Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

Ici's Haircut @ home

Imej
Ici's Haircut @ home. Orang soh gunting kat kedai taknak. Balik sibuk nak rambut cam abang. Haisshh. Dah la kena pegang reramai. Ish ish ish.

Garam Pink Untuk Rendaman Kaki

Imej
Garam Pink Untuk Rendaman Kaki. Lepas jumpa fisio tempoh hari, dia memang suruh aku rendam kaki dalam air garam. Cantik kalau dapat garam pink. Garam pink? Ni jer garam paling pink aku dapat. Memang garam dia kaler pink. Hahaha. Sori ekk orang yang guna garam ni dalam masakan. Fisio aku yang suruh. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Zikir dan Doa Yang Afdhal

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Zikir dan Doa Yang Afdhal حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ حَبِيبِ بْنِ عَرَبِيٍّ قَالَ: حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِبْرَاهِيمَ بْنِ كَثِيرٍ الأَنْصَارِيُّ قَالَ: سَمِعْتُ طَلْحَةَ بْنَ خِرَاشٍ قَالَ: سَمِعْتُ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ يَقُولُ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: أَفْضَلُ الذِّكْرِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَفْضَلُ الدُّعَاءِ الحَمْدُ لِلَّهِ Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Habib bin Arabi berkata, telah menceritakan kepada kami Musa bin Ibrahim bin Katsir al-Ansari berkata, Aku mendengar Talhah bin Hirasyh berkata: Aku mendengar Jabir bin Abdullah berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Zikir yang paling afdal (utama) ialah, “Tidak ada Tuhan selain Allah,” dan doa paling afdal ialah, “Segala puji bagi Allah.” (HR Tirmizi No: 3383) Status: Hadis Hasan Pengajaran: 1.  Zikrullah dan berdoa adalah suatu tuntutan dan keperluan kepada setiap Muslim 2.  Zikir yang utama adalah kalimah: لَا

Iqi's Haircut @ Ravi

Imej
Iqi's Haircut @ Ravi. Semalam. Lepak jap kat Ravi. Ici pun gatai nak ngikut. Sampai sana, macam yang diduga. Masuk pun taknak. Dah masuk tak berganjak langsung. Lepak ja situ. Iqi selesai, tanya ici. Nak tak? Tanak. Nak balik. Balik aje ler. Sampai umah semua bising apasal ici tak gunting sekali. Hahaha. Dah memang nak suruh masuk pun payah, inikan pula nak lepak gunting.

Tun Fatimah Brass Band #GPMB2017 Jakarta : The Preliminary

Imej
Tun Fatimah Brass Band #GPMB2017 Jakarta : The Preliminary. Semalam rasanya semuanya hadapi getaran yang sama. Dari upacara pembukaan jam 4 petang waktu Malaysia, sehinggalah the time they performs at 7.30 pm gitu. Special thanks pada parent yang sanggup buat FB live dari venue. Semua memasing dengan henfon maghrib tu. Selesai ja rasa lega. Hehehe. Nak lega lagi bila team tersenarai ke final hari ni. Tahniah. All the best! Be the best! You can do it!

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Mengutamakan Orang Lain Lebih Dari Diri Sendiri

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Mengutamakan Orang Lain Lebih Dari Diri Sendiri عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلًا أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَبَعَثَ إِلَى نِسَائِهِ فَقُلْنَ مَا مَعَنَا إِلَّا الْمَاءُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ يَضُمُّ أَوْ يُضِيفُ هَذَا فَقَالَ رَجُلٌ مِنْ الْأَنْصَارِ أَنَا فَانْطَلَقَ بِهِ إِلَى امْرَأَتِهِ فَقَالَ أَكْرِمِي ضَيْفَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ مَا عِنْدَنَا إِلَّا قُوتُ صِبْيَانِي فَقَالَ هَيِّئِي طَعَامَكِ وَأَصْبِحِي سِرَاجَكِ وَنَوِّمِي صِبْيَانَكِ إِذَا أَرَادُوا عَشَاءً فَهَيَّأَتْ طَعَامَهَا وَأَصْبَحَتْ سِرَاجَهَا وَنَوَّمَتْ صِبْيَانَهَا ثُمَّ قَامَتْ كَأَنَّهَا تُصْلِحُ سِرَاجَهَا فَأَطْفَأَتْهُ فَجَعَلَا يُرِيَانِهِ أَنَّهُمَا يَأْكُلَانِ فَبَاتَا طَاوِيَيْنِ فَلَمَّا أَصْبَحَ غَدَا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ ضَحِكَ اللَّهُ اللَّيْلَةَ أَوْ عَجِبَ مِنْ فَعَالِكُمَا فَأَنْزَلَ اللَّهُ:

