Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2016

Harga Runcit Petrol RON95, RON97 Dan Diesel Naik Mulai Esok

Imej
Harga Runcit Petrol RON95, RON97 Dan Diesel Naik Mulai Esok. Harga runcit baharu petrol RON95 naik kepada RM1.70 seliter, RON97 kepada RM2.05 seliter dan diesel RM1.55 seliter mulai tengah malam ini. #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Bengkel Pengurusan Disiplin Murid Peringkat Negeri Johor

Imej
Bengkel Pengurusan Disiplin Murid Peringkat Negeri Johor. Selesai taklimat, lepas sembahyang zohor baru gerak ke Medini. Aku dijemput untuk briefing bahagian e-kehadiran. Memang dibuat disini sebab nak ditaklimatkan sekali dengan program English Mania Legoland KPM. Banyak keputusan yang lebih baik dapat diputuskan. Cuma... kaki aku berasap. Seharian, dari pagi berkasut; menapak ke sana ke sini. Tambah pulak tempat ni. Dari car park ke hotel. Dari hotel ke mindstorm. Perghhhh... Dekat 5.30 petang jugak baru gerak. Apa pun terima kasih SPK atas kerjasama ini.

Taklimat Sistem Pengurusan Penetapan Mesyuarat JPN Johor

Imej
Taklimat Sistem Pengurusan Penetapan Mesyuarat JPN Johor. Sesi untuk peranan terakhir dalam sistem - contributor sektor. Alhamdulillah. Selesai. Kita jalan ujilari selama dua minggu. Nanti kita tengok apa yang perlu dibuat penambahbaikan bagi memastikan sistem ini berjalan seperti yang dirancang dengan berkesan untuk negeri Johor.

Perhimpunan Bulanan Bil.3/2016 JPN Johor

Imej
Perhimpunan Bulanan Bil.3/2016 JPN Johor. Perhimpunan Bil.3 mengambil tempat di Dewan Seminar pagi tadi diurusetiakan oleh Sektor Pengurusan Maklumat. Kali pertama dibuat penetapan tempat duduk dipilih sendiri oleh ahli yang hadir secara atas talian. Majlis dimulakan dengan bacaan al-Quran oleh Ustaz Hairozi dan terjemahan oleh En. Firdaus. Setelah selesai ucapan oleh Timbalan Pengarah; majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Tahniah pada semua. Penganjur seterusnya adalah Sektor Penilaian dan Peperiksaan.

VLE Site open to Public

Imej
VLE Site open to Public. Ramai jugak yang bertanya, ramai yang berminat; nak buat web rasmi sekolah. Tapi tak tau nak pakai platform apa. Macam aku sendiri dulu, memula kami train sekolah guna Joomla! Masalah mula timbul bila dah takde hosting berbayar. Godak lagi. Cari platform lain pulak. Pakai Freeweb. Pakai Blogspot. Tapi sebenarnya sekolah sekarang beruntung. Boleh aje guna site dalam VLE tu. Mulai Jun 2015 lagi VLE dah ada function baru iaitu Share Public On The Web. Jadi... apa tunggu lagi. Gunakan kemudahan yang ada. Sebab aku takde akaun sebagai guru. Nak wat tutorial pun jadi masalah. Jadi aku share aje kat sini satu artikel camne nak buat site VLE anda open pada public. Yok! Kita layan web cikgu idris jom! http://www.cikguidris.com/2015/06/frog-vle-bina-website-peribadi.html --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#follo

PENGUMUMAN YB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA BERKENAAN ISU GELOMBANG HABA

Imej
PENGUMUMAN YB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA BERKENAAN ISU GELOMBANG HABA Berikutan gelombang haba yang melebihi 37°C yang berterusan selama lebih 72 jam, KPM memutuskan sekolah-sekolah di Kedah DITUTUP selama SATU HARI pada Khamis (31 Mac 2016) dan Perlis DITUTUP selama DUA HARI pada Khamis dan Jumaat (31 Mac 2016 dan 1 April 2016). Penutupan hanya melibatkan ketidak hadiran pelajar-pelajar ke sekolah manakala guru-guru dan pentadbir sekolah dikehendaki datang ke sekolah seperti biasa. KPM juga memaklumkan bahawa penutupan sekolah-sekolah ini tidak perlu DIGANTI. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Full Rehearsal Perhimpunan Bulanan Bil 3/2016 Anjuran Sektor Pengurusan Maklumat

Imej
Full Rehearsal Perhimpunan Bulanan Bil 3/2016 Anjuran Sektor Pengurusan Maklumat. Petang ni kami pakat berhimpun kat dewan seminar. Full rehearsal. So far so good. Sebelum tu pakat membungkus goodies kat opis. Untuk edaran esoknya. Harap semua berjalan lancar esoknya.

