Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2017

Yok Jenjalan : Global 9000 Car Wash

Imej
Yok Jenjalan : Global 9000 Car Wash. Ni pun boleh jadi lam siri yok jenjalan jugak ke? Ekekeke. Layan aje la. Sementara vacuum aku pun dah rosak. Dua dua kereta sampai sini. Siap gunting rambut lagi kat ravi. Aku nyer livina dia caj RM13, almera RM12. Pelik jugak. Tapi ok la kerja dia. Balik. Terus singgah tesco beli vacuum baharu.

One whole busy week : Done!

Imej
One whole busy week : Done! Selesai minggu yang sangat sibuk. Perghhh!!! Memang terbaeekkk!!!! Dari mula lagi dengan Hari Gurunya, dengan MPKnya, dengan tuan rumah Perhimpunan bulanannya, dengan Konvensyen PAK21nya. Hehehe. Memang menguji minda dan tenaga betul. Penutup. Pinggang aku tetiba sakit masa pagi sebelum meeting konvensyen. Adoila... Sangat perit penutup minggu aku ni. Duduk aje dengan santai. Gerak sikit ishhhh... Sampai KS SPA pun dah terperasan. Hahaha. Last of the day perbincangan dengan pencetak berkenaan hari guru. Alhamdulillah. Nanti kita jumpa lagi ye en jo. TQ mama pasal beli yoko yoko. Terus lepak santai aku semalaman sampai ke pagi ni. Hahaha. Tiga movie aku layan. Terbaring aje. Apa lagi nak buat kan. Dari Gautamiputra Satakarni. Pastu Monster Truck dan diakhiri dengan My Way. Perghhh... Terbaeekkk!!!! beb. Cuma dok pikir. India. Korea. Semua dah evolve. Cerita cerita lama di sadur dengan baik dengan jalan penceritaan yang memang marbeles. Rasa bangga dengan k

Masjid Jamek Gelang Patah : 20170324

Imej
Masjid Jamek Gelang Patah : 20170324. Ramai betul orang hari ni. Maybe semua dah pakat balik dari kampung kot. Khutbah terasa pendek pulak hari ni. Khutbah bertajuk "Hari Kebangkitan" boleh dimuat turun menerusi url berikut :  http://jainj.johor.gov.my/khutbah/2017/mac/HariKebangkitan.pdf

Yok Jenjalan : Bazar Mydin @ Anjung, Nusajaya

Imej
Yok Jenjalan : Bazar Mydin @ Anjung, Nusajaya. Macam biasa. Hujung bulan gi belanja bulan kat Mydin. Kebetulan susu ici tengah sale. Mama borong aje. Sambil-sambil. Gi meronda kawasan yang dah fully upgraded dan furnished. Memang terbaeekkk!!!! Siap tak nak balik tu the kebudaks. Cuma. A bit tak best bila nengokkan kebanyakan penjual lama dah takde kat medan selera tu. Especially yee mee yang kebudaks ni semua suka. Huhuhu. Paling aku suka design bendera johor guna motherboard tu. Cool beb!

Gebooz Gedikz : Edisi Santai

Imej
Gebooz Gedikz : Edisi Santai. Kerja merayap ja sekarang ni. Malam ja ada rumah. Kekeke. Dah dapat nature kucen dia dah ni. Suka tul lepak bawah kereta.

Ici nak gi school

Imej
Ici nak gi school. Gaya old school sengsangat. Baju kotak. Kepiah senget. Kekeke. Ici. Ici. Ici. Dicapainya beg. Dicapainya tag nama abangnya. Dicapainya kasut aku. Nak gi school. Layan ajelah. Yang penting. Amik gambo mesti mode selfie. Kalau tak dia tak nak. Wakakaka. Yang lagi penting. Orang lain semua holiday blues lagi ni.

Yok Jenjalan : The Zone

Imej
Yok Jenjalan : The Zone. Tak sangka dah jadi cenggini. Dah takde pape dah kat sini. Lengang semua floor 1 dan ke atas. Yang ground floor pun dah tinggal kat lobi utama aje. Sedih weh. Berhati-hati dengan ATM Maybank. Kerap telan kad. Baru beratur orang depan aku dah kena telan kad. Pastu leh pakai semula. Dua orang lagi kena. Kensel niat terus. Masa balik. Jem abis. Sultan bagi rumah kan kat Kotaraya.