Sekolah Agama Nusa Perintis : Hari Pembayaran Yuran Persekolahan dan Koperasi Sesi 2018

Imej
Sekolah Agama Nusa Perintis : Hari Pembayaran Yuran Persekolahan dan Koperasi Sesi 2018. Pagi ni gerak ke SK Taman Nusa Perintis. Hari pembayaran yuran sekolah agama. Alhamdulillah dia buat Jumaat. Senang nak rancang pergerakan. Ici pun sibuk nak ngikut. Dah la botol tak lepas. Ish ish ish. Sampai. Semak dulu kelas. Iqi berubah kelas la pulak. Yuran pun ada sedikit penurunan. Alhamdulillah. Selesai semua. Singgah beli sarapan dulu sebelum pulang. Enjoice... Tinggal nak kembali ke sekolah aje ni minggu depan for the kebudaks.

Gebooz Gedikz : 20171229 Perebutan Kuasa

Imej
Gebooz Gedikz : 20171229 Perebutan  Kuasa. Asalnya diaorang borak borak santai aje. Sekali Gebooz leh pulak tersebut Accounting depan Abah Cinet. Selaku Bendahari Kehormat Syarikat MLM Team Kucen Kayo yang kantoi Course 4 Accounting Analytic, Abah Cinet tetiba hangin sudah mari. Terus gomol gomol kat situ. Gebooz rileks je. apadehal kucen cekeding cenggini. Selamba badak je dia lempang lempang manja si Abah Cinet. Lagi la orang tu temper. Eh eh. Orang dah hangin ni ko leh wat lawak badut sarkas ko pulak ye. Siap kaki naik muka lak tu. Hahaha. Gebooz sambung lagi gomol gomol manja. Makin temper brader tu. Aku nengok dah lain macam hangin dia. Gebooz dok wat selamba badak dia lagi. Last last abah cinet pasrah. Terus dia mengaku kalah dan lari balik rumah. Boleh pulak si Gebooz kejo dia. Ko ni tak paham bahasa ke gemuk?

Murung

Imej
Murung. Leh tahan jugak tahap murung aku semalam. Tensen beb. Lama tak rasa gagal dengan cemerlang cenggini. Satu lagi course aku ni ada due date. Aku mesti lulus sebelum 1 Januari untuk week 1 course 4 ni. Bila jawab fail memang terus murung la. Buka balik video. Layan balik. Conteng gila gila nota. Satu satu term aku cuba fahami. amik lagi test. Fail cemerlang lagi. Markah lagi teruk dari yang mula. Hampeh. Markah lulus pun dah diturunkan bermula course 4 ni. 60% jer. Tu pun tak leh lulus. Huhuhu. Pening jugak ngan accounting ni ye. Ulang lagi. Lagi penuh contengan. Amik lagi. Fail jugak. Lepek terus. Mus sibuk pulak dok ngajak gi wanggey. Aku posa la. Hahaha. Meme cari pasal kebudaks berdua ni. Tak si mus, harus la si adi. Petang sambung meetims. Balik. Gi paso. Sesambil nunggu buka, ulang nengok bideo. Selak nota. Amik ujian. Sedar sedar dah azan. Buka minum coke je. Sambung jawab dengan penuh kebimbangan. Submit. Alhamdulillah. Dapat 60 jugak akhirnya. Haisshhh. Baru aku dapat

Happy 3rd Birthday Ici

Imej
Happy 3rd Birthday Ici. Ni la yang paling penghujung. Paling muda. Paling cheeky. Baru cukup 3 tahun. Hehehe. Kalau ikut abang kakak dia, tahun depan semua dah gi sekolah. Hmmm... Masih fikir lagi. Muda sangat. Hehehe. Walau pagi tu sibuk cakap nak hadiah menan helikopter katanya, tapi bila sampai kedai, tetap pak atan dalam hati ada taman. Gasak la ci. Beli KFC nak makan makan. Yang besday boy dah ke mana layan pak atan aje. Kekeke. Ici. Ici.