PERTANDINGAN KUIZ ASEAN PERINGKAT KEBANGSAAN SECARA ONLINE

Imej
PERTANDINGAN KUIZ ASEAN PERINGKAT KEBANGSAAN SECARA ONLINE Jabatan Penerangan Malaysia, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia menganjurkan Pertandingan Kuiz ASEAN Peringkat Kebangsaan Secara Online mulai 1 - 30 April 2016. Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 15 - 17 tahun. Untuk maklumat lanjut dan penyertaan layari www.penerangan.gov.my --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK BERTEMAKAN “MANIFESTASI PATRIOTISME”

Imej
PERTANDINGAN VIDEO PENDEK BERTEMAKAN “MANIFESTASI PATRIOTISME” Buat julung kalinya Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Biro Tatanegara (BTN) dan Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM)  akan menganjurkan Pertandingan Video Pendek yang bertemakan “Manifestasi Patriotisme”. Borang pendaftaran dan syarat penyertaan boleh dimuat turun di : https://drive.google.com/file/d/0B2sZFus_ERwrZUJVWmx0WUZ4bTg/view?usp=sharingSe Sebarang pertanyaan dan makluman, sila layari laman Facebook “Pertandingan video Patriotik” atau hubungi : Email : videopatriotik@gmail.com Facebook : www.facebook.com/pertandinganvideopatriotik Tel / Whatsapp : 01120730283 (9:00 AM – 5:00 PM) --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperie

SKIM POTONGAN GAJI BULANAN UNTUK SUMBANGAN KEPADA TABUNG KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) KPM

Imej
SKIM POTONGAN GAJI BULANAN UNTUK SUMBANGAN KEPADA TABUNG KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) KPM Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan Dasar Pendidikan Wajib yang berkuatkuasa mulai Januari tahun 2003 dibawah Seksyen 29A, Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] yang mewajibkan ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah mulai Tahun Satu (1). Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengenalpasti bahawa antara faktor keciciran di kalangan murid sekolah adalah disebabkan kemiskinan. Selaras dengan pelaksanaan dasar ini, satu Tabung yang dinamakan "Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin" (KWAPM) ditubuhkan untuk membantu ibu bapa yang tidak berkemampuan menghantar anak mereka ke sekolah. Berdasarkan Surat Ikatan Amanah yang telah diluluskan Kementerian Kewangan pada 10 April 2003, sumber kewangan Tabung KWAPM  diperolehi daripada peruntukan kerajaan dan sumbangan pihak luar. Objektif utama : Memberi bantuan secara khusus kepada murid miskin warganegara Malaysia di s

Kursus Keselamatan ICT JPN Johor sempena Safer Internet Day 2016

Imej
Kursus Keselamatan ICT JPN Johor sempena Safer Internet Day 2016. Bersama En. Firdaus tadi sebagai penceramah untuk kursus ini. Dari jam 9 pagi sampai 1.00 tengah hari di Dewan Seminar. Semoga perkara dikongsi dapat dimanfaat sebaiknya oleh peserta kursus. En. Firdaus menekankan berkenaan dengan DKICT, manakala aku kepada etika penjawat awam. ps : Hari ni aku mencabar diri aku sebenarnya. cabar memberi taklimat dalam keadaan berdiri sepenuhnya. hehehe. cuma part akhir, sesi soal jawab a bit aku terpaksa duduk. balik. tertidur sampai nak abis maghrib. perghhh.. leh tahan. aku nak cabar lagi sekali sekala. degil jugak aku ni kan. baru try amik vitamin b sekali. dah cabar diri. hehehe

