Program Memeterai Janji & Semarak Kasih

©2010mknaceunlimitedProgram Memeterai Janji dan Semarak Kasih ini terbahagi kepada 3 slot. Slot pertama yang bermula pada pukul 11 pagi ini dimulakan dengan Motivasi Keibubapaan yang disampaikan oleh Tuan Haji Salamian bin Surip. Memang sangat menarik ceramah dan cara penyampaian penceramah ini. Semua yang hadir terpukau dengan caranya yang bersahaja dan sering kali beliau menyelitkan unsur-unsur jenaka dalam penyampaiannya. Beliau malahan meminta semua ibu bapa yang hadir untuk naik ke pentas untuk memeluk anak-anak masing-masing sambil mengungkapkan kata-kata perangsang ke telinga anak masing-masing.

Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan Upacara Memeterai janji yang diketuai oleh Ketua Pelajar. Pelajar seterusnya perlu meminta tandatangan daripada ibu bapa masing-masing sebagai tanda mereka telah merestui apa yang telah dijanjikan oleh anak-anak mereka tadi.

Slot ketiga diisi oleh Tuan Guru Besar sendiri yang menyampaikan amanat beliau kepada semua disamping menerangkan hala tuju sekolah didalam merealisasikan target tahun ini. Semoga sekolah akan terus menyinar lagi pada tahun ini. InsyaAllah..

::Klik untuk cerita penuh::


©2010mknaceunlimited
Pendaftaran ibu bapa di kantin sekolah..

©2010mknaceunlimited
MC untuk majlis ini diserahkan kepada cikgu Zurriyatina..

©2010mknaceunlimited
Antara penjaga yang hadir..

©2010mknaceunlimited
Majlis dibuka dengan bacaan doa oleh al-ustaz as-sajoli..

©2010mknaceunlimited
Mengaminkan doa yang dibaca..

©2010mknaceunlimited
Penceramah Tuan Haji Salamian bin Surip..

©2010mknaceunlimited
Bersemangat betul penceramah dengan penyampaiannya yang penuh bertenaga..

©2010mknaceunlimited
Adik-adik pun turut hadir menyokong abang-abang dan kakak-kakak mereka..

©2010mknaceunlimited
Tak kering gusi peserta dibuatnya dek jenaka penceramah

©2010mknaceunlimited
Ibu-ibu sila naik ke pentas, anak-anak... naik dan peluk ibu-ibu anda ni..

©2010mknaceunlimited
Kata-kata penceramah memang berjaya memecahkan benteng air mata sekalian yang hadir..

©2010mknaceunlimited
Sedarlah mereka betapa mereka saling memerlukan antara satu sama lain..

©2010mknaceunlimited
Walaupun dah turun kebawah, perasaan hati masih tak dapat ditutup..

©2010mknaceunlimited
Sekarang.. giliran bapa-bapa pula.. nexttt...

©2010mknaceunlimited
YDP sendiri bersama anak kesayangannya..

©2010mknaceunlimited
Kami berdiri dan berjanji ....

©2010mknaceunlimited
Seterusnya janji dimeterai oleh penjaga masing-masing sebelum diserah pada guru..

©2010mknaceunlimited
YDP dan Naib YDP PIBG bermesra bersama penceramah...

©2010mknaceunlimited
Penyampaian cenderamata oleh Guru Besar...

©2010mknaceunlimited
Video diambil oleh cikgu Shahir.. jangan lupa haplod cecepat ke Youtube tau...

©2010mknaceunlimited
Guru Besar menyampaikan amanatnya..

©2010mknaceunlimited
Haii.. gembira naw.. tadi meleleh-leleh air mata..

©2010mknaceunlimited
Tekun mendengar amanat guru besar...

©2010mknaceunlimited
Ibu bapa mendengar program-program yang telah dirancang oleh sekolah untuk anak-anak mereka..


Slideshow penuh program


Ulasan

joegrimjow berkata…
wahh
suasana [enceramah yg buat suasana sedey
miss this moment!
mknace unlimited berkata…
:) :) :)
saya pun terlepas jugak...
tinggal sisa-sisa jer nih
Tanpa Nama berkata…

buy viagra super force online

viagra professional buy online . http://everyoneweb.fr/ventedeviagrafrance/#621 -
vente de viagra belgique .

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam