang semua sibuk dengan tugasan masing-masing. Seronok. Memang seronok. Cuma. At last aku tak dapat bersama juga dalam karnival ini sebab ada tugasan lain yang perlu diutamakan. Apa pun. Kerjasama semua memang terbaeekkk!!!! Anda semua the best. https://youtu.be/glm1q6TlogU ---  #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace #thecoloursoflife #terbaeekkk ‎#kipidap ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

The Colours of Life - The Musical Restoration @ Gelang Patah

Imej
The Colours of Life - The Musical Restoration @ Gelang Patah. Selesai NPQEL terus buat projek ni kat sekolah. Restoration untuk alatan muzik. Kompang. Jidur. Keyboard. Piano. Perbincangan awal dengan en Ismail disusuli dengan site instrument survey. OK jer terus kami pindahkan piano ke dewan. Lepas ni kita on live petikan dari murid. Terus setelkan music score dan latihan untuk murid. En Ismail datang dengan en Lan untuk piano di dewan. Perlu dibawa balik untuk pembaikan. Datang semula minggu ni untuk reesemble semula dan wiring kabel audio ke PA System. Sempat la ngetest. Layan. Dan macam biasa... aku tak sempat nak menikmati apa yang aku rancang ni. Huhuhu... https://youtu.be/ctoAdWoZlJs ---  #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace #thecoloursoflife #terbaeekkk ‎#kipidap ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

The Colours of Life - Kampung Lunch @ Baling

Imej
The Colours of Life - Kampung Lunch @ Baling. Makan kat luar rumah berlatarbelakangkan Gunung Baling. Marbeles. Dengan angin sepoi sepoi bahasa. Dengan sebahagian yang ada. Memang best. https://youtu.be/l4aZmN96M-Y ---  #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace #thecoloursoflife #terbaeekkk ‎#kipidap ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Doa Mohon Perlindungan Semasa Tahiyat Akhir

Imej
The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Doa Mohon Perlindungan Semasa Tahiyat Akhir عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدْعُو وَيَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW berdoa: Ya Allah aku berlindung kepadaMu dari siksa kubur dan dari siksa api neraka dan dari fitnah kehidupan dan kematian dan dari fitnah Al Masih Dajjal. (HR Bukhari No: 1288) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Hidup manusia sentiasa terdedah kepada bahaya dan kejahatan. Kita disuruh berdoa agar sentiasa mendapat perlindungan daripada Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang, selamat daripada ujian di dunia dan juga di hari akhirat. 2.  Antara tempat yang disunatkan berdoa ialah setelah selesai bacaan tahiyat akhir dan sebelum Salam. عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ ا

The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Berbakti dan Berbuat Baik Pada Ibu, Bapa dan Kerabat

Imej
The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Berbakti dan Berbuat Baik Pada Ibu, Bapa dan Kerabat عَنْ الْمِقْدَامِ بْنِ مَعْدِ يكَرِبَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ اللَّهَ يُوصِيكُمْ بِأُمَّهَاتِكُمْ ثَلَاثًا إِنَّ اللَّهَ يُوصِيكُمْ بِآبَائِكُمْ إِنَّ اللَّهَ يُوصِيكُمْ بِالْأَقْرَبِ فَالْأَقْرَبِ Daripada Al Miqdam bin Ma'dikarib, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah telah mewasiatkan kalian supaya berbakti kepada ibu-ibu kalian, baginda mengucapkan hingga tiga kali. Sesungguhnya Allah telah mewasiatkan kepada kamu agar berbakti kepada bapa-bapa kalian, berbakti kepada kaum kerabat kalian, lalu kepada kerabat yang lebih dekat lagi."  (Sunan Ibnu Majah No: 3651)  Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Setiap Muslim mempunyai tanggungjawab untuk berbuat baik dan berbakti mengikut keutamaan: a.  Berbuat baik dan berbakti dengan ibu  b.  Berbuat baik dan berbakti dengan bapa c.  Berbuat baik dan berbakti dengan kaum