New suggetion from the pharmacist

Imej
New suggetion from the pharmacist. Seminggu dua ni agak lebih pressure pada kaki aku dengan aktiviti yang berderet-deret. Dua hari kebelakangan ni memang aku tibai a bit la ubat tu. Dan kebetulan dah tinggal sebiji je pun setiap satu, aku gerak le ke farmasi. Aku nak yang lebih rendah dosnya. Sekali pharmacist nengok dia tanya dulu. Ni ubat sapa bang. Ubat saya la. Perghhh... Sangat tinggi dos. Belum cerita tahap steroid. Ye ker. Alamak. Patut ler aku rasa sangat kurang sakit untuk ubat batch ni. So, dia pun ada jugak bagi suggestion lain dan antara lain dia soh aku lebihkan Vitamin B. Ubat, cerita masa sakit ajer ler, Memang aku dok amal masa sakit je pun. Cuma kini tinggal satu jer dari dua. Dan kalau bengkak dia kasi satu. Dan hanya makan kalau bengkak aje. OK lah tu. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎b

Bengkel Pengurusan Kehadiran Murid Menerusi Dashboard Prestasi KPM JPN Johor

Imej
Bengkel Pengurusan Kehadiran Murid Menerusi Dashboard Prestasi KPM JPN Johor. Bengkel dilaksanakan di Bilik Gerakan PPPM JPN Johor. Plan untuk tindakan minggu hadapan dilokasi yang sama dan ada tambahan satu lawatan ke sekolah terpilih. Nampaknya perjalanan sudah semakin teratur. Masalah teknikal yang diperoleh terus disalur ke pegawai teknikal di KPM.

Jom bina model Auldey

Imej
Jom bina model Auldey. Pergghh.. Boleh tahan jugak ye. Dah lama kot aku tak pasang. Sekali bantu pasang semula. Hurrmmm.. Amik masa la jugak. Dulu aku main Tamiya. Satu ketika dulu la. Model last, Dash-2. Aku ja yang main masa tu. Bila aku dah tak main, sibuk orang lain main. Boring tul. Tu cerita dulu la. So. Balik ke cerita la ni. Adik Inaz kena buat kereta ni. Jenuh gak aku mencari. Last last beli kat KIPMart. Tak kisah la bagi aku model apa, janji dapat. Harga RM12. Still lagi murah pada model tamiya aku dulu. Inaz boleh pasang la. Cuma time nak pasang tayar, pasang skru; aku bantu. Bila dah on, aku cuai sikit. Dah terluka jari aku. Dah dia jadi takut. Pastu bila ngetest, punya la laju. Tak berani dah si inaz nak on semula sendiri. Adik adik. Tapi seriously memang berganda kelajuan berbanding model aku dulu. Aiyoo. Yang adik inaz ni sebenarnya bukan untuk main, tapi projek sekolah. Nak tengok cara pasang, cara bateri berfungsi. Ni pun inaz lum abis tampal sticker. Aku snap aje

Taklimat dan pembentangan Sistem Pengurusan Penetapan Mesyuarat JPN Johor 2016

Imej
Taklimat dan pembentangan Sistem Pengurusan Penetapan Mesyuarat JPN Johor 2016. Paginya membentangkan konsep pada Mesyuarat Pengurusan Tertinggi. Alhamdulillah. Kuatkuasa 1 April 2016. Terus ditaklimatkan pada semua TKS pada sebelah petangnya. Sekarang. Kita tunggu nama cadangan dari sektor untuk proses selanjutnya.

Tip pengawalan suhu dalam kereta

Imej
Tip pengawalan suhu dalam kereta. Yang biasa aku dengar adalah buka sikit tingkap bila parking kereta. Tapi semalam aku dapat satu tip baru dari member. Katanya. Tak payah buka tingkap. Cukup sekadar buka ruang angin luar masuk bila parking. Bila kau masuk semula, dah on enjin semua. Baru tukar semula ke peredaran udara dalam aje. Terus ngetest. Semalam. Hari ni. OK jugak. Tak rasa hangat macam biasa. Bagus jugak tip dia kasi ni.