Yok Jenjalan : Muzium Tokoh Johor

Imej
Yok Jenjalan : Muzium Tokoh Johor. Singgah di Muzium Tokoh Johor pulak. Memang terbaeekkk!!!! Semua susurgalur ada di sini. Menteri Besar di tingkat bawah. Sultan di tingkat satu. Banyak informasi berharga dapat diperolehi di sini.

Yok Jenjalan : Zoo Johor

Imej
Yok Jenjalan : Zoo Johor. Siang tadi tunai janji. Nak jalan nengok Bam Bam gajah comel kat zoo. Sampai awal. Layan dulu menatang lain sementara nunggu gajah dikeluarkan. Jam 10 pakat gi kandang gajah. Nengok aje. Pastu jenjalan lagi. Nengok pak atan, nengok sappie, nengok rimo. Layan jap bagi makan unta. Ingatkan nak naik kuda. Punya la lama nunggu. Last last ici kata nak naik bot. Sekali tiba giliran dia nak naik, dia lari. Dah tak naik. Nengok aje dari jauh. Selesai bot. Naik bagi makan gajah jap. Setel. Makan tengahari kat Restoran Mak Teh.

Hari Keputeraan Sultan Johor 2017

Imej
Hari Keputeraan Sultan Johor 2017. Daulat Tuanku! --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim

Imej
Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim. Hari ni hangat dengan berita ni. Sana sini semua bercerita pasal rumah impian Sultan Ibrahim. Mana taknya. Banglo dengan harga RM100k. Memang terbaik. Macam-macam spekulasi keluar. Apapun. Semua ini akan terungkai esok di Galleria@Kotaraya. Majlis pelancaran ni akan dijalankan bermula jam 2.00 petang, di mana Sultan Johor sendiri akan mengumumkan butiran terperinci berkenaan dengannya. Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar yang prihatin mengenai masalah perumahan rakyatnya sanggup rugi dalam melaksanakan program perumahan untuk Bangsa Johor di negeri itu. Baginda bertitah, butiran fasa pertama yang dinamakan Rumah Impian Sultan Ibrahim itu akan diumumkan esok sempena prapelancaran projek. "Fasa pertama saya nak buat dalam 600 unit termasuk banglo dan Semi-D. Rumah atas tanah. Mana ada banglo yang boleh bawah RM100,000 dan Semi-D. Tak ada lagi wayar-wayar elektrik macam sarang labah-labah kat atas. Tak ada lagi. Semua (longkan

Jenjalan Cari Makan : Asam Pedas Madu Tiga, Pekan Nenas

Imej
Jenjalan Cari Makan : Asam Pedas Madu Tiga, Pekan Nenas. Tempat biasa lunch kalau ke Pekan Nenas. Macam biasa amiknya. Cuma aku tukar sikit menunya. Tambah ayam goreng kunyit. Paling best bila dengo ada orang tanya mana kamera kecik aku. Hehehe. Memang dah kenal aku. Tu yang aku cakap mama. Bebanyak orang datang sini. Aku sorang aje makan dengan kamera. Tu la pasal. Si ici pantang betul bila ajak wefie.

Jenjalan Cari Makan : Durian Segamat @ Gerai Buah Kampung Sepakat Jaya

Imej
Jenjalan Cari Makan : Durian Segamat @ Gerai Buah Kampung Sepakat Jaya. On the way back dari kehampaan, singgah jap kat gerai buah area Kampung Sepakat Jaya. Kebetulan ada durian segamat baru turun lori. Sekilo RM20. Layankan aje. Memang terbaeekkk!!!!lah.

Yok Jenjalan : Muzium Nenas Johor

Imej
Yok Jenjalan : Muzium Nenas Johor. Frust gile lah hari ni. Kengkonon dapat la masuk muzium nenas. Nengok baju benang nenas bagai. Sekali tutup daa... Bukan tutup sejati. Ade orang ngeteh bak kat pak guard tu. Boleh pulak kuar ngeteh. Baru jam 11.30 pagi kot. Ish ish ish. Sedih aku nengok muzium kosong cenggini. Dapat snap luar aje ler. Kebudaks pun malas nak turun.

Yok Jenjalan : Pasar Selasa, Pekan Nenas

Imej
Yok Jenjalan : Pasar Selasa, Pekan Nenas. Mana lagi yang nak dituju kat pekan nenas pada hari selasa kecuali dari ... Pasar Selasa ni la. Kekeke. Hari ni aku banyak lepak aje kat wakaf depan semejid dia. Biar la golongan ibu ibu gumbira meronda tanpa dengar bebelan manja dari bapa bapa ni. Kekeke. By the way. Air jagung 75 kat sini memang marbeles.