Gebooz Gedikz : 20171226 Melepek

Imej
Gebooz Gedikz : 20171226 Melepek. Seharian beb melepek. Langsung tak gerak. Mamai je. Sakit bontot le tu. Imunisasi tahunan dan aku soh tambah ubat cacing pasal dia dah selalu merayap keluar meronda tak pakai kasut. Kekeke. Malam. Bangun. Gi minum air suam aku rendam kaki tu macam biasa. Punya lama. Dahaga tul ni. Pastu. Terus cargas. Super aktif. Kekeke.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Tidak Tergesa-gesa Dalam Berdoa

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Tidak Tergesa-gesa Dalam Berdoa عَنْ ابْنِ شِهَابٍ أَنَّهُ قَالَ حَدَّثَنِي أَبُو عُبَيْدٍ مَوْلَى عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ وَكَانَ مِنْ الْقُرَّاءِ وَأَهْلِ الْفِقْهِ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُسْتَجَابُ لِأَحَدِكُمْ مَا لَمْ يَعْجَلْ فَيَقُولُ قَدْ دَعَوْتُ رَبِّي فَلَمْ يَسْتَجِبْ لِي Dari Ibnu Syihab bahwasanya ia berkata; Telah menceritakan kepadaku Abu Ubaid hamba Abdurrahman bin Auf yang mana dia termasuk dari para Qari (penghafal quran) dan Ahli fikah, dia berkata; Aku mendengar Abu Hurairah RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Doa seseorang dari kalian akan sentiasa dikabulkan selama ia tidak tergesa-gesa hingga mengatakan; Aku telah berdoa kepada Rabbku, namun Dia belum juga mengabulkan untukku' (HR Muslim No: 4917) Status: Hadis Sahih. Pengajaran: 1.  Setiap Muslim dituntut untuk sentiasa berdoa kepada Allah 2.  Doa seseorang tetap akan dikabulkan

Tun Fatimah Brass Band #GPMB2017 Jakarta : The Journey There

Imej
Tun Fatimah Brass Band #GPMB2017 Jakarta : The Journey There. 27 Disember. Alhamdulillah. Akhirnya jadi kenyataan juga ke Jakarta. Memang banyak onak dan duri terpaksa dilalui. Tenaga. Masa. Kewangan. Aku tak join sekali ke sana. Apa yang aku share lebih kepada apa yang dishare dalam group parents dan pemberatan aku lebih pada cerita iqa dalam team ni. Lepas aje special performance for the parents hari tu senang cerita aku dah total lost contact ngan iqa. Ntah la. Dengan handphone aku tertinggal. Memang banyak cubaan betul. Satu satunya orang yang iqa tak dapat bercakap sampai sekarang adalah aku. Ntah la ye. Bila Kara tanya aku miss iqa semalam baru aku terperasan kot. Harap dia dapat beri yang terbaeekkk!!!! dalam team. Diaorang bertolak ke KLIA around 10 pagi. Ada liputan khas dari NTV7 di airport dan sempat la aku tengok sebelah malamnya. Tu je yang ada. Terima kasih pada semua yang turut sama dalam misi ke Jakarta ni, cikgu, parents. Share gambar almost every second. Hehehe. Uc

Home Sweet Home Renovation : 20171226 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation : 20171226 Progress. Kayu mula sampai.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Ucapkan Jazakallah

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Ucapkan Jazakallah عَنْ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صُنِعَ إِلَيْهِ مَعْرُوفٌ فَقَالَ لِفَاعِلِهِ جَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا فَقَدْ أَبْلَغَ فِي الثَّنَاءِ Dari Usamah bin Zaid RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa yang diberikan satu perbuatan kebaikan kepadanya lalu dia membalasnya dengan mengatakan “Jazaakallahu khairan (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka sungguh hal itu telah mencukupi dalam menyatakan rasa syukurnya.” (HR. Tirmidzi No:1958) Status Hadis: Hassan Pengajaran: 1.  Antara akhlak seorang Muslim apabila menerima kebaikan seperti pemberian atau hadiah, sewajarnya dibalas kebaikan dengan yang setimpal. 2.  Jika kita tidak mampu memberi balasan yang setimpal, berilah ucapan terima kasih kepada penyumbang sebagai satu dari cara kita bersyukur. 3.  Ucapan  “terima kasih” yang terbaik diungkapkan ialah kalimah “Jazakallahu khairan” (semoga Allah mem

Semakan Tawaran Penempatan Kemasukan Ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2018

Imej
Semakan Tawaran Penempatan Kemasukan Ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2018 akan dibuka mulai 29 Disember 2017. Sila layari url berikut https://sst1.moe.gov.my --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Full Swing Cuti Day

Imej
Full Swing Cuti Day. Ni cuti last untuk tahun 2017. Memang amik cuti khas untuk setelkan urusan anak-anak yang memerlukan kehadiran. Asalnya sekalikan sebab program asal Iqa hari ni. So. Kira setel iqa, pastu setelkan adik adik dia. Sebab dah diawalkan semalam, slot tu free satu. Leh lepak panjang sikit la kan. First. Merayap jap ke Klinik Verterinar. Kasi cucuk bontot itu Gebooz. Imunisasi tahunan dia. Tambah ubat cacing sekali. Balik. Sampai ke la tak bangun bangun lagi. Sakit la tu kengkonon tu. Hehehe. Setel kat situ baru gerak ke Taman Universiti. Amik roadtax dan insuran Almera yang baharu. Tarikh hari ni la jugak tu. Hehehe. Dari taman u, baru gerak ke kedai buku. Setel semua hari ni. Alhamdulillah. Nak lepak tido macam gebooz jugak la. Hahaha. Kalau program iqa hari ni, sampai ke la aku masih berlegar-legar melihat alam lagi kot.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Berterima Kasih Atas Pemberian Orang Lain

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Berterima Kasih Atas Pemberian Orang Lain عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ  لاَ يَشْكُرُ اللَّهَ مَنْ لاَ يَشْكُرُ النَّاسَ Abu Hurairah RA berkata, bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidak bersyukur kepada Allah seorang yang tidak bersyukur kepada manusia.” HR. Abu Daud dan dishahihkan oleh Al Albani di dalam kitab Silsilat Al Ahadits Ash Shahihah, 1/702. Pengajaran: 1.  Orang yang tidak berterima kasih di atas kebaikan orang lain terhadapnya bermakna, ia tidak bersyukur kepada Allah di atas limpah nikmat yang diperolehi. 2.  Al-Khaththaby: barangsiapa kebiasaannya adalah kufur terhadap nikmat (kebaikan) orang dan tidak bersyukur atas kebaikan mereka, maka nescaya termasuk kebiasaannya adalah kufur terhadap nikmat Allah Ta’ala dan tidak bersyukur kepada-Nya. 3.  Bahawa Allah SWT tidak menerima syukur seorang hamba atas kebaikan Allah kepadanya, jika seorang hamba tidak bersyukur kepada kebaikan orang lain.  Li

Home Sweet Home Renovation : 20171225 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation : 20171225 Progress.

Sekolah Tun Fatimah : 20171225 STF Brass Band's Special Performance for the Parents

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20171225 STF Brass Band's Special Performance for the Parents. Semalam. Awalnya setting date adalah pada hari ni iaitu 26 Disember. Kemudiannya diawalkan pada 25 Disember sempena cuti krismas. Siap ada potluck. Daripada sedikit, alhamdulillah; akhirnya sampai penuh meja berisi makanan. So. Semalam hantar dulu makanan kat laman pelajar. Singgah surau sebelum gerak ke padang untuk lihat performance khas yang diaorang dah praktis sejak dua minggu lepas. Selesai persembahan, terus gerak ke laman pelajar untuk makan. Diakhiri dengan amanat daripada Pengetua dan wakil parents. Esoknya flight ke Jakarta untuk pertandingan Grand Prix Marching Band (GPMB) XXIII tahun 2017. Harap diaorang akan dapat buat yang terbaeekkk!!!! All the best to all! Do your best!

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Ucapan Untuk Pasangan Pengantin

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Ucapan Untuk Pasangan Pengantin عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَفَّأَ الْإِنْسَانَ إِذَا تَزَوَّجَ قَالَ بَارَكَ اللَّهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي الْخَيْرِ Dari Abu Hurairah RA bahawa jika Nabi SAW mendoakan orang yang baru menikah baginda membaca: "BARAKALLAH LAKA WA BARAKA 'ALAIKA WA JAMA'A BAINAKUMA FIL KHAIR (semoga Allah memberi berkah kepadamu dan keberkahan atas pernikahan kamu, dan mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan)." (Sunan Tirmizi No: 1011) Status: Hadis Hasan Sahih Pengajaran: 1.  Apabila seseorang mendapat kebaikan, kita digalak mengucapkan tahniah dan mendoakan kebaikan buat mereka. 2.  Apabila ada orang yang berkahwin, kita disunahkan memberi ucapan dan mendoakan kepada pasangan pengantin yang kita raikan: بَارَكَ اللَّهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي الْخَيْرِ "BARAKALLAH LAKA WA BARAKA 'ALAIKA