The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Musibah Menghapus Dosa

Imej
The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Musibah Menghapus Dosa عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلَا وَصَبٍ وَلَا هَمٍّ وَلَا حُزْنٍ وَلَا أَذًى وَلَا غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ Daripada Abu Hurairah RA dari Nabi SAW baginda bersabda: "Tidaklah seorang muslim yang ditimpa suatu penyakit dan keletihan, kegusaran dan kesedihan, gangguan dan kesusahan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya." (HR Bukhari No: 5641) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Setiap yang dihadapi oleh seseorang, sama ada berupa kesenangan mahupun kesusahan adalah ujian untuk melihat siapakah yang lebih baik amalannya di sisi Allah. 2.  Setiap muslim perlu sentiasa bersabar dan reda apabila ditimpa dengan penyakit, keletihan, kesedihan, mahupun  kesusahan termasuk musibah banjir yang melanda di beberapa Kawasan sekarang

The Colours of Life - Jom reronda @ Tasik Cermin, Ipoh

Imej
The Colours of Life - Jom reronda @ Tasik Cermin, Ipoh. Singgah sebentar kat tasik ni on the way back to Baling. Kebetulan dalam laluan. Cuma lepak lepak luar aje sebab semua tak nak masuk. So. Kita borak borak dengan penjaga kawasan aje. Snap pun gambo gambo kat luar aje. Jom gerak balik... https://youtu.be/ctJpf-WvdF8 ---  #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace #thecoloursoflife #terbaeekkk ‎#kipidap ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Jangan Jadi Umat Seperti Buih

Imej
The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Jangan Jadi Umat Seperti Buih عَنْ ثَوْبَانَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُوشِكُ الْأُمَمُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ كَمَا تَدَاعَى الْأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا فَقَالَ قَائِلٌ وَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ قَالَ بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ وَلَيَنْزَعَنَّ اللَّهُ مِنْ صُدُورِ عَدُوِّكُمْ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ وَلَيَقْذِفَنَّ اللَّهُ فِي قُلُوبِكُمْ الْوَهْنَ فَقَالَ قَائِلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الْوَهْنُ قَالَ حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ Daripada Tsauban ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Hampir  umat-umat berkerumun memusuhi kamu (umat Islam), seperti orang yang kuat makan mengerumuni makanan di dulang." Seorang laki-laki bertanya, "Apakah kami waktu itu jumlahnya sedikit?" baginda menjawab: "Jumlah kamu  pada waktu itu sangat banyak, namun kamu seperti buih laut. Sungguh Allah mencabut kehebatan ger

The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Berwaspada Dalam Mengharungi Kehidupan

Imej
The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Berwaspada Dalam Mengharungi Kehidupan عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ خَطَبَنَا عُمَرُ بِالْجَابِيَةِ فَقَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنِّي قُمْتُ فِيكُمْ كَمَقَامِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِينَا فَقَالَ أُوصِيكُمْ بِأَصْحَابِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ يَفْشُو الْكَذِبُ حَتَّى يَحْلِفَ الرَّجُلُ وَلَا يُسْتَحْلَفُ وَيَشْهَدَ الشَّاهِدُ وَلَا يُسْتَشْهَدُ أَلَا لَا يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلَّا كَانَ ثَالِثَهُمَا الشَّيْطَانُ عَلَيْكُمْ بِالْجَمَاعَةِ وَإِيَّاكُمْ وَالْفُرْقَةَ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ مَعَ الْوَاحِدِ وَهُوَ مِنْ الِاثْنَيْنِ أَبْعَدُ مَنْ أَرَادَ بُحْبُوحَةَ الْجَنَّةِ فَلْيَلْزَمْ الْجَمَاعَةَ مَنْ سَرَّتْهُ حَسَنَتُهُ وَسَاءَتْهُ سَيِّئَتُهُ فَذَلِكُمْ الْمُؤْمِنُ Daripada Ibnu 'Umar RA dia berkata; Suatu ketika Umar menyampaikan pidato kepada kami di Jabiyyah (sebuah kampong). Katanya: "Wahai sekalian manusia, aku berdiri di hadapan kalian sebagaima