Jenjalan Cari Makan : Kafeteria Dful, Pekan Nenas

Imej
Jenjalan Cari Makan : Kafeteria Dful, Pekan Nenas. Hari ni aku cuti. Plan hari ni Pekan Nenas. Singgah ke Pasar Selasa kalau tak gi sini memang rugi la. Yang best kat sini of coz lempeng dia. Tapi aku makan roti tampal. Kekeke. Nasi lemak pun boleh tahan jugak. Pastikan korang order air dulu sebab air memang akan sampai lambat sebab nak nunggu orang pun satu hal jugak. Ramai!

TAWARAN PENAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT PERSEDIAAN DAN IJAZAH PERTAMA DI BAWAH PROGRAM KHAS JPA MARA TAHUN 2017

Imej
TAWARAN PENAJAAN  JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)  BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT PERSEDIAAN  DAN IJAZAH PERTAMA DI BAWAH PROGRAM KHAS JPA MARA  TAHUN 2017. Penawaran Penajaan bagi Program Khas PKJM tahun 2017 untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2016 akan dibuka secara atas talian di pautan www.mara.gov.my mulai 16 Mac 2017 (Khamis) jam 3.00 petang hingga 22 Mac 2017 (Rabu) jam 5.00 petang . Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2016 bagi kali pertama untuk mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Program Khas JPA MARA (PKJM) tahun 2017. Sila layari  http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=PKJM&auth=9039 Program ini merupakan program penajaan kepada pelajar bumiputera cemerlang untuk mengikuti pengajian peringkat persediaan dan Ijazah Pertama di negara Jepun dan New Zealand dalam bidang Kejurut

Majlis Jamuan Teh Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi DYMM Sultan Johor 2017

Imej
Majlis Jamuan Teh Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi DYMM Sultan Johor 2017. Majlis akan dijalankan seperti ketetapan berikut : Tarikh : 23 Mac 2017 (Khamis) Masa : 2.30 hingga 6.00 petang Tempat : Dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Seluruh Rakyat Negeri Johor Dipersilakan Hadir --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Sesi Penyemakan dan Pemurnian Manual Prosedur Kerja JPN Johor

Imej
Sesi Penyemakan dan Pemurnian Manual Prosedur Kerja JPN Johor. Alhamdulillah. Setel untuk SPMICT petang ni. Sesi gabung aku pilih hari Ahad depanlah. Kasi can pada rerakan yang lain gabungkan dahulu. Tahniah dan terima kasih pada semua atas kerjasama.

Jenjalan Cari Makan : Restoran Nasi Vanggey, Johor Bahru

Imej
Jenjalan Cari Makan : Restoran Nasi Vanggey, Johor Bahru. Tengahari tadi sempat keluar lunch ke tempat idaman si Adi. Actually aku puasa hari ni. Tapi 75% memang dah was was nak buka aje. Banyak kali jugak dok mikir. Sekali si Mustakim hulur cekelat tiramisu; terus buka. Sambung lagi dengan nasi vanggey ni. OK. Tempat OK. Makan OK. Harga a bit high berbanding mamak. Tapi kalau aku. Maybe aku lebih prefer Azinur Taman Tun lagi kot. Layan. Kekeke. Cam biasa. Sapa layan aku kena la layan amik gambo sekali. Hehehe.

Sesi Penyemakan dan Pemurnian Manual Prosedur Kerja SPMICT JPN Johor

Imej
Sesi Penyemakan dan Pemurnian Manual Prosedur Kerja SPMICT JPN Johor. Pagi ni sambung sikit lagi untuk peringkat sektoral. Alhamdulillah semua ada termasuk KS sekali. Terus clear out je. Terbaeekkk!!!! Bilik kecik aku ja jadi tempat perbincangan. Tahniah pada semua.

Bengkel Penyemakan dan Pemurnian Manual Prosedur Kerja JPN Johor

Imej
Bengkel Penyemakan dan Pemurnian Manual Prosedur Kerja JPN Johor. Hari ni seharian duduk kat bengkel SJQ. Ada bengkel. Cuma lalok sikit. Tak cukup tido semalam. Ish ish ish.

