Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Aiman

The Colours of Life - Kiri Kanan Kiri bersama Aiman, Faisal dan Kobin

Imej
The Colours of Life - Kiri Kanan Kiri bersama Aiman, Faisal dan Kobin. Sekali aku balik tadi perasan kebudaks ni yang sangat trigger dengan pergerakan. Masuk simpan barang jap. Keluar. Tinggal tiga aje. Tiga pun tiga lah. Layannzzz. https://youtu.be/5evogHx9DUY ---  #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace #thecoloursoflife #terbaeekkk ‎#kipidap ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Majlis Penghargaan Pelajar Praktikal SPMICT 2019 : Najwa, Izzudin, Hairi dan Aiman

Imej
Majlis Penghargaan Pelajar Praktikal SPMICT 2019 : Najwa, Izzudin, Hairi dan Aiman. Hari ni last day deme berempat kat SPMICT. Ada sedikit majlis ringkas penyampaian sijil dan surat penghargaan atas sumbangan yang diberikan sepanjang berada di JPN Johor. Kami kami aje. Aku pun masuk lambat sebab terlibat dengan mesyuarat sektor perancangan. Maybe majlis last aku bersama SPMICT. Good luck pada semua! Semoga apa yang dipelajari sepanjang bersama kami di sini dapat dipraktikkan dengan sebaiknya ketika di alam pekerjaan sebenar kelak.

Pelajar Praktikal SPMICT 2019 - Najwa, Izzudin, Hairi dan Aiman

Imej
Pelajar Praktikal SPMICT 2019 - Najwa, Izzudin, Hairi dan Aiman. 4 orang sekali datang lapor diri. Semuanya Sains Komputer dari UITM Segamat. Tahniah dan semoga akan dapat menyesuaikan diri di sini dan dapat menimba sebanyak mana ilmu yang boleh selama tempoh praktikal bersama kami di sini. All the best to all!

Aidilfitri 1440 : Nenek Yang dan Aiman

Imej
Aidilfitri 1440 : Nenek Yang dan Aiman. Raya ketiga. Gerak sama Atuk, Pak Ngah dan Mak Ucu. Gi melawat nenek yang di jalan kemaman. Suka nenek yang kami datang. Borak borak jap. Posing. Snap snap. Terus herak ke HSI. Nengokkan si Aiman yang kena tahan wad. Asma. Malam aku sampai dia dikejarkan ke hospital. Petangnya Mak Ucu pulak masuk wad. Alhamdulillah. Dapat baby girl.

Get Well Soon Aiman

Imej
Get Well Soon Aiman. Hmmm. Tengah malam semalam si Aiman admit ke kecemasan. Masalah pernafasan. Terus kena tahan wad. Selesai tengok Iqa, kami singgah jap nengok Aiman ngan Ucu kat HSA. Dada dia masih berombak kuat. Kebetulan makanan sampai. Mama suapkan. Banyak jugak dia makan. Merintih jap masa misi masukkan ubat. Cian Aiman. Semoga cepat sembuh dan dapat balik ke rumah semula. Aiman ada kat Wad Bunga Raya 2, Tingkat 3; katil nombor 29 setakat ni.

Majlis Tahnik dan cukur kepala Baby Aiman

Imej
Majlis Tahnik  dan cukur kepala Baby Aiman. Semalam. Majlis tahnik dibuat untuk Aiman di Skudai Baru. Tahnik ataupun belah mulut merupakan satu amalan sunnah Nabi saw yang sunat dikerjakan ketika seseorang anak itu lahir. Pada asasnya, bayi yang baru dilahirkan (kurang dari 7 hari) akan disapukan pada lelangit mulutnya sedikit buah kurma yang direndam dalam air zam-zam. Di antara hikmahnya adalah untuk menguatkan lidah dan mulut dan bersedia untuk menyusu; dan dapat mengambil berkat dari orang-orang yang soleh mudah-mudahan kanak-kanak itu akan turut menjadi orang soleh apabila dia dewasa kelak. Setel part tu, sambung ngan cukur kepala Aiman.