Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2018

Baby Cinet : 20180730 Ronda Petang

Imej
Baby Cinet : 20180730 Ronda Petang. Memang rajin meronda tul adik bulus sekor ni. Layan jangan tak layan, sambil dok mikir camne le si Tamrin mata terbeliak leh ada anak gini.

LAPORAN TAHUNAN 2017 PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025

Imej
LAPORAN TAHUNAN 2017 PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025. Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 sejak tahun 2013 bertujuan untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara setanding dengan negara maju. YB Dr. Maszlee bin Malik, Menteri Pendidikan Malaysia telah melancarkan Laporan Tahunan 2017 yang memaklumkan mengenai status kemajuan inisiatif pendidikan di bawah PPPM pada tahun 2017 di dalam majlis yang telah dihadiri oleh kira-kira 500 orang peserta yang terdiri daripada pengurusan tertinggi Kementerian, Ketua-ketua Jabatan, pengetua dan guru besar, guru serta para jemputan luar. Penerbitan Laporan Tahunan ini ialah satu daripada kaedah yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk meningkatkan ketelusan dalam pelaksanaan PPPM selari dengan Anjakan 11 dalam PPPM yang menekankan kepentingan meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban awam secara langsung. Melalui pelaporan telus

CuepacsCare : Kad baharu

Imej
CuepacsCare : Kad baharu. Semalam. Tetiba dapat kad baharu. Eh. Macam tetahu je kad lama aku dah nak lunyai dah ni ha.. Sempat claim dua kali masuk Puteri ituhari. Kad baharu warna putih ni disebabkan CuepacsCare lantik pengendali takaful yang baharu. Dulunya CIMB Aviva yang kini diambil alih oleh Zurich Takaful Malaysia Berhad. Harap dapat meneruskan perkhidmatan dengan baik malah dengan lebih cemerlang. Terbaeekkk!!!! Maklumat lanjut layari www.cuepacscare.my --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Negeri Berprestasi Tinggi, Bangsa Johor Bestari

Imej
Negeri Berprestasi Tinggi, Bangsa Johor Bestari. Sebelum ni asyik dok dengar aje member lain dok cerita pasal motto baharu Kerajaan Negeri Johor ni yang dah dipasang merata ceruk negeri. Semalam dapat jugak aku nampak kat Globe Gelang Patah. Kerajaan negeri Johor akan melancarkan pelan induk baharu dikenali sebagai Harapan Johor Satu Matlamat Satu Tujuan Lapan Teras (HJ 1.8) dan moto baharu kerajaan negeri iaitu Negeri Berprestasi Tinggi, Bangsa Johor Bestari bulan depan bersempena 100 hari Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan. Sama-sama kita nantikan.

Misi Perabih Data

Imej
Misi Perabih Data. Dah Selasa baru rasa nak nulih semula. Hahaha. Mulai minggu ni meme aku tekad nak guna all out pelan data pek Jasa tu. So. Target pertama memang nak layan bideo training dari youtube. Kebetulan ada majlis perasmian penutup MTQSS kat BP. Layan. Jangan tak layan sambil buat kerja. Ni la amalan baik yang aku dapat teruskan hasil training Coursera. Wat kerja sambil belajar dari bideo. Kekeke.

Home sweet Home Renovation Phase 2 : 20180728 Progress

Imej
Home sweet Home Renovation Phase 2 : 20180728 Progress. Layan.

Sekolah Tun Fatimah : 20180728 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20180728 Lawatan Hujung Minggu. Hari ni gi STF. Ngantor barang sikit kat iqa. Borak borak sikit. Kebetulan hari ni ada perjumpaan Srikandi di STF. A bit pack sikit kenderaan. Esok bermula program kat UTM selama 3 hari. Tukar sekali beg dia yang oversize ituhari. All the best and be the best!

Walimatul Urus : Raikan Cinta Amar & Azwa

Imej
Walimatul Urus : Raikan Cinta Amar & Azwa. Hari ni ke Dewan Latihan UTM Skudai untuk majlis En. Hassim ni. First time datang tempat ni. Baru tau ada dewan dan jalan ikut Sri Pulai. Sampai pada ketika kedua mempelai dah siap untuk berarak masuk ke dewan. Tahniah dan selamat pengantin baharu pada kedua mempelai.

TM Telephone Line Restoration

Imej
TM Telephone Line Restoration. Hari ni Andy datang lagi. Nak check report aku Khamis lepas. Memang kat tiang tu aku nyer line total out. Dekat sejam jugak aku nunggu Andy selesaikan jobnya. Yang penting line dah boleh pakai semula. Alhamdulillah. Lama aku tak nulih blog guna PC tersayang weh!

Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20180727 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20180727 Progress. Layan bumbung. Si Tamrin sibuk pulak meronda sama.

Sayangi Malaysiaku : Logo Rasmi hari Kebangsaan 2018

Imej
Sayangi Malaysiaku : Logo Rasmi hari Kebangsaan 2018 menggambarkan simbol tiga orang melakukan gerakan riang mengangkat tangan, dengan satu bentuk hati di hadapan yang menyatukan ketiga-tiga orang itu. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, logo itu membawa maksud warganegara yang terdiri daripada berbilang bangsa hidup dalam kepelbagaian, harmoni, seia-sekata, bersatu-padu dan terpahat perasaan kasih sayang yang kukuh kepada negara. "Penggunaan warna-warna untuk logo Hari Kebangsaan yang dicipta Nik Zulkifli Nik Hitam adalah berdasarkan Jalur Gemilang iaitu merah, biru, putih dan kuning yang membawa maksudnya tersendiri. "Logo ini akan digunakan sebagai logo rasmi bagi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini yang bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku’," katanya semasa sidang media Hari Kebangsaan 2018 di sini, hari ini. Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sebelum ini menerima 632 idea bagi logo 'Sayangi Malaysiaku' unt

Cumee Cumee : 2018027 Hari Mandi

Imej
Cumee Cumee : 2018027 Hari Mandi. Memasing dah busuk. Yok mandi. Kui kui kui. Meronta menjerit bagai pagi ni. Biasa nih. Dah dekat sebulan tak mandi.

Baby Cinet : 20180727 Lepak pagi

Imej
Baby Cinet : 20180727 Lepak pagi. Layan jap si baby cinet meronda pagi ni. Jenjalan kawasan dia.

Layan Kelas Tambahan Inaz

Imej
Layan Kelas Tambahan Inaz. Aktiviti rutin setiap pagi jumaat. Yok.

My New Gadget : Ferrari Red Alcatroz Air Shark 2.4G Wireless Mouse

Imej
My New Gadget : Ferrari Red Alcatroz Air Shark 2.4G Wireless Mouse. Dah lama nak cari mouse wireless gini. Yang mana tak payah dok tukar bateri AA waima AAA. Sekali mama kata mouse dia dah hilang. Hilang beb. Ntah mana letak ntah. Dapat la peluang meronda Lazada mencari mouse yang cool sikit kan. Alhamdulillah. Jumpa mouse idaman hati ni. Dengan dua jam charging ianya dapat digunakan selama hampir 70 jam, katanya lah. Jangan tanya lebih lebih lagi. Aku baru je terima barang ni petang tadi. Hahaha. Yang bestnya. Boleh guna sambil dicaj. Dapat mouse pad edisi khas dan hi-speed cable. Dan tak lupa. Ada waranti dua tahun nooo... Yang penting. aku suka design dan reka letak dia. Ada butang on off dan dongle kemas dibawah.

TCEAS Skudai : 20180726 Servis Livina

Imej
TCEAS Skudai : 20180726 Servis Livina. Hari ni bergegas ke TCEAS Skudai untuk last slot macam biasa la kan. Sempat jumpa geng lama kat parking masa nak gerak tu. Dah jadi team oren la pulak petang ni. Lepak. Minum. Baca buku. Layan TV. Layan game. Kekeke. Sedo sedo dah siap. Cepat sikit hari ni sebab just normal servis aje. Jam 5.15 petang dah setel semua. Balik. Sempat layan Sarip pasang bumbung depan.

Majlis Doa Selamat dan Meraikan Bakal Haji SPMICT 2018

Imej
Majlis Doa Selamat dan Meraikan Bakal Haji SPMICT 2018. Tengah hari tadi kami berkumpul reramai untuk sedikit majlis simple meraikan Farrah yang bakal mengerjakan haji minggu depan. Alhamdulillah. Syukur. Sempat ada sesi potong kek lagi gitu. Memang makanan pun agak banyak portionnya kali ni. Konyang porut weh! Semoga Hajjah Farrah mendapat haji yang mabrur.

Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.7 Tahun 2018

Imej
Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.7 Tahun 2018. Pagi tadi majlis berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Seminar diurusetiakan oleh BTPN Johor. Majlis selesai pada jam 10 pagi dan terus bersambung dengan Bengkel Post-Mortem Hari Guru Negeri di Bilik Mesyuarat Utama.

PERTANDINGAN KECERIAAN BULAN KEBANGSAAN 2018

Imej
PERTANDINGAN KECERIAAN BULAN KEBANGSAAN 2018. Zahirkan rasa cintakan negara dengan menghias dan mengibarkan Jalur Gemilang di rumah, bangunan, sekolah, kawasan kampung dan sebagainya. Jangan sia-siakan bakat kreativiti yang anda miliki. Muat turun borang di sini: http://malaysiamerdeka.my/web/?page_id=739 #sayangimalaysiaku --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

EDARAN POTRET RASMI,YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA

Imej
EDARAN POTRET RASMI,YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA. Jabatan Penerangan Malaysia kini telah mula mengedarkan potret Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad secara percuma untuk dipamer di semua premis Kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta edaran kepada orang ramai. Orang ramai boleh mendapatkan potret percuma tersebut pada waktu pejabat di lokasi berikut: Pusat Sumber dan Fotografi, Jabatan Penerangan Malaysia, Aras 9, Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Lot 4G9, Persiaran Perdana, 62100 Putrajaya Semua Jabatan Penerangan Negeri dan Daerah; dan Semua Pusat Maklumat Rakyat. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 03-89117412 atau layari www.penerangan.gov.my --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎M

Bengkel Pembangunan Dashboard DTP PPD Johor menerusi aplikasi Power BI siri 1 2018

Imej
Bengkel Pembangunan Dashboard DTP PPD Johor menerusi aplikasi Power BI siri 1 2018. Alhamdulillah. Selesai siri 1 bagi bengkel Power BI untuk semua PPD negeri Johor. Tahniah dan terima kasih kepada semua Timbalan PPD dan Pegawai Maklumat terlibat secara aktif dan memberikan kerjasama dan input yang berguna untuk bengkel seterusnya. Diharapkan dengan sedikit perkongsian ilmu ini akan dapat membawa Johor ke arah pengurusan berpacukan analitis data bagi kegunaan perancangan dan intervensi dengan lebih berkesan dan relevan. Macam biasa, banyak pakai gambar orang lain sebab selalunya memang lupa bila aku menumpu pada sesuatu ni.

Lopaq : 20180723 Lepaking

Imej
Lopaq : 20180723 Lepaking. Sakan melepak bersama ibu dan kekanda tercinta katanya. Layan.

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Persidangan Leaps Of Knowledge Negeri Johor Bil.1 Tahun 2018

Imej
Mesyuarat Jawatankuasa Induk Persidangan Leaps Of Knowledge Negeri Johor Bil.1 Tahun 2018. Bermesyuarat kali pertama untuk penyusunan gerakan bagi Persidangan Leaps Of Knowledge negeri Johor kelak. Cadangan awal pada penghujung September bertempat di Perpustakaan Sultanah Zarith Sofiah, UTM. Harap yang terbaeekkk!!!!

Good Luck Nur Balqis Syafinaz!

Imej
Good Luck Nur Balqis Syafinaz! Hari ni angah akan duduki Percubaan UPSR. All the best and be the best! We know you can do it! --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Tamrin dan Baby Cinet : 20180723 Lepak Bersama

Imej
Tamrin dan Baby Cinet : 20180723 Lepak Bersama. Hari ni memang seharian hujan. Sian pulak deme berdua ni. Selamba je lepak lam markas bumbung ni. Sib baik angah dah buat persediaan semalam. Kalau tak. Ada lepak dalam air deme berdua ni.

Lunchtime! @Warung Siput Sedut Wak Dol

Imej
Lunchtime! @Warung Siput Sedut Wak Dol. Layan jap makan kat sini hari ni. Amik kurma ayam aje ganti kari ayam yang takde. Memang best ayam goreng dia. Balik singgah beli pisang goreng kat Mak Ram. Balik opis ada jagung rebus yang ohsem. Penuh perut hari ni.

Perbincangan Isu Pendidikan 2018 SPMICT

Imej
Perbincangan Isu Pendidikan 2018 SPMICT. Kumpul jap kat bilik Adi pagi ni untuk perbincangan dan penyediaan pelaporan berkaitan. Guna analisis SWOT sebagai sandaran di samping data-data sedia ada sebagai rujukan cadangan penyelesaian.

Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20180721 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20180721 Progress. Hari ni saja park sebelah tepi dan snap. Layan kan. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Sekolah Tun Fatimah : 20180721 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20180721 Lawatan Hujung Minggu. Alang-alang dah ada di kawasan ni, singgah sekali nengok iqa jap.