Yok jenjalan : AEON Mall Kulaijaya

Imej
Yok jenjalan : AEON Mall Kulaijaya. Hari ni memang seharian berjalan ni. Lepak AEON Kulai. Singgah kedai baju dulu. Ada sale kata mama. Selai sepuluh. Sakan sungguh. Pastu masuk Popular. Habih borong buku. Alang alang sebab aku dah beli lebih had RM50, layak la aku beli pendrive 32Gb dengan harga RM26. Sebab pendrive 8Gb ronaldo aku baru rosak baru baru ni. Huhuhu. Terus aje aku amik. 8Gb ganti ngan 32Gb. Baru hang tau. Nanti senang nak eksen balik ngan mustakim. Hahaha. Pendrice aku dah kembali. Walau muka dia bukan ronaldo lagi. Sambung jenjalan lagi. Mama beli beg pulak ngan the gegirl. Lepak nunggu. Sambil tu. Lalu pulak maskor Kidzoonia. Kejo beb. Pau belon barang tiga. Sorang satu kebudaks dapat. Hehehe. Last and but not lease singgah Marry Brown. Janji nak belanja Iqi sempena hari jadi. Siap beli kek kedai sebelah tu. Secret Recipe. Yang best. Sempat layan chef tengah tarik mee kat restoran original mee tarik. Layan. Happy besday Iqi. Tak lupa isi minyak sebelum sampai rumah.

Majlis Perkahwinan Farhana & Afiq

Imej
Majlis Perkahwinan Farhana & Afiq. Selesai di Gelang Patah. Terus ke Kulai. Rumah En Rosli. Anaknya berkahwin hari ni. Jambu batu yang best. Nampak sangat dah lama aku tak sentuh asam. Kekeke. Banyak jumpa kenalan lama kat sini. Kak Zorah pun ada. Sempat borak panjang gitu. Tahniah pada kedua mempelai. Semoga kekal berbahagia hingga ke akhir hayat.

Majlis Perkahwinan Aida & Ezzuddin

Imej
Majlis Perkahwinan Aida & Ezzuddin. Tengahari tadi ke rumah cik sidah dulu. Kenduri kahwin anak dia. Iqi, Ici dan Inaz asik makan aiskrim aje. Ish ish ish. Tahniah pada kedua mempelai. Semoga kekal berbahagia hingga ke akhir hayat.

Gebooz Gedikz : Kompilasi Februari Mac

Imej
Gebooz Gedikz : Kompilasi Februari Mac. Pantang betul. Siang membuta. Malam berjaga. Mata meliar je. Habis tapak tangan aku kena cekau. Aiyooo...

EKSPRESI NEGARAKU

Imej
EKSPRESI NEGARAKU. JOM HADIR BERAMAI-RAMAI DAN EKSPRESIKAN SEMANGAT #NEGARAKU ANDA! Konsert persembahan oleh artis tempatan, pameran agensi Kerajaan, sukan rakyat NEGARAKU, komuniti digitaL NEGARAKU, food truck dan pelbagai aktiviti untuk semua! Aku??!? Tolong promote aje. Ingat dekat JB - Putrajaya! --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

PERMOHONAN UNTUK PPA1M – TAMAN ANGKASA NURI, MELAKA DAN ONE FORESTA, BAYAN LEPAS PULAU PINANG

Imej
PERMOHONAN UNTUK PPA1M – TAMAN ANGKASA NURI, MELAKA DAN ONE FORESTA, BAYAN LEPAS PULAU PINANG. Unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) mempelawa para penjawat awam untuk memohon projek PPA1M seperti berikut : Taman Angkasa Nuri, Melaka - Permohonan bermula 8 Mac 2017 hingga 14 April 2017. One Foresta, Bayan Lepas Pulau Pinang - Permohonan bermula 6 Mac 2017 hingga 15 April 2017. Permohonan boleh dibuat melalui online di portal rasmi PPA1M,   https://www.ppa1m.gov.my/ Sebarang pertanyaan atau kemusykilan dalam urusan ini bolehlah diajukan kepada:           Unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia           Aras 4, Blok Podium, Menara Usahawan           No 18, Persiaran Perdana, Presint 2           Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan           62652 Putrajaya           Telefon      : 03-88805118           Faks          : 03-88805119           Email        :  ppa1m@jpm.gov.my           Website     :  www.ppa1m.gov.my           FB             :  www.facebook.co