Coursera Business Analytics Online Courses : DONE Course 3 - People Analytics

Imej
Coursera Business Analytics Online Courses : DONE Course 3 - People Analytics. Dilema jugak masa memula nak mohon course ni. Suntuk sangat. Week 1 ends on 25 Disember. Takut tak sempat. Sekali dah mula. Jalan terus. More on teori. Dengar dan fahami. Sekali pakai apps. Lebih mudah gini. ada subtitle kat bawah macam karaoke. Lagi senang kot nak faham. Rasa rugi pulak cetak sampai week 2 aje. Semalam sambung lagi. Dua last week yang perlu dihabiskan. Mulanya on track. Lepas tu. Ke laut. Banyak sesi perbincangan bersama bos hari tu. Alhamdulillah. Dapat jugak aku habiskan. Balik lambat sikit la. Turun aje dah gelap gelita. Mentang mentang esoknya cuti kan. Apapun. Course 3 sangat subjektif. Banyak teori diterangkan. Cuma kena pandai pilih bila nak guna. Bilamana dah main dengan manusia, memang bukan senang kita nak pakai formula atau algoritma tertentu. Setiap insan berbeza. Fahami. InsyaAllah. anda boleh selesaikan. Overall. Aku amik 3 hari untuk selesaikan. Sambil sambil nunggu katany

Jutawan Kejap

Imej
Jutawan Kejap. Lepas makan kat vanggey semalam tu. Singgah jap money changer sebelah dia. Memula nak tukar RM100 je. Pastu tanya RM250. Sekali tanya kalau nak 1 juta rupiah berapa. Bila lagi nak rasa jadi jutawan kan. Walau kejap. Walau 10 helai je. Hehehe.

Jenjalan Cari Makan : Restoren Nasi Vanggey, Johor Bahru

Imej
Jenjalan Cari Makan : Restoren Nasi Vanggey, Johor Bahru. Yang ni memang serius aku pun pelik macamana tetiba main sebut aje tetiba sampai. Belasah macam biasa la apa lagi. Layan beb. Dah nama dedua utara kot. Taste lebih kurang aje. Kekeke. Memang marbeles kuah banjir melimpah dia. aku suruh taruk yang pedas tu lebih.

A little bit of Durian

Imej
A little bit of Durian. Semalam. Tak sangka pulak ada derian. Bos bawak khas dari kebun apek kat pontian. Maka, beruntung la sapa yang kerja pada hari itu. Amik la seulas. Jamah orang jerman cakap. Si adi sibuk lak buat propaganda aku dah start makan derian balik. Seulas je pun. Biasa la tu.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Awal Pagi Waktu Barakah

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Awal Pagi Waktu Barakah عَنْ صَخْرٍ الْغَامِدِيِّ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا وَكَانَ إِذَا بَعَثَ سَرِيَّةً أَوْ جَيْشًا بَعَثَهُمْ مِنْ أَوَّلِ النَّهَارِ وَكَانَ صَخْرٌ رَجُلًا تَاجِرًا وَكَانَ يَبْعَثُ تِجَارَتَهُ مِنْ أَوَّلِ النَّهَارِ فَأَثْرَى وَكَثُرَ مَالُهُ قَالَ أَبُو دَاوُد وَهُوَ صَخْرُ بْنُ وَدَاعَةَ Dari Shakhr Al Ghamidi, dari Nabi SAW, baginda mengucapkan: "ALLAAHUMMA BAARIK LI UMMATII FII BUKUURIHAA (Ya Allah, berkatilah bagi umatku di awal pagi hari mereka). Dan baginda apabila mengirim expedisi atau pasukan baginda mengirim mereka di awal siang (awal pagi). Dan Shakhr adalah seorang pedagang dan ia mengirim perdagangannya di awal siang, maka hartanya bertambah banyak. Abu Daud berkata; ia adalah Shakhr bin Wada'ah. (Sunan Abu Daud No: 2239) Status: Hadis Sahih Dan adalah Shakhr seorang pedagang; ia mengirimkan perniagaannya dari awal siang (pagi h

Home Sweet Home Renovation : 20171223 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation : 20171223 Progress. Hari ni meriah. Ucu pun datang. Siap posing posing. Makan makan. Yihaaa.

Jenjalan Cari Makan : Asam Pedas Madu Tiga

Imej
Jenjalan Cari Makan : Asam Pedas Madu Tiga. Angah ni memang pantang dia kalau dah ke Pekan Nenas, wajib singgah Asam Pedas Madu Tiga. Kena pulak dok harung jem tadi. Memang kena sengsangat la kan. Perut pun dah minta diisi. Berenti. Asal tapau dah jadi makan sini. Layan aje ler.