The Colours of Life - Eating Out @ Warung Mat Noi, Baling

Imej
The Colours of Life - Eating Out @ Warung Mat Noi, Baling. Nyenyambil hantar dobi, sementara nunggu selesai; kami lepak dulu kat sini. Hehehe. Dapat isi perut nyambil nunggu pakaian kering. Setel. https://youtu.be/U3D6QGT0Myc ---  #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace #thecoloursoflife #terbaeekkk ‎#kipidap ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

The Colours of Life - Pool Party @ The Wave, Melaka

Imej
The Colours of Life - Pool Party @ The Wave, Melaka. Bermalam di sini sebelum bergerak balik ke Johor Bahru. Pool dia buka sampai jam 10 malam setiap hari. Mantap beb. Cuma.. kami mandi esok paginya aje, penat berjalan seharian dari Baling. Pool memang best. Guard yang jaga pun sangat efektif. Air jangan cerita. Layan beb. Yang tak best... ici. Semua dia tak sampai. Nak main yang baby lagi la tak best katanya. Hehehe. Tunggu kita repeat semula setahun dua lagi yeee... https://youtu.be/saFk_-amx20 ---  #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace #thecoloursoflife #terbaeekkk ‎#kipidap ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Waktu Mustajab Berdoa

Imej
The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Waktu Mustajab Berdoa عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ثِنْتَانِ لاَ تُرَدَّانِ اَلدُّعَاءُ عِنْدَ النِّدَاءِ وَتَحْتَ الْمَطَرِ  Daripada Sahl bin Sa’ad RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda. Dua doa yang tidak pernah ditolak; doa selepas waktu azan dan doa pada waktu hujan turun.  (HR al-Hakim, No: 2534)  Status: Hadis Sahih.  Pengajaran: 1.  Doa adalah ibadah yang dituntut kepada setiap Muslim melakukannya. 2.  Ada waktu yang sesiapa berdoa kepada Allah akan diperkenankan iaitu: a.  Doa selepas azan dan sebelum iqamah b.  Doa pada waktu hujan mula turun 3.  Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu turun hujan tidak ditolak atau jarang ditolak kerana pada waktu tersebut,  sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340). "Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama" #BersamaMembinaNegara #KeluargaUtuh

The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Ucapan Untuk Pasangan Pengantin

Imej
The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Ucapan Untuk Pasangan Pengantin عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَفَّأَ الْإِنْسَانَ إِذَا تَزَوَّجَ قَالَ بَارَكَ اللَّهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي الْخَيْرِ Daripada Abu Hurairah RA bahawa jika Nabi SAW mendoakan orang yang baru menikah baginda membaca: "BARAKALLAHU LAKA WA BARAKA 'ALAIKA WA JAMA'A BAINAKUMA FIL KHAIR (semoga Allah memberi berkah kepadamu dan keberkahan atas pernikahan kamu, dan mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan)."  (Sunan Tirmizi No: 1011)  Status: Hadis Hasan Sahih Pengajaran: 1.  Apabila seseorang mendapat kebaikan, kita digalak mengucapkan tahniah dan mendoakan kebaikan buat mereka. 2.  Apabila ada orang yang berkahwin, kita disunahkan memberi ucapan dan mendoakan kepada pasangan pengantin yang kita raikan: بَارَكَ اللَّهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي الْخَيْرِ "BARAKALLAHU LAKA WA BARAKA

The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Doa Awan Mendung dan Hujan Turun