PERTANDINGAN DALAM TALIAN "SHOP, SNAP & WIN" MISS SHOPHIA

Imej
PERTANDINGAN DALAM TALIAN "SHOP, SNAP & WIN" MISS SHOPHIA. Alang alang layan cuti. Pakata try join sekali pertandingan ni kan. Tourism Malaysia melalui Sekretariat Shopping Malaysia sedang menganjurkan Pertandingan dalam talian “Shop, Snap & Win” Miss SHOPhia yang berlangsung sehingga 31 Mac 2017. Pertandingan dalam talian “SHOP, SNAP & WIN!” ini menawarkan percutian menarik dan hadiah-hadiah yang lumayan tajaan Suria KLCC, Starhill Gallery, Pavilion KL, Fahrenheit88, IOI City Mall Putrajaya dan IBC Tours Sdn Bhd. Untuk menyertainya, setiap peserta dikehendaki untuk:- Berbelanja di pusat beli-belah kegemaran atau membeli barangan berjenama yang diminati. Ambil gambar anda seorang ataupun bersama keluarga dan teman-teman berserta dengan barangan yang dibeli di hadapan tempat anda berbelanja. Lengkapkan kapsyen gambar “Saya suka membeli-belah di Malaysia kerana…” (tidak lebih daripada 20 patah perkataan). Muat naik gambar tersebut berserta kapsyen yang le

Lepak lepak ngapdet Switch

Imej
Lepak lepak ngapdet Switch. Selagi tak setel. Selagi tak jadi macam fungsi asal dia masa guna win8. Selagi tu ler aku akan godak. Kui kui kui. Ni semua gara gara eager nak casting direct ke skrin monitor ni. Layan aje ler. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Masjid Jamek Gelang Patah : 20170317 progress

Imej
Masjid Jamek Gelang Patah : 20170317 progress. Hari ni a bit lewat sampai. Kereta dah bersusun. Dah terpaksa parking tempat lama. Dan terpaksa juga masuk ikut tepi. Thru construction. Sesambil. Of coz la snapping moment. Kekeke. Khutbah hari ni, "Kasih Kepada Orang Tua" boleh dimuat turun melalui url berikut :  http://jainj.johor.gov.my/khutbah/2017/mac/KasihKepadaOrangTua.pdf

Mesyuarat Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Kementerian Pendidikan Malaysia Bil.1/2017

Imej
Mesyuarat Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Kementerian Pendidikan Malaysia Bil.1/2017. Dah lama bersawang dalam Dropbox aku. Hari ni baru dapat dikeluarkan. Ni last sesi pixel besar Galaxy Camera aku rasanya. Hehehe. Mesyuarat dijalankan 22 sampai 24 Februari yang lepas. Kira macam precouncil yang dilaksanakan diperingkat negeri la ni. Sebelum semua isu negeri diangkat ke JPMK. Tahun ni semua ikut timeline sepertimana yang ditetapkan. Tu pasal aku gerak JPMN minggu 2 seperti mana yang ditetapkan. Tu pun lari sikit ke minggu 3 sebab minggu 1 tu raya cina. Kali ni aku bawak Mustakim bersama. Timba pengalaman. Mana tau nanti kena gi wakil aku ke. Tak la teraba-raba. Kekeke. Pagi 22 tu sempat sarapan di Pagoh. Blank tak tau nak makan apa. Jarang aku outstation sejak aku mula kawal makan ni. Belasah aje le apa yang ada. Sampai aje. Jumpa dulu semua pegwai EPRD yang ada. Kenalkan si Mustakim. Senang dia nak liase dengan diaorang nanti. TQ Adhi kerana belanja makan lunch itu hari. Layan aj

SPM 2016 result : Analisa & Ranking MRSM

Imej
SPM 2016 result : Analisa & Ranking MRSM. Tak sah la kalau aku tak buat ranking MRSM ni kan. Nampaknya agak jatuh berbanding tahun lepas. Tapi. Tun Ghafar Baba mengungguli carta kebangsaan. Nombor 1 untuk keseluruhan sekolah di Malaysia. Beseri. Tempat aku dulu nampaknya ada sedikit peningkatan. Tapi. Masih jauh nampaknya. Batch aku dulu top 5 kot. Mama punya Muar pun nampaknya masih terumbang ambing. Apapun. Anda dah lakukan yang terbaik. Good job! Lupa pulak nak cop sekali : Foto daripada FB MRSM Tun Ghafar Baba.