Bulan Pagi 20160327

Imej
Bulan Pagi 20160327. Keluar pagi tadi. Bulan masih ada. Cun seh. Terus masuk balik amik kamera.

iM4U Day @iM4U Sentral

Imej
iM4U Day @iM4U Sentral. iM4U akan menganjurkan iM4U day bersempena dengan pelancaran iM4U Sentral pada 9hb April 2016 yang bermatlamat bagi memperkenalkan iM4U Sentral sebagai hub aktiviti sukarelawan dan aktiviti bagi para belia. Pelancaran tersebut akan disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia. Pelbagai aktiviti akan diadakan pada hari tersebut yang merangkumi pameran perkhidmatan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan berteraskan sukarelawan, aktiviti kesukarelawanan dan Reach Out Convention and Celebration. Tarikh : 9 April 2016 Masa : 9.30 pagi – 8.00 Malam Lokasi : iM4U Sentral, Jalan TPP 1/7, Taman Perindustrian Puchong Jom reramai! --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬,

Memburu Kamus Perancis @Popular AEON Bukit Indah

Imej
Memburu Kamus Perancis @Popular AEON Bukit Indah. Jenuh nak mencari. Minggu lepas dah cari kat Badan Angsana. Dah habis stok katanya. Kali ni iqa kata nak kena ada jugak. Tinggal dia seorang ja yang belum ada kamus. Jenuh mikir kedai buku lain. Talent memang dah gi. Sekali dok mikir. Gi AEON aje ler. Tapi lam kepala aku set dia MPH. Dah sampai depan kedai baru perasan Popular. Warna sama kot. Ehehehe. Orang memang sangat ramai. Sempat la lepak kat arena untuk makan tengahari. Balik. Singgah Mydin untuk beli susu fiqri. Harga lebih murah RM2 dari AEON. Pampers terpaksa beli pasal fiqri ehem ehem. Banyak kali pulak tu.

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-13 dan Majlis Anugerah Cemerlang 2015 SK Taman Nusa Perintis

Imej
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-13 dan Majlis Anugerah Cemerlang 2015 SK Taman Nusa Perintis. Majlis dirasmikan oleh Tuan Haji Mohammad Khairi, SU Politik MB Johor dan Pengerusi Yayasan Penyayang MPJBT. Sampai aje kereta dah bersusun. Pergghhh... Tahun kedua melimpah ni. Mama dan yang lelain aku dah tinggalkan awal kat pintu masuk. Aku cari parking. Sampai. Mama dah kat dalam. Aku kat luar ngan stroller. Cam tak berapa best pulak nak masuk dengan stroller yang tak berapa sesuai ni. So. Bincang. Aku dok luar dengan Fiqri. Dalam pun dah penuh kan. So, subkan kamera pada mama la. Aku dok lepak kat luar dengan parent yang lain yang juga dah tak dapat masuk dalam. Sekali YB nak ibu bapa naik sekali untuk penerima anugerah. Adoihh.. Ngan si fiqri pulak dah nyenyak tido. Aku kata jalan aje. Tak kisah la aku takde atas pentas tu. Aku lepak aje ngan fiqri. Setel je anugerah UPSR, fiqri pun bangun dengan gembiranya. Seronok awak ye. So, aku dah dapat masuk dalam. Sebelum tu gi hantar semua b

Kiosk Komputer Bas Antik STF #betterSTF

Imej
Kiosk Komputer Bas Antik STF #betterSTF. Tunggu iqa punya lama semalam menyebabkan aku ada sedikit masa senggang untuk meronda Laman Aktiviti Pelajar STF. Kat sini la letaknya Kiosk Komputer Bas Antik STF. Nice. Satu ketika nanti, wajib la kawasan ni akan jadi kawasan aktiviti utama yang serba canggih, lengkap dan kondutif. Kipidap! Tahniah PIBG Sarana 2015-2017!

Jabatan Pendidikan Negeri Johor 20160325

Imej
Jabatan Pendidikan Negeri Johor 20160325. Ni gambar semalam amik. Ingatkan semua dah transfer. Lupa banyak amik guna SJCam. Saja belek-belek tadi baru perasan. Ni cerita masa nak amik iqa kat STF semalam. Suka pulak lalu depan JPN ni, lalu belakang ke STF. Sekali terperasan. Ada logo rupanya kat gate. Sanggup buat u-turn balik. Snap snap snap. Senyum aje jaga nengok aku. Hahaha. Susah tul orang suka amik panorama nih. Pantang nampak ada beza.