Imej
The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Doa Awan Mendung dan Hujan Turun عَنْ الْمِقْدَامِ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ عَائِشَةَ أَخْبَرَتْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَأَى سَحَابًا مُقْبِلًا مِنْ أُفُقٍ مِنْ الْآفَاقِ تَرَكَ مَا هُوَ فِيهِ وَإِنْ كَانَ فِي صَلَاتِهِ حَتَّى يَسْتَقْبِلَهُ فَيَقُولُ اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا أُرْسِلَ بِهِ فَإِنْ أَمْطَرَ قَالَ اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلَاثَةً وَإِنْ كَشَفَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ وَلَمْ يُمْطِرْ حَمِدَ اللَّهَ عَلَى ذَلِكَ Daripada Al-Miqdam dari ayahnya bahawa Aisyah telah mengkhabarkan kepadanya bahwa Nabi SAW apabila baginda melihat awan gelap yang bergerak di antara ufuk yang tinggi, maka baginda meninggalkan semua kegiatannya termasuk solat sunat, sampai menatapnya dan berdoa: "Ya Allah, kami berlindung kepada-Mu dari keburukan yang Engkau datangkan bersamanya." Jika turun hujan, maka baginda berdoa: Ya Allah jadikanlah curahan (air hujan)

The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Bergaul Dengan Orang Soleh

Imej
The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Bergaul Dengan Orang Soleh عَنْ أَبِي سَعِيدٍ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا تُصَاحِبْ إِلَّا مُؤْمِنًا وَلَا يَأْكُلْ طَعَامَكَ إِلَّا تَقِيٌّ Daripada Abu Sa'id RA ia mendengar Rasulullah SAW  bersabda: "Janganlah berteman kecuali dengan orang mukmin dan jangan ada yang memakan makananmu kecuali orang yang bertakwa."  (Sunan Tirmizi No: 2318)  Status: Hadis Hasan Pengajaran: 1.  Bergaullah dengan mereka yang beriman dan berakhlak mulia. 2.  Syarah Sunan Abi Daud: Tabiat atau kebiasaan itu adalah sesuatu yang dicuri (diambil) dari orang lain (dibimbangi bila bergaul dengan orang yang tidak berakhlak akan menyebabkan seseorang meniru akhlak buruk tersebut). 3.  Berilah makan kepada orang-orang yang soleh dan bertakwa. 4.  Al-Khathabi: Larangan memakan makanan kecuali orang yang bertakwa hanya berlaku pada makanan undangan bukan makanan kerana keperluan  (kita disuruh membantu

The Colours of Life - 20221213 Cycling Through Baling

Imej
The Colours of Life - 20221213 Cycling Through Baling. Sesaja ngayuh pagi ni. Laju pulak rasanya berbanding kayuhan sebelumnya. Esok nak ngayuh lagi tak ye? https://youtu.be/8dFxZ8n9Em0 ---  #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace #thecoloursoflife #terbaeekkk ‎#kipidap ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Bersahabat Dengan Penjual Minyak Wangi Bukan Pembakar Besi

Imej
The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Bersahabat Dengan Penjual Minyak Wangi Bukan Pembakar Besi حَدَّثَنَا أَبُو بُرْدَةَ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا بُرْدَةَ بْنَ أَبِي مُوسَى عَنْ أَبِيهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَثَلُ الْجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالْجَلِيسِ السَّوْءِ كَمَثَلِ صَاحِبِ الْمِسْكِ وَكِيرِ الْحَدَّادِ لَا يَعْدَمُكَ مِنْ صَاحِبِ الْمِسْكِ إِمَّا تَشْتَرِيهِ أَوْ تَجِدُ رِيحَهُ وَكِيرُ الْحَدَّادِ يُحْرِقُ بَدَنَكَ أَوْ ثَوْبَكَ أَوْ تَجِدُ مِنْهُ رِيحًا خَبِيثَةً Telah menceritakan kepada kami Abu Burdah bin 'Abdullah berkata; Aku mendengar Abu Burdah bin Abu Musa daripada bapanya RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Perumpamaan orang yang bersahabat dengan orang soleh dan orang yang bersahabat dengan orang buruk perangai seperti penjual minyak wangi dan tukang kimpal besi. Pasti engkau akan dapat bauan wangi dari penjual minyak wangi samada membeli atau tidak. Sedangkan dari tuka

