Ketam segar

©2010mknaceunlimitedPetang tadi, sesambil aku dok layan internet; lam keadaan separa lalok (standard aaa.. baru terbangun tido maaa...); tin tin.. terdengar hon kat luar..

Nak ketam bang.. baru turun nihh..

Oooo.. Pakcik juai ketam ni datang lagi. Kat kampung aku ni memang banyak orang cam pakcik ni juai hasil laut segar naik motor keliling kampung. Naik jer ikan ker ketam ker udang ker.. terus diaorang bawak keliling kampung dulu. Rumah aku ni memang selalu beli ketam ngan dia..

Bape? Atuk tanya..
Yang beso tu 12 hinggit sekilo, yang kecik sikit tu bagi 10 hinggit jer..
Hambih yang beso tu la..
Nak yang jantan jer ker, yang betina jer ke, ker campur..

Hah.. ayat ni aku terkejut sikit.. Oooo.. camtu eehh juai ketam.. Aku memang tak makan ketam so, memang aku tak hambik tau pun pasai juai beli ketam ni. Rupanya kalau nak isi banyak beli la ketam jantan, kalau yang suka makan telur tu ambik la yang betina.. hahahaha.. best tak entri pasai beli ketam dari seorang yang tak makan ketam dan tak pernah beli ketam..

::Klik untuk cerita penuh::


©2010mknaceunlimited
Aku sebenornya dah kuar kat luar. Tapi aku tak la pulak tala terus muncung kamera aku kat pakcik ni. Kang terkujat lak dia. So, aku masuk balik, dok balik kat depan pc aku; dan shoot dari situ.. Natural sikit..

©2010mknaceunlimited
Ni saya bagi 12 hinggit sekilo..

©2010mknaceunlimited
Nak jantan, betina; ka nak campur??

©2010mknaceunlimited
Semua dah sedia untuk digoreng... Hmmmm... yummy.. (bagi pihak pemakan ketam.. hehehe)

©2010mknaceunlimited
Dah sedia untuk dimakan. Sila la ambik dan perabis ya..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP