Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kejohanan Olahraga MSSM

Kejohanan Olahraga MSSM Kali Ke-61 2019 : Majlis Penutup

Imej
Kejohanan Olahraga MSSM Kali Ke-61 2019 : Majlis Penutup. Petangnya gerak ke Stadium Educity. Meronda tengok orang-orang kuat belakang tabir. Tahniah kerana bertungkus lumus dalam memastikan kelangsungan program besar ini. Naik atas untuk tengok acara. Hujan memaksa kami beralih tempat. Masa bertanding baru perasan aku duduk dengan team ganu. Hehehe. Layan aje. Takde masalah pun kan. Ni dinamakan meraikan bersama. Alhamdulillah. Johor masih dapat mengekalkan kejuaraan buat kali kedua berturut-turut. Tahniah pada semua! Tahniah pada semua kontinjen yang turut sama dalam persaingan kali ni. Anda semua terbaeekkk!!!! ps : aku tak tunggu sampai habis. kaki total out. balik awal untuk elak jem. lagi masak kaki aku nak tekan brek dan minyak. memang tak gerak la malam ni. recovery mode, on!

Kejohanan Olahraga MSSM Kali Ke-61 2019 : Majlis Makan Malam

Imej
Kejohanan Olahraga MSSM Kali Ke-61 2019 : Majlis Makan Malam. Gerak awal ke sini lepas maghrib. Kontinjen Sabah dan Labuan dah ada kat sini masa aku sampai. Terus gerak masuk. Sempat la borak ngan pegawai yang ada kat sini. Majlis diserikan dengan persembahan nyanyian daripada 3 orang jemputan. Seorang pelajar dan dua orang guru. Memang terbaeekkk!!!! Makanan pun marbeles. Mulanya sejuk siap pakai blazer. Abis jamah kambing terus blazer ke tepi. Tahniah pada urusetia. Memang penganjuran yang terbaeekkk!!!!

Kejohanan Olahraga MSSM Kali Ke-61 2019 : Majlis Perasmian Pembukaan

Imej
Kejohanan Olahraga MSSM Kali Ke-61 2019 : Majlis Perasmian Pembukaan. Lepas maghrib terus gerak ke Stadium Educity. Ramai dah tiba. Bawa SJCam sahaja memandangkan cuaca tak berapa cantik hari ni. Alhamdulillah. Semua berjalan lancar. Cuma gambar semua jarak jauh la. Dah nama pun pakai SJCam. Sesekali aku pakai cam enpon. Dapat la view jarak dekat sikit kan. All the best pada semua team bertanding! Be the best! Good luck Johor!