The Colours of Life - Pool Party @ PD Perdana Condo Resort

Imej
The Colours of Life - Pool Party @ PD Perdana Condo Resort. Sambung lagi kita pagi ni. Memang enjoy beb. Hari ni kita main kat kolam beso je. Ada sikit ja kawasan hujung tu untuk kanak-kanak setara ici. Boleh la tu. Syiok beb! https://youtu.be/am_xl_5eXEE    ---  #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace #thecoloursoflife #terbaeekkk ‎#kipidap ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Akhlak Seseorang Bergantung Akhlak Temannya

Imej
The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Akhlak Seseorang Bergantung Akhlak Temannya   عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الرَّجُلُ عَلَى دِينِ خَلِيلِهِ فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِلُ  Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda: "Seorang laki-laki itu bergantung dengan agama teman pergaulannya (sahabat rapat), maka hendaklah salah seorang melihat siapa yang menjadi teman pergaulan  (Sunan Abu Daud No: 4193)   Status: Hadis Hasan Sahih  Pengajaran: a. Keperibadian seseorang berkait rapat dengan kebiasaan teman atau sahabat baik yang ia sering bergaul (tingkah lakunya sering dipengaruhi oleh tingkah laku dan gaya hidup teman rapatnya) .  b. Setiap ibu bapa perlu meneliti akhlak dan peribadi teman rapat anaknya. Jika teman pergaulan anaknya berakhlak buruk, perlu segera dijauhi.  c. Larangan bergaul dengan individu dalam masyarakat mencakupi pelaku dosa besar, bersahabat dengan mereka akan mendatangkan kemudara

The Colours of Life - Pool time @ PD Perdana Condo Resort

Imej
The Colours of Life - Pool time @ PD Perdana Condo Resort. Layankan kebudaks jate mandi sebelah petang. Tak sabo sabo katanya. Sampai ingat kolam. Makan ingat kolam. Hujan lebat pun dok meratib nak mandi kolam. Belasah aje ler. Dapat la 20 minit sebelum kena halau keluar ngan guard sebab dah jam tujuh, Esok pagi sambung lagi ye. https://youtu.be/x5-IlwNzQM4  ---   #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace #thecoloursoflife #terbaeekkk ‎#kipidap ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Surat Siaran KPM Bil 5/2022 : Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 Bagi Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan Kementerian Pendidikan Malaysia

Imej
Surat Siaran KPM Bil 5/2022 : Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 Bagi Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan Kementerian Pendidikan Malaysia Muat turun dokumen melalui pautan :  https://www.moe.gov.my/images/kpm/takwim/Kalendar_Akademik_Sesi_2023_2024.pdf ---  #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace #thecoloursoflife #terbaeekkk ‎#kipidap ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Bersabar Ketika Bersama Manusia

Imej
The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Bersabar Ketika Bersama Manusia عَنْ يَحْيَى بْنِ وَثَّابٍ عَنْ شَيْخٍ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ إِذَا كَانَ مُخَالِطًا النَّاسَ وَيَصْبِرُ عَلَى أَذَاهُمْ خَيْرٌ مِنْ الْمُسْلِمِ الَّذِي لَا يُخَالِطُ النَّاسَ وَلَا يَصْبِرُ عَلَى أَذَاهُمْ قَالَ أَبُو عِيسَى قَالَ ابْنُ أَبِي عَدِيٍّ كَانَ شُعْبَةُ يَرَى أَنَّهُ ابْنُ عُمَرَ Daripada Yahya bin Watsab dari seorang syeikh salah seorang sahabat Rasulullah dari Nabi SAW baginda bersabda: "Jika seorang muslim bergaul (berinteraksi sosial) dengan orang lain dan bersabar atas gangguan mereka, adalah lebih baik daripada seorang muslim yang tidak bergaul (tidak berinteraksi sosial) dengan orang lain dan tidak bersabar atas gangguan mereka." Ibnu Abi Adi berkata: Syu'bah berpendapat syeikh itu adalah Ibnu Umar. (Sunan Tirmizi No: 2431) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1. S

The Colours of Life - Cooti Starter

Imej
The Colours of Life - Cooti Starter. Pembuka cuti Penggal 3. Tak kemana pun. Anjung Nusajaya je. Beli keperluan iqa sebelum gerak balik ke U. Lepak lepak jap depan Daily Fresh dan kita dinner tapau dari Angah Western. Dah seharian ratah kambing aje ni jadinya. Haruuu... https://youtube.com/shorts/N0sKXSHD9_0?feature=share ---  #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace #thecoloursoflife #terbaeekkk ‎#kipidap ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Menunaikan Tangungjawab Ke atas Muslim

Imej
The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Menunaikan Tangungjawab Ke atas Muslim عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يُسْلِمُهُ وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَة Daripada Abdullah bin 'Umar RA,  bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang muslim saudara terhadap sesama muslim, tidak boleh menganiaya dan tidak akan dibiarkan dianiaya orang lain. Dan siapa yang menyampaikan hajat saudaranya, maka Allah akan menyampaikan hajatnya. Dan siapa yang melapangkan kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan kesukarannya di hari kiamat, dan siapa yang menutupi aib seorang muslim maka Allah akan menutup aibnya di hari kiamat.  (Sahih Bukhari No: 2310) Dar I

The Colours of Life - One Nice Day @ Kluang

Imej
The Colours of Life - One Nice Day @ Kluang. Semua peserta NPQEL Johor 2022 dikumpulkan di Kluang untuk sesi Bicara Profesional bersama Pengarah. Sempat ambil sarapan dulu di Kluang Railway. Terus ke PPD Kluang untuk program. Mantap. Sempat lunch ngan team SMBE2. Jangan maraa aaa... https://youtu.be/4F85nSUQ6HA ---  #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace #thecoloursoflife #terbaeekkk ‎#kipidap ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

The Colours of Life - Maulidur Rasul 2022 @ SMKGP

Imej
The Colours of Life - Maulidur Rasul 2022 @ SMKGP. Sedikit foto foto dari pandangan mata aku. Hehehe. Layan. Sikit sikit aje memandangkan dah ada murid yang diassign. Ada berarak. Ada ceramah. Ada rewang. Ada makan. Memang best. https://youtu.be/TUa47otHVxs ---  #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace #thecoloursoflife #terbaeekkk ‎#kipidap ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Hak Muslim Keatas Muslim

Imej
The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Hak Muslim Keatas Muslim عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ - رضي الله عنه - قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ قِيلَ مَا هُنَّ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ وَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللَّهَ فَشَمِّتْهُ وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ وَإِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ Daripada Abi Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda: “Hak seorang muslim terhadap muslim yang lain itu ada enam: (iaitu) apabila engkau bertemu dengannya, ucapkanlah salam, apabila dia mengundangmu, penuhilah undangannya, apabila dia meminta nasihat kepadamu, nasihatilah dia, apabila dia bersin lalu mengucapkan Alhamdulillah, doakan dia (dengan mengucapkan Yarhamukallah), apabila dia sakit, jenguklah dia, dan apabila dia meninggal, iringilah jenazahnya.”  (Sahih  Muslim No: 4023) Dar Ihya Kutub Arabiyyah.  Status: Hadis Sahih Pengajaran: Hak