Kasut Baharu @Boot Town, Plaza Angsana

Imej
Kasut Baharu @Boot Town, Plaza Angsana. At last berkesempatan jugak beli kasut baharu ganti safety boot aku yang dah lunyai tu. Terpaksa pakai kasut biasa hampir dua minggu, dan memang sangat-sangat tak selesa kaki aku. Maybe sebab aku dah terbiasa pakai safety boot gamaknya. Walau berat, tapi dia memang bagi sokongan padat bagi kaki aku. Ni pun dekat 3 kedai kasut aku merayap. Sampai kat Boot Town baru berkenan. Amik aje ler. Tu pun aku pilih yang low cut sikit. Dah hampir cam kasut biasa. Try dulu. Kalau tak betah, nanti tukar high cut nyer. Tetiba teringat geng-geng lama. Ayat diaorang senang ja. Selagi tak dengo, tak nampak boot tu tau la ko tak sampai lagi. Hahahaha.

Jumaat yang padat

Imej
Jumaat yang padat. A bit padat semalam. Tapi aku rasa hari ni lagi padat kot. Tapi, tu cerita kemudianlah ye. Kita cerita pasai semalam dulu. Boleh dikatakan dari awal pagi sampai ke malam penuh dengan aktiviti. Bermula dengan tuisyen mama sampailah ke shopping ration iqa. Balik. Dah malam. Kaki pun dah mula sengal balik. Read on.

Festival Demi Johor DUA 2016 @ Iskandar Puteri

Imej
Festival Demi Johor DUA 2016 @ Iskandar Puteri. Wahhh... Tak tahu pulak ada event menarik kat Iskandar Puteri hujung minggu ni. 25 sampai 27 Mac. Tapi. Program sedia ada pun dah pack. Tapi kalau berminat gi ler ke kota iskandar ni. Banyak aktiviti dan pertandingan dijalankan. Nak tahu lebih boleh ke portal rasmi atau facebook rasmi nya. Layannn... kalau sempat. Hehehe. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Muhasabah Diri di pagi Jumaat 20160325

Imej
Muhasabah Diri di pagi Jumaat 20160325. Tetiba pagi ni dapat semangat baru. Tetiba pagi ni dapat duduk lama dok cermin diri semula. I totally lost something dari diri ni selama ni. My passion! Semua yang aku buat hanya demi tugas, tanpa setitis pun passion. Seriously. Dua perkara membuka mata hati aku. Semalam. Seorang rakan share something dengan aku. A video. Pasal photojounalism. Satu bidang yang memang jadi minat aku sejak awal. The video show about macamana photojournalism practicer sekarang manipulate the scene. Tetiba aku jadi sebak. Aku sendiri dah berubah jadi macam tu. Aku ni dulu memang sangat minat dengan aliran ni. Aku sangat kuat dengan pegangan emotive. As is. Tapi. Sejak bila aku berubah. Kalau dilihat gajet aku sekarang. Kalau dilihat hasil aku sekarang. All nonsense banding ngan gaya aku dulu. Kalau korang sempat nengok karya aku dulu di era fotopages, of coz dah tak boleh sebab akaun aku memang kena delete ngan fp sebab taksub anti sematik on the last breath o

PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN PELAJARAN

Imej
PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN PELAJARAN. Warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan Sarawak yang memiliki kelayakan di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Pendidikan  yang diiktiraf oleh kerajaan/ Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya adalah dipelawa untuk memohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 bagi opsyen seperti di Lampiran A dan Lampiran B. Pengisian kekosongan jawatan melibatkan bidang-bidang pengkhususan tersebut adalah bagi keperluan di Sabah dan Sarawak. Permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) melalui portal JobsMalaysia di www.jobsmalaysia.gov.my . Tarikh tutup permohonan adalah pada 1 April 2016 . Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi urus setia di talian 03-8871 7372/7406. Skim dan syarat lantikan boleh dirujuk di www.spp.gov.my . Calon akan dipanggil temu duga sekiranya mele