Misi Duri Duri Hujung Tahun : Accomplished

Imej
Misi Duri Duri Hujung Tahun : Accomplished. Hari ni misi diteruskan. Ronda sepanjang Ulu Pulai. Rata-rata RM15 sekilo. Paling maksima RM30. Takpe. Kita teruskan lagi. Terus sampai Pekan Nenas. Punya la jem. Sepanjang jalan penuh dengan kereta berhenti. Manfaat cuti bersambung krismas ni la gamaknya. Aku je yang gatai kerja esok. Nak cerita jem, sampai sejam jugak baru aku sampai pekan nenas. Teruk tul. Akhirnya sampai jugak tempat dituju. Dapat a lot less dari yang kat ulu pulai. Hmmm.. Selesai misi. Balik. Pun sama. A bit jem. Tapi a bit kurang banding tadi. Suka la iqi dan ici dapat makan derian. Ici ja lambat sikit. Tido sepanjang jalan balik sampai la ke rumah.

Sluban : More set for the kebudaks

Imej
Sluban : More set for the kebudaks. Haisshhh. Pagi ni kena overtime sikit. Ramai pulak yang nak ngikut. Dah la gitu. Siap minta menan katanya. Sapa yang ikut sapa ni. Ish ish ish. Hahaha. Layankan aje ler. Lagi pun baik jugak untuk diaorang ni. Biar dia belajo pasang memasang ni kata orang kampung. Iqi amik army set, ici amik town; pak atan dia la apa lagi, angah pun diambikkan sekali. Set princess. Layan aje ler. Tinggi sikit level pemasangan dia. Terkial jugak iqi pasang. Tunjuk sesekali tetambah bila dia dah tersangkut. Alhamdulillah. Lepas jugak kat dia.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Jadilah Pemberi Bukan Peminta

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Jadilah Pemberi Bukan Peminta عَنْ حَكِيمِ بْنِ حِزَامٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْيَدُ الْعُلْيَا خَيْرٌ مِنْ الْيَدِ السُّفْلَى وَابْدَأْ بِمَنْ تَعُولُ وَخَيْرُ الصَّدَقَةِ عَنْ ظَهْرِ غِنًى وَمَنْ يَسْتَعْفِفْ يُعِفَّهُ اللَّهُ وَمَنْ يَسْتَغْنِ يُغْنِهِ اللَّهُ Dari Hakim bin Hizam RA dari Nabi SAW bersabda: “Tangan yang diatas lebih baik dari pada tangan yang di bawah, maka mulailah untuk orang-orang yang menjadi tanggunganmu dan sedekah yang paling baik adalah dari orang yang sudah cukup (untuk keperluan dirinya). Maka barangsiapa yang berusaha memelihara dirinya, Allah akan memeliharanya dan barangsiapa yang berusaha mencukupkan dirinya maka Allah akan mencukupkannya”. (HR Bukhari No: 1338) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Bersedekah lebih baik daripada meminta-minta. 2.  Menghulurkan sedekah dan sumbangan hendaklah dimulakan terlebih dahulu kepada ahli keluarga yang menjadi tangg

Yok Jenjalan : Anjung Nusajaya

Imej
Yok Jenjalan : Anjung Nusajaya. Petangnya kami lepak kat Anjung. Belanja bulan kat Mydin. Sempat lepak sambil makan ecerem. Meronda Bazar Anjung yang bukaknya petang Jumaat sampai ke malamnya. Dapat la melantak jus avocado. Sedap pulak rasa dia. Rasa macam pelam epal yang diblend. Buang masamnya ye. Iqi makan pizza. Tak cukup cukup. Ici toksah cerita. Semua dia nak. Jagung la. Nenas la. Tak lupa beli subway untuk angah. Last last. Aku yang kena makan sampai habis. Haisshh. Balik. Singgah greatzone untuk beli beberapa barang untuk iqa.

Masjid Jamek Gelang Patah : 20171222 Jumaat

Imej
Masjid Jamek Gelang Patah : 20171222 Jumaat. Datang awal untuk ceramah. Makluman berkenaan status masjid. Drag. Maybe penghujung Januari 2018 baru siap sepenuhnya. Kalau nak menyumbang masih terbuka. Yok.

Gebooz Gedikz : 20171222 Meet The Boss of Team Kucen Kayo

Imej
Gebooz Gedikz : 20171222 Meet The Boss of Team Kucen Kayo. Hehehe. Posin atas keter tau. Muka kena bongkak sikit. Ko ado? Ganas aaa.. Memula dia lepak kat jalan. Ngendap burung. Ingat leh tangkap ke burung atas wayar letrik tu. Sesilap keras tergigit wayar. Hahaha.

Home Sweet Home Renovation : 20171222 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation : 20171222 Progress. Cuaca memang gemilang hari ni. Alhamdulillah.