Walimatul Urus : Barakallah Farhana & Nazreen

Imej
Walimatul Urus : Barakallah Farhana & Nazreen. Hari ni kami ke Dewan SMK Mohd Khalid. Majlis Haji Razak. maka. Ramailah orang dikenali ditemui kat sini. Sempat lepak borak borak santai. Kedua mempelai dah siap bersanding masa kami sampai. Tahniah dan selamat pengantin baharu pada kedua mempelai.

Baby Cinet : 20180721 Sesi Susuan

Imej
Baby Cinet : 20180721 Sesi Susuan. Semalaman Baby Cinet tido dalam sangkar dengan Lopaq dan Phatah. Kerja dia gigit besi sangkar aje. Kes dia nak kena pukoi ngan Sitam Dol semalam la. Pagi ni tengok dia dok gigit sangkar macam semalam. Keluar, nengok si Tamrin lepak depan pintu. Terus amik lepak tempat biasa dia. Terus dia menyusu. Dahaga bebeno la tu. Kasar betul si Baby Cinet ni.

Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri Ke-45/2018

Imej
Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri Ke-45/2018. Tonton secara eksklusif di Astro AWANI pada Sabtu bermula 8.30 pagi. Saksikan di Saluran 501 dan  http://www.astroawani.com/PPM2018 --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Permohonan Kemasukan Program Matrikulasi KPM Sesi 2019/2020

Imej
Permohonan Kemasukan Program Matrikulasi KPM Sesi 2019/2020. Calon SPM 2018 dipelawa memohon kemasukan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia bagi sesi pengajian 2019/2020 mulai 19 Julai 2018. Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 November 2018. Sila layari matrikulasi.moe.gov.my . --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20180720 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20180720 Progress. Layan.

Sekolah Tun Fatimah : 20180720 Outing

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20180720 Outing. Hari ni bawak iqa keluar outing. Jenjalan jap kat Angsana cari kasut. Aku ronda ngan ici. Layan aje la beli menan dia. Lepak kat medan selera nunggu mama dan iqa. Setelkan printing bahan carian untuk geografi. Nampaknya esok kena datang lagi untuk sejarah dia pulak ni.

Masjid Jamek Gelang Patah : 20180720 Solat Jumaat

Imej
Masjid Jamek Gelang Patah : 20180720 Solat Jumaat. Sempat makan derian pulak tu sebelum ke semejid. Hari ni mood snap snap sangat tinggi. Dengan Dewan Komuniti baharu, semejid; semua disnap. Best pulak layan tazkirah hari ni.

Baby Cinet : 20180720 Lepaking

Imej
Baby Cinet : 20180720 Lepaking. Ni la satu satunya anak Tamrin yang survive dari serangan Sitam Dol tempoh hari. Memang cam rimau sikit gaya dia. Ni lepak tempat baharu yang si Tamrin carikan.

Lepak pagi Jemaat

Imej
Lepak pagi Jemaat. Macam biasa. Ngantor angah ke kelas tambahan. Pastu macam biasa. Lepak snap snap picas. Kali ni kita layan Surau Nusa Perintis 4 pulak.

Lopaq Chempel : 20180719 Photoshoot SJCam

Imej
Lopaq Chempel : 20180719 Photoshoot SJCam. Sakan deme ni semalam. Letak kamera depan muka jadi blank jap. Pastu pakat main cako cako kamera tu. Bunyi shutter tu yang menarik diaorang. Layan aje le. Cumee cumee tak puas hati pasal tak layan dia.

Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20180719 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20180719 Progress. Layan.

TCEAS Skudai : 20180719 Almera

Imej
TCEAS Skudai : 20180719 Almera. Hari ni balik lewatlah. Servis Almera. Kena major servis. Dah 5 tahun dah usia kereta ni. Layan ngantuk kot dalam ruang menunggu. Serius penat. Memang aku antara orang last macam biasa.

