Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel FENOMENA GERHANA MATAHARI SEPARA 9 MAC 2016

FENOMENA GERHANA MATAHARI SEPARA 9 MAC 2016

Imej
FENOMENA GERHANA MATAHARI SEPARA 9 MAC 2016. Pada 9 Mac 2016 nanti, bermula sebaik sahaja matahari terbit, seluruh Malaysia akan dapat menyaksikan Fenomena Gerhana Matahari Separa. Fenomena Gerhana Matahari umumnya boleh berlaku apabila 3 jasad besar di angkasa lepas, Bumi, Bulan dan Matahari berada di dalam kedudukan selari. Hasil daripada kedudukan yang unik ini, jasad Bulan akan berupaya menutupi jasad Matahari, lalu akan mengakibatkan bentuk matahari di langit menjadi tidak bulat seperti biasa, dan akan kelihatan seolah-olah hilang sebahagiannya. Pada lokasi-lokasi tertentu, jasad matahari akan hilang keseluruhannya, lalu terjadilah fenomena Gerhana Matahari Penuh. Pada 9 Mac nanti, hanya negara Indonesia sahaja yang bernasib baik dapat melihat fenomena ini. InsyaAllah saya sendiri akan ke sana untuk cuba merakam fenomena tersebut. Bagi anda di Malaysia, anda  akan dapat melihat sebahagian besar  matahari tertutup (bukan sepenuhnya). Fenomena yang ini dikenali sebagai fe