SPM 2016 Result : Analisa & Ranking SBP

Imej
SPM 2016 Result : Analisa & Ranking SBP. Jom kita layan... Iqa dok cerita pasal ni jugak masa balik semalam. A bit jatuh ranking. Aku kata biasa la tu. Semua nak ke high ranking. Lagi kita kat atas. Lagi banyak usaha kena buat. Duduk kat atas lagi pressure sebab bukan senang nak kekalkan kedudukan. Semua akan bersaing untuk tempat teratas. OK lah tu. Apapun, tahniah diucapkan pada semua. Terbaeekkkk!!!! Yang aku tandakan semuanya sekolah yang ada kaitan dengan kami. STF. Sekolah Iqa. Tu yang iqa kata tak puas hati. Turun ranking. KUSESS sekolah lama aku berkhidmat. Naik. Boleh tahan. Tuanku Jaafar sekolah mama berkhidmat dulu. Ada peningkatan. Saja aku tak letakkan GPN lepas. Biarlah rahsia.

Sekolah Tun Fatimah : 20170316 Selamat Bercuti

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20170316 Selamat Bercuti. Jap ja dah jam 3 petang. Hampir terlupa aku nak gi ambik Iqa kat STF. Sibuk ngan design keliling pinggang. Dulu ingat lagi borak kosong ngan Ustaz Azman. Baik ko buat ja design untuk JPN. Kan ke itu ko punya soul. Betulla. Bila aku amik semula. Rasa macam seronok sikit. TQ ustaz. Kemas barang. Terus gerak ke STF. Cam biasa. Orang dah tak ramai. Biasanya waktu puncak of coz la jam 1 kan. Buat apa aku nak amik Iqa awal. Pastu. Boring pulak nanti lepak kat opis aku kan. Baik dia lepak kat asrama. Jalin silaturrahim dengan murid yang balik lebih lewat. Sampai aje aku lepak kat meja depan kaunter. Layan analisa SPM sementara nunggu Iqa. Nampak Afiqah bertugas kat kaunter. Senyum je dia ngan aku. Anis kebetulan lalu. Iqa tengah ngemas cik. OK. Anis ngan Afiqah balik malam nanti ngan bas. Anis ke Kelantan. Afiqah ke Perak. Selamat bercuti pada semua. Manfaatkan masa terluang dengan aktiviti berfaedah. Aku pun tengah dok rancang nak bawa keb

Perbincangan Muafakat 1Bestarinet Fasa 2 SPMICT - BTPN Johor

Imej
Perbincangan Muafakat 1Bestarinet Fasa 2 SPMICT - BTPN Johor. Saja taruk nama biar gempak sikit. Asyik nak taskforce aje pun boring jugak lama-lama kan. So. Petang tadi sempat bersama dalam sesi perbincangan muafakat ni bersama dengan pegawai BTPN Johor. Teliti semula segala permasalahan yang berlaku di peringkat sekolah. Susun semula SOP, strategi dalam memastikan kelangsungan gerak kerja kami bersama bagi memudahkan pengurusan di setiap peringkat. Semoga kerjasama yang erat dan seiring ini akan dapat meningkatkan lagi mutu pengurusan dan penggunaan ICT di Johor khususnya.

Majlis Pengumuman Keputusan SPM 2016 Negeri Johor

Imej
Majlis Pengumuman Keputusan SPM 2016 Negeri Johor. Pagi tadi majlis berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama. Aku up aje kat Media Sosial. Setel majlis up pulak infografik dalam media sosial. Tahniah pada semua calon SPM dan guru-guru yang bertungkus lumus menyumbangkan bakti bagi memastikan kejayaan ini. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Taklimat Tatacara Perolehan Sebutharga dan Pembelian Terus bagi JPNJ

Imej
Taklimat Tatacara Perolehan Sebutharga dan Pembelian Terus bagi JPNJ. Pagi tadi ada taklimat khas. Tengok list nama kat pendaftaran takde pun. KS arah aku masuk sekali dengar. Bagus jugak masuk. Sesi pengayaan. Lebih detail. Aset dulu, lepas tu kewangan. Tak sempat habis, KS suruh turun. Nak sambung bincang dengan BTPN pulak. Layan...