RPT Semua Subjek KSSM Tingkatan 1 hingga 5 2018

Imej
RPT Semua Subjek KSSM Tingkatan 1 hingga 5 2018. Dikongsikan RPT Terbaru 2018 KSSM bagi Semua Subjek untuk Setiap Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 dari portal Sumber Pendidikan . Untuk panduan, boleh download bahan-bahan berkaitan juga di bawah. Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Ikuti Sumber Pendidikan menerusi Facebook dan Telegram --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Sekolah Tun Fatimah : Hari Bertemu Pelanggan Bil.2/2018

Imej
Sekolah Tun Fatimah : Hari Bertemu Pelanggan Bil.2/2018. Hari ni gerak ke STF untuk program ni. Sempat singgah Mat Corner jap tapau nasi ambeng untuk iqa. Sampai. Gi Dewan Bestari dulu. Ambik result semua. Sambil-sambil snap suasana situ. Makin rabun gamaknya mata aku ni. Dah tak perasan kamera pun dah out of fokus. Ish ish ish. Setal situ gerak ke Makmal Sains pulak. Ramai seperti biasa. Dah puas meronda baru gerak ke kantin. Layan iqa borak sambil makan.

Murid Berisiko Cicir : Pengemaskinian Gerak Kerja Johor

Imej
Murid Berisiko Cicir : Pengemaskinian Gerak Kerja Johor. Sesi pagi ni kami buka dengan analisis data. Kena buat gerak kerja yang lebih mantap terutama apabila kita perlu pengemaskinian segera lebih 20k data. Harap dapat berikan tool terbaeekkk!!!! untuk PPD dan sekolah.

Kelas Tambahan Matematik Tambahan Mama

Imej
Kelas Tambahan Matematik Tambahan Mama. Sekali hari ni baru nengok semula dropbox. Ada banyak pulak gambo dari henpon mama ni. Gambo aktiviti dalam kelas tambahan Matematik Tambahan mama. Gabung dua kelas. Seronok pakai visualiser katanya.

Bengkel Penyelarasan Teks PPJ

Imej
Bengkel Penyelarasan Teks PPJ. Pagi tadi bertempat di bengkel SJQ kami berkumpul untuk penyelarasan paparan dan teks ucapan PPJ sempena lawatan kerja Dato' KPPM ke JPN Johor Ahad depan. Aku ada dua slide yang perlu dimurnikan. Alhamdulillah dapat diselesaikan dalam masa yang ditetapkan. TQ pada semua rakan yang membantu.

Lenovo ThinkPad A475 : Testing Mobile Plan

Imej
Lenovo ThinkPad A475 : Testing Mobile Plan. Seawal pagi aku dok godak. 3 simcard aku ngetest. Dari Unifi, YES sampai la ke simcard DiGi aku sendiri. Semua dia tak detect. Tensen betul. Kat mana salah ni ye. Takpe. Esok pulak ngetest. Hari ni memang agak penuh aku punya aktiviti. Dari bengkel penyediaan bahan PPJ sampai la ke permohonan data. Perghhh! Tak puas hati betul target yang ni tak berjaya dipenuhi.

Pemantauan Pengurusan Maklumat dan ICT Sekolah daerah Pontian

Imej
Pemantauan Pengurusan Maklumat dan ICT Sekolah daerah Pontian. Semalam kami turun ke dua sekolah di daerah Pontian untuk Pemantauan Berkelompok Pengurusan Maklumat dan ICT di sekolah. Antara lain aku nak semak juga penggunaan Toolkit Johor yang bakal kami cetak untuk kegunaan sekolah kelak. Sekolah yang terpilih untuk Pontian adalah SMK Dato' Mohd Yunos Sulaiman dan SK Pekan Nanas. Alhamdulillah. Banyak perkara yang kami perolehi untuk penambahbaikan untuk Johor terutamanya. Tahniah dan terima kasih pada pihak sekolah terutama pada pengurusan tertinggi atas kerjasama dan layanan ketika kami berada di sekolah. Teruskan usaha anda dalam memartabatkan pengurusan ICT dan Maklumat. 

Bengkel Pembinaan Kit Pengurusan ICT dan Maklumat Negeri Johor Bil.1 tahun 2018

Imej
Bengkel Pembinaan Kit Pengurusan ICT dan Maklumat Negeri Johor Bil.1 tahun 2018. Bengkel pertama kami dalam penghasilan kit pengurusan ICT Johor. Semakan berdasarkan susunan Perak. Banding beza dengan amalan di Johor. Selepas ni kami akan turun ke sekolah untuk semakan sebelum bengkel seterusnya bersama dengan unit lain yang terlibat. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Gadget : Huion H420 Signature Pad

Imej
Gadget : Huion H420 Signature Pad. Luas kawasan 4 x 2.23 inci. Beroperasi dengan satu bateri AAA. Pen menggunakan butang on/off untuk beroperasi. Ada software disertakan sekali semasa instalasi. Memang OK sebagai grafik tablet bajet. Harga RM100.