Rombongan ke Poliklinik Gelang Patah

ยฉ2010mknaceunlimitedMusim-musim cenggini, nak tak nak; memang kena jugak la berulang ke klinik. Tetambah mama dengan hidung berdarah lak semalam kan. Pagi tadi masih ada lagi yang keluar. Adik ngan Iqa lak tak habis-habis lagi ngan batuk dan selsema dia. Mama macam biasa akan call klinik dulu..

Hello..
Hello.. Poliklinik Gelang Patah sini..
Sapa doktor yang ada sekarang ni..
Doktor Manisha..
OK, sekarang jugak saya datang..

Dah standard dah kat sini. Kalau Doktor Manisha yang ada mesti ramai yang pergi. Kalau yang lain tu, tengok keadaan jugak la. Kalau dah teruk tu nak tak nak kena la jugak pergi kan. Doktor manisha ni lain sikit. Memang cool dan baik. Dia memang seorang doktor yang baik. Tu kalau time dia, orang memang beratur punya..

Sampai jer dapat nombor 59. Sekarang ni nombor 58. Wahhh.. Ini sudah bagus. Berkat hari raya agaknya. Kalau tak pun pasal sekarang ni kul 2 petang agaknya. Baru jer masuk. Habis periksa semua. Settle. Mama, macam aku cakap semalam. Panas. Iqa ngan adik batuk + selsema. Balik terus bagi bebudak ni makan. Iqa tak suka ubat dia. Adik siap muntah-muntah. Standard aaa.. Ubat selsema + batuk.. Mana ada sedap..



Ulasan

sonata anak kancil berkata…
jangan tenung je ubat2 tu....kasi habis makan...harap cepat2 sembuh ye anak2.....oppps & mama nya sekali...sib baik abahnya sihat....
mknace unlimited berkata…
insyaAllah..
dah makan, tapi mesti muntah pas makan..
sib baik bapak dia sihat. hahaha

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP

Pengesahan dan pembelian kitab sekolah agama johor 2013