Philips Steam Generator GC7805 : The usage

Imej
Philips Steam Generator GC7805 : The usage. Memang terbaeekkk!!!! Setakat ni the best iron antara semua yang aku pernah pakai. Sekali gosok aje depan belakang dah licin. Segala jenis kain. Yang best. Tak perlu set suhu pun. Sekali lalu aje. Bila dah pindah rumah ni. Segala baju pun dah keluar. Yang dedulu aku jarang pakai pun keluar. Malas nak gosok sebab kain jenis susah nak licin. Dan lepas gosok macam baru pulak jadinya. Kekeke. Terbaeekkk!!!! Ni antara baju melayu aku yang kira terawal ni. Nampak Ah Chew Baling tu. Hahaha.

Gebooz Gedikz : 20171218 Lepek

Imej
Gebooz Gedikz : 20171218 Lepek. Terkangkang je kerjanya. Bila aku rendam je kaki. Harus la dia datang menyibuk nak minum. Semalam saja aku isi separuh aje. Memang nak nak uji dia. Betul betul dia usaha nak minum jugak. Haiissshh.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Pemberian Pada Anak Pelindung Neraka

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Pemberian Pada Anak Pelindung Neraka عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ دَخَلَتْ امْرَأَةٌ مَعَهَا ابْنَتَانِ لَهَا تَسْأَلُ فَلَمْ تَجِدْ عِنْدِي شَيْئًا غَيْرَ تَمْرَةٍ فَأَعْطَيْتُهَا إِيَّاهَا فَقَسَمَتْهَا بَيْنَ ابْنَتَيْهَا وَلَمْ تَأْكُلْ مِنْهَا ثُمَّ قَامَتْ فَخَرَجَتْ فَدَخَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَيْنَا فَأَخْبَرْتُهُ فَقَالَ مَنْ ابْتُلِيَ مِنْ هَذِهِ الْبَنَاتِ بِشَيْءٍ كُنَّ لَهُ سِتْرًا مِنْ النَّارِ Dari ‘Aisyah RA berkata; Telah datang seorang wanita bersama dua putrinya menemuiku untuk meminta sesuatu namun aku tidak mempunyai apa-apa selain sebutir kurma lalu aku berikan kepadanya. Lalu wanita itu membagi kurma itu menjadi dua bahagian yang diberikannya untuk kedua puterinya sedangkan dia tidak memakan sedikitpun. Lalu wanita itu berdiri untuk segera pergi. Ketika itulah Nabi SAW datang kepada kami, lalu aku khabarkan masalah itu, maka Baginda bersabda: “Siapa yang memberikan sesuatu kepada an

Home Sweet Home Renovation : 20171219 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation : 20171219 Progress.

Perbincangan Pelan Tindakan Murid Cicir negeri Johor

Imej
Perbincangan Pelan Tindakan Murid Cicir negeri Johor. 21 Disember. Bilik Mesyuarat Kesidang. Alhamdulillah. Data asas dari 2012-2017 menjadi sandaran. Penurunan enrolmen setiap tahun. Jumlah cicir dipadankan dengan data padam dari APDM. Terdapat data yang dipastikan murid tidak akan kembali dengan sebab konkrit seperti meninggal dunia dan berpindah ke negeri atau negara lain. Semakan sekolah swasta tidak berdaftar. Tindakan yang sepatutnya adalah JPMC harus berjalan dengan aktif selain kemasukan data padam yang berintegriti.

Coursera Business Analytics Online Courses : DONE Course 2 - Operation Analytics

Imej
Coursera Business Analytics Online Courses : DONE Course 2 - Operation Analytics. Untuk Course 1 aku mengambil masa kurang sehari untuk selesaikan. Lima minggu punya course dalam masa kurang 1 hari. Hati berbunga nak selesaikan Course 2. Buka. Ada 4 minggu je. Je. Buat Minggu 1. Ada pecah ikut session. Hampir nak nangis buat. Ni algebra ni. Satu hari aku ambik. Masuk minggu 2. Lagi pecah kepala. Statistik kot. Dah dua harian buat. Siap exercise pun sampai dua hari nak faham soalan punya pasal. Minggu 3. Tambah lagi sehari. Sama dengan minggu 4. Aku nyer kaedah a bit konvensional selaras dengan tahap slow learner aku. Cetakan. PC untuk paparan video. Laptop untuk hands-on excel. Mata bertukar tukar ke 3 tempat. Setakat rewind jangan cerita la. Berkali kali. A bit susah nak catch-up. Nasib baik banyak exercise untuk setiap session. Buat sampai dapat perfect baharu aku move on ke next session. Bayangkan 1 hari satu week aje aku dapat kalau nak banding ngan course 1 memang bagai langit

