Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 5 Mei 2019 tarikh lihat anak bulan Ramadan

5 Mei 2019 tarikh lihat anak bulan Ramadan

Imej
5 Mei 2019 tarikh lihat anak bulan Ramadan. Tarikh melihat anak bulan Ramadan untuk menetapkan permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia adalah pada Ahad, 5 Mei bersamaan 29 Syaaban 1440 Hijrah. Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, jawatankuasa yang berkenaan akan melihat anak bulan Ramadan pada petang hari tersebut di 29 lokasi. Menurut kenyataan itu, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab. "Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa melalui radio dan televisyen," menurut kenyataan itu. Lokasi melihat anak bulan merangkumi: 1. Pontian Kecil, Johor 2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka 3. Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan 4. Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor 5. Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor 6. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor 7. P