Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Institusi Pendidikan Tinggi Awam

Majlis Pelancaran Tabung Penyelenggaraan Sekolah Kerajaan dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam

Imej
Majlis Pelancaran Tabung Penyelenggaraan Sekolah Kerajaan dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam. Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Tabung Penyelenggaraan Sekolah Kerajaan Dan lnstitusi Pendidikan Tinggi Awam (Tabung) untuk membiayai kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan Sekolah Kerajaan dan lnstitusi Pendidikan Tinggi Awam. Tabung yang diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Aset, Kementerian Pendidikan Malaysia ini menerima wang sumbangan daripada syarikat swasta, badan berkanun, orang awam, persatuan, pertubuhan tempatan atau antarabangsa dan agensi-agensi yang tidak dibiayai oleh Kerajaan Malaysia untuk bersama-sama Kerajaan dalam menjaga dan menyelenggara bangunan dan infrastruktur Sekolah Kerajaan dan lnstitusi Pendidikan Tinggi Awam. Sumbangan kepada Tabung layak mendapat pengecualian cukai pendapatan di bawah Subseksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1967. Kementerian Pendidikan Malaysia akan menganjurkan Majlis Pelancaran Tabung Penyelenggaraan Sekolah Kerajaan Dan lnstitusi Pe