Lepak Santai : Internet Of Things (IoT)

Imej
Lepak Santai : Internet Of Things (IoT). Pagi semalam baru dapat bersama en Firdaus. Bincang dan teliti berkenaan kontrak 1GFMAS. Sambil sambil nengok ralat untuk verifikasi Mac. Datang pulak en firdaus dari persatuan firdaus firdaus sedunia. Sambung borak KIK. Sesambil dok mancing keberadaan aku. Hehehe. Tahun ni memang aku tak nak buat KIK untuk kebangsaan. Aku nak tumpu sektor. Sambung borak pasal projek baharu. Tu yang masuk tajuk IoT ni. Best jugak. Bagaimana setiap benda dalam dunia ni saling berhubung. Hmmm... Tapi. Aku memang tak berminat langsung dengan KIK ini tahun. Sorry yerk. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Perbincangan Jawatankuasa Buku Program, Banner, Bunting, Publisiti dan Seranta Hari Guru Kebangsaan 2017 bersama urusetia induk

Imej
Perbincangan Jawatankuasa Buku Program, Banner, Bunting, Publisiti dan Seranta Hari Guru Kebangsaan 2017 bersama urusetia induk. Ingatkan lepas balik SSI dapat la lurus kaki sambil nengok MPK. Tetiba dapat call dari urusetia. Urusetia Induk ada di Johor dan sedia untuk bertemu untuk perbincangan terutama berkaitan cetakan. Terus gerak ke lokasi perbincangan. Alhamdulillah. Banyak perkara dapat di sort out. Senang dah tugas kami lepas ni. Konsep pun dah dipersetujui. Dah boleh all out dah lepas ni.

Ici dan Easy Modelling Balloon

Imej
Ici dan Easy Modelling Balloon. Suka tul ici dengan belon badut ni. Tapi biasanya dia main kejap aje. Dia lebih suka main pam belon tu. Layankan aje ler.

Lawatan Tapak Sekolah PAK21 Johor - SMK Sultan Ismail : Inisiatif Perluasan Rangkaian

Imej
Lawatan Tapak Sekolah PAK21 Johor - SMK Sultan Ismail : Inisiatif Perluasan Rangkaian. Lepas je Haji KZ bagi greenlight. Terus aje aku turun ke sekolah rintis pilihan JB ni. Nak tengok kekuatan yang ada kat sini dan bagaimana kami boleh uli dia sampai jadi lebih baik lagi. Lenguh jugak kaki meronda. Mulanya bersama pentadbir. Penerangan serba sedikit berkenaan inisiatif kami ni. Lepas tu lepak makmal selaku pusat sebaran nanti nengok peta kawasan dan buat perancangan awal sebelum meronda sekeliling sekolah dan tempat tempat tumpuan nanti. Panas jugak kaki aku masa sampai ke library di tingkat paling atas dan tertinggi kat sini. Pergghhh... Overall. Banyak kekuatan yang boleh dimanipulasi dan ditambahbaik kelak. K. Syafiq dan Adi. Teruskan perancangan dan konsep sebelum dapat kita turun semula untuk persetujuan.

Tawaran berkhidmat di BPPDP, KPM

Imej
Tawaran berkhidmat di BPPDP, KPM. Tawaran terbuka kepada pegawai di JPN, PPD, Jurulatih Utama Data atau Guru Data dan Maklumat yang berminat untuk mengisi kekosongan di Sektor Data, BPPDP, KPM. Syarat Kelayakan. - Gred DG41 dan ke atas - Pernah/sedang memegang jawatan Guru Data (EMIS) sekurang-kurangnya 5 tahun sehingga 31 Disember 2016 Sila lengkapkan borang permohonan dan dihantar kepada : Azlin Hairani Bt Subki Sektor Data Pendidikan BPPDP, KPM Aras 2, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat PentadbiranKerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya. 03-88846543 BORANG HENDAKLAH SAMPAI SELEWAT-LEWATNYA PADA 28 MAC 2017 --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎My

Penukaran Radiator Fan Almera

Imej
Penukaran Radiator Fan Almera. Hari Sabtu lepas bawak Almera mama. Apasal lain macam aje bunyinya ni. Kuat betul. Berdasar pengalaman aku dengan kereta lama. Sahih la radiator fan problem. Buka portal nissan. Terus book tarikh. Yang dapat 13 Mac. Belasah aje ler. Ahad dengan Isnin memang agak pack masa aku ni. Setelkan cepat cepat. Petang tu terus gerak ikut schedule. Sampai aje terus technician check. Sahih la radiator fan dah out motornya. Nasib baik masih dalam warranty. Kebetulan ada extended warranty. So. Selamat la RM500. Terus ditukar baharu aje. Setel semua. Setel segala dokumen. Selesai. Masa nunggu tergatal tangan selak PC.com. Alamak. Dah terlekat kat Yoga Book la pulak. Tapi harga RM2.5k macam tak berbaloi untuk just atom je kot.