Teruja

Imej
Teruja. Semalam dapat mesej. Calonkan segera penguji dari PPD. Wah. Ada apa pulak ni. Terus bincang dan tentukan. Terima kasih Kluang atas kesudian menerima tugas yang memerlukan penelitian dan kesegeraan ni. Pagi ni sepagi jugak aku melepak depan monitor. Satu demi satu disemak. Alhamdulillah. Selesai. Yang pasti. Memang teruja. Lebih cun dari dashboard lama yang menggunakan platform Oracle satu ketika dahulu. Yang ni lebih mantap. Power BI. Dan pastinya pengguna ada kelebihan untuk ikut acuan sendiri. All the best! Dan yang paling best. Dashboard DTP pun disekalikan bersama. Hehehe. Tunggguuu! --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Bengkel Kerja Perancangan Strategik 2018 - 2020 JPN Johor - Siri 1

Imej
Bengkel Kerja Perancangan Strategik 2018 - 2020 JPN Johor - Siri 1. 19 Disember. Bilik Bengkel SJQ. Kena review balik isu dan permasalahan semasa supaya dapat dibuat perancangan dan penambahbaikan yang lebit tepat. Juga kena ready dengan pelan pengurusan risiko.

Jenjalan Cari Makan : Damai Seafood

Imej
Jenjalan Cari Makan : Damai Seafood. 18 Disember. Sempat gi makan lunch sini. Sesambil ngetest food. Kalau OK kita leh wat hi tea kat sini nanti. Kami datang berempat. Makan udang butter nestum, ayam lemon madu, nasi goreng damai dan air fresh oren. Ambil medium khas untuk 4 orang. Boleh tahan juga rasanya. Aku tak sentuh ye udang tu. Amik nestum dia aje. Total semua RM90. Not bad. Ada kucen itam ekor kontot kaki pendek cam gebooz. Sempat la tapau gosok gosok lepas makan. Balik. Siap fadzli dapat KPI baharu tu sama mus. Durian hunter.

Home Sweet Home Renovation : 20171219 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation : 20171219 Progress

Walimatul Urus : Majlis Persandingan Fahmi & Hidayu

Imej
Walimatul Urus : Majlis Persandingan Fahmi & Hidayu. Semalam. Masa lunch gerak ke EC dengan Mus. Jemputan cikgu Zulkarnail. Ramai kenalan kat sini. Guru Besar. Pengetua. PPD. JPN. Meriah. Masa nak keluar pengantin baru tiba. Tahniah dan selamat pengantin baharu.

Home Sweet Home Renovation : 20171216 Lepak with Team Kucen Kayo

Imej
Home Sweet Home Renovation : 20171216 Lepak with Team Kucen Kayo. Sekali lagi bersama team kucen ni. Gebooz selaku big boss dan Abah Cinet selaku Bendahari. Layankan aje ler.

Get Well Soon Nana

Imej
Get Well Soon Nana. Balik singgah jap di Hospital Colombia Asia. Melawat sepupu kebudaks ni, Nana. Demam. Suka la diaorang. Kebetulan sepupu sebelah Mak Ngah pun ada. Havoc ler jadinya. Siap meronda beramai ramai tu. Bukan tu aje. Acara makan ecerem beramai ramai pun ada. Layan layan. Apapun. Get well soon ye nana. Cian dia.

Walimatul Urus : Majlis Persandingan Firdaus & Heny serta Fadhli & Amirah

Imej
Walimatul Urus : Majlis Persandingan Firdaus & Heny serta Fadhli & Amirah. Langsung gerak ke Dewan CIDB pulak. Undangan Haji Misti. Juga dua pasang mempelai di sini. Makin lama makin panas pulak suasana dalam kereta. Kebetulan nampak kedai air cond sebelah dewan tu. Berenti jap. Dia topup gas. Tengok ada jadi lagi tak dalam masa 3 bulan. Kalau ada maybe ada leaking. Setel aje terus gerak ke dewan. Boleh tahan. Pengantin pun sedang bersanding ketika tu. Tahniah dan Selamat Pengantin Baharu pada pasangan mempelai.

Walimatul Urus : Majlis Persandingan Hafidz & Kyra serta Faez & Leena

Imej
Walimatul Urus : Majlis Persandingan Hafidz & Kyra serta Faez & Leena. Tengah hari tadi gerak ke Ulu Pulai. Jemputan en Juhair. Dua pasang mempelai. Parking kat Masjid aje. Ada laluan ke rumahnya. Pengantin dedua dah ada. Mama malu malu pulak nak bergambar ngan ex bosnya ni. Hehehe. Apapun. Tahniah dan Selamat Pengantin Baharu.