Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Majlis Khatam Al-Quran

Majlis Khatam Al-Quran & Iftar Jama'ie Peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Johor 2018

Imej
Majlis Khatam Al-Quran & Iftar Jama'ie Peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Johor 2018. Petang semalam ada majlis kat Pusat Kokurikulum. Tengah hari tu singgah jap untuk tengok persiapan. Pastu merayap jap cari Fadzil untuk pinjam Clip mic. TQVM bro. Balik ke Pusat Ko. Setting dan sempat wefie beb. Petang. Sampai awal. Lepak jap nunggu majlis mula. Tadarus jalan on-time. The Big Boss dan YB Exco tiba. Ada majlis penyerahan sumbangan sikit. Selesai ja dapat dengar amanat dari YB Exco. Leh tahan. Lepas maghrib makan lam dulang beb. Meriah. Then aku balik. Ada hutang lum tunai. Ubat aku yang patut makan masa sahur yang terpaksa dilupakan sebab aku bangun lepas azan Subuh. Penat semalam la tu kononnya. Kekeke.

Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Jama'ie Asrama Sekolah Harian Daerah Batu Pahat 2018

Imej
Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Jama'ie Asrama Sekolah Harian Daerah Batu Pahat 2018. Semalam. Kami di SPMICT JPN Johor diberi penghargaan untuk menghadiri majlis ini untuk daerah Batu Pahat. VVIP yang hadir sama adalah Exco Pendidikan, Ahli Parlimen Sri Gading dan Tuan Pengarah sendiri. Gerak around 4.30 petang bersama. Sampai ngam ngam sebelum jam 6. Majlis bermula dengan ucapan dari VVIP sebelum berbuka. Selepas maghrib majlis diteruskan dengan jamuan diiringi dengan persembahan daripada murid. Ada sesi penyampaian sumbangan pada murid yang kurang berkemampuan. Selepas Isya' kami bertolak pulang. Sampai rumah around 11 jugak malam ni. Boleh tahan jugak pasal pagi ni dah terlajak lepas azan subuh. Heee...