Selamat Hari Lahir ke-7 Iqi

Imej
Selamat Hari Lahir ke-7 Iqi. 13 Mac Iqi cukup 7 tahun. Tak buat sambutan lagi. Nak tunggu Iqa balik dulu cuti sekolah nanti. Mama akhirnya keluarkan juga hadiah iqi. Lama simpan ni. Hehehe. Cuma. Pam la pulak lupa nak beli. Sabo sabo.

KETETAPAN MENGENAI PENGGUNAAN LOGO JATA NEGARA BAGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Imej
KETETAPAN MENGENAI PENGGUNAAN LOGO JATA NEGARA BAGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. 14 Mac yang lepas, satu surat siaran berkenaan perkara ni dah dikeluarkan. Kalau ikut, keputusan mesyuarat Jemaah Menteri 26 November 2016, semua logo rasmi Kementerian dan agensi akan digantikan dengan logo Jata Negara sahaja berkuatkuasa 1 Januari 2017. So. Lepak jap. Jot dan sketch down logo baharu berdasarkan ketetapan yang dah dibuat. Banyak nak kena buat untuk design design lepas ni. Overall. Bagus. Sebab letak aje logo jpn dah sekali dengan logo kementerian. Cuma tak berapa nak berkenan dengan adanya garis panjang dan nama penuh agensi kat bawah tu. Pening jugak nak nyusun bila buat design nanti. Boleh semak punca kuasa kat sini ya. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photoofthed

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2016

Imej
Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2016. Nampaknya debaran makin terasa. Rasanya cikgu lagi berdebar berbanding muridnya. Biasalah tu. Mulai jam 10 pagi ini, keputusan sudah boleh mula diambil di sekolah masing-masing. All the best for all! Sistem semakan melalui SMS pun ada. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

PANDUAN PENGGUNAAN PERANTI YES ALTITUDE

Imej
PANDUAN PENGGUNAAN PERANTI YES ALTITUDE. Terima kasih dan tahniah pada pihak Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor yang berjaya menyediakan manual ini untuk semua pengguna yang menerima peranti baru-baru ini. Semoga ianya akan dapat menjadi panduan yang berguna pada kita semua. Bagi menyahut seruan penjimatan kertas dan kempen "Go Green" , modul terus boleh digunakan secara atas talian . Modul ini dibina secara atas talian dan interaktif, terdapat beberapa fungsi hyperlink dan video yang boleh di mainkan di atas modul itu sendiri. Juga dilampirkan salinan yang boleh dicetak sekiranya dirasakan perlu dan sesuai untuk dicetak. Pautan Modul atas talian : http://tiny.cc/altitude1bestarinet Pautan Modul versi cetak : http://tiny.cc/cetakaltitude1 --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #l

FROGPLAY : Penambahbaikan Aplikasi Kuiz di dalam FROG VLE

Imej
FROGPLAY : Penambahbaikan Aplikasi Kuiz di dalam FROG VLE. Berikut merupakan penambahbaikan baharu di dalam aplikasi kuiz "FrogPlay" di dalam FROG VLE untuk sekolah-sekolah 4G. Penambahbaikan ini merangkumi : Kuiz-kuiz Bahasa Inggeris percuma Maklumat analitik untuk aplikasi kuiz Permainan (game) selepas menjawab kuiz Murid juga kini boleh menjawab kuiz tanpa bermain permainan menerusi pilihan QuickFire Layari url https://frogasia.com/learncentre untuk keterangan lanjut --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Sekolah Tun Fatimah : 20170311 Lawatan

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20170311 Lawatan Semalam gi melawat Iqa. Minggu depan periksa. Khamis depan dah mula balik bermalam. Jap aje. Pejam celik pejam celik. Sempat beli goreng pisang dulu depan Fresh Hub tadi. Lepak. Borak borak. Iqa bawak buku nak ulangkaji. Tapi. Borak punya pasal. Dia terus lupa pasal tu. Takpelah. Kita release tensen dulu. Nanti sambung semula ulangkaji. All the best dalam ujian nanti. Good luck and do the best!