Login Facebook dapat RM100??!?

©2010mknaceunlimitedBender ni dah mula menular dengan hebatnya kat facebook sekarang ni. Risau lak nengokkan. Pelikkan. Yang paling best tu ayat dia yang tak tahan tu. Login Facebook dapat RM100. Habis kalau aku login 10 kali sehari bukan patut aku dapat RM1 000 ka?

Dari sehari ke sehari makin ramai lak tu pengikut. Takkan tak terpikir kot? Mana ada duit mudah dalam dunia ni. Ini siap login jer dapat duit. Takke pembohong besau namanya tu. Dahla tu, dengan RM100 boleh dapat berkali ganda pulangannya tu. Bengong tul. Yang kaya sebenarnya sapa yang berjaya menawan hati mangsanya. Sebab? Duit akan masuk terus ke akaun si beruntung tadi tu. Yang mangsanya?? Pikir jer la sendiri..

::Klik untuk cerita penuh::


©2010mknaceunlimited
Kekadang aku rasa pelik dengan orang-orang kita ni terutamanya. Walau dah kena berpuluh kali pun, mana nak menjerat leher sendiri lagi. Pelik.. Sebab masih tak sedar-sedar. Mana ada dapat duit senang-senang.

Mesti ada usaha. Yup.. Usaha.. Antara yang ditulis lam laman-laman web pro ni itulah dia. Usaha jugak katanya sebabnya berhempas pulas mempromote supaya orang transfer duit ke akaun diaorang. Ni lagi satu kelakar. Kata sekali login dapat RM100. Tu dah menipu namanya. Tadi kata login, ni kata promoter lak. Baik gi masuk youthsay. Ada jugak yang kata kami juai e-book. Kira macam 2 dalam 1 la. Kalau setakat nak e-book tu, bersepah ada lam internet. Takyah bayar RM100 pun. Aku donlod pree jer. Kelakar giler..

Aku menulis ni bukan untuk mengeji diaorang ke apa. Tetapi aku menulis sebagai luahan perasaan aku yang marah. Marah sebab masih ramai orang kita yang masih tak leh berfikir dengan logik. Kalau ada yang terasa tu mintak maaf lah ye. Sendiri mau ingatlah.. Biarlah sumber kewangan kita datangnya dari sumber yang halal..

ps : Orang kita memang cepat kelabu mata bila nengok senang dapat duit dengan CEPAT!!

Ulasan

Nand Nasyari berkata…
kadan2 hampir terpengaruh gak.huhu..~
nk bt cmne..nand mata duitan..hahah :P
mknace unlimited berkata…
rezeki yang datang dari titik peluh sendiri.. membawa kepada lebih kenikmatan..
Merah Baldu berkata…
sy prnh try coz nk tgk cara diorg entertain cmne..then diorg ajar cmne nk entertain org.ade ke patut ajar tipu org yg kte dah dpt duit..gle btul.then i ade gak nasihat kat org2 yg teringin nk join supaya jgn join.ni semua cara nk attract org jer..klu mudah dpt duit dgn facebook ke..twitter..blaa..bla..dah ramai org kaya.sepatutnye benda2 cmni kene pantau..so spe nk b'jwb??
CIKGU NAMAN berkata…
takkan la semudah tu kan?alahai
mknace unlimited berkata…
kesimpulannya..
kena ingatkan yang lain supaya tak terjebak.. sian kat diaorang..
kalau pandai memang la kaya..
tapi kaya dengan cara tipu duit orang lain..
apa gunanya
papabear berkata…
ada aja la idea nak kenakan orang2 yg nak cepat kaya...hehe...
Unknown berkata…
salam mknace.
ada juga antara kawan2 fb kakchik yang terlibat, sejak minggu lepas kakchik selalu tengok update "Wah! Dapat RM100 lagi hari ni!" dan ramailah bertanya apa jenis bisnes boleh senang2 dpt byk tu. hati kakchik dah rasa lain macam bila senang sangat buat duit ni. tapi sejak semalam dah takde lagi updates status macam tu.
Unknown berkata…
salam..akak pun tak percaya..saper yang senang-senang bagi duit..klu nuffnang akak percayalah..

terimakasihlah bagi info camner nak upload gambar..
Dr House berkata…
Nak kaya punya pasal, semua boleh.
Cikgu Dahlia berkata…
heh, bab2 suh kuar modal sendiri dulu, hasil belum tentu lagik ni, memang sis xmudah nk percaya...
ahmadnaziF berkata…
BENDA yang sangat parah ni dah menular pade org2 yg xde akaun FB, mostly org tua2.. Punye la pandai menipu, dengan taktik cmni, pastu bila org tegur sket, mula la main name Allah - "Allah dah bagi jalan, kalo orang dengki macam tu la.." Allah dah bagi jalan, bukan dengan care menipu secara senyap macam ni. Barang pun xde (Ebook ntah ape2 je watpe), kena plak bayar rm100 setiap bulan.. yang dah join, tp xde duit next month (student la biasenye), bye2 la.. Astaghfirullah, fikir2 kanla, wahai mangsa2 dan para pemangsa di luar tu...

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP