PERMOHONAN GURU INTERIM TAHFIZ KPM AMBILAN 2019


PERMOHONAN GURU INTERIM TAHFIZ KPM AMBILAN 2019. Permohonan guru interim tahfiz KPM ambilan 2019 dibuka bermula 15 Oktober 2018 hingga 21 Oktober 2018 . Sila layari URL : https://pismp.moe.gov.my/myumum

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk menjadi Guru Tahfiz secara interim di sekolah-sekolah menengah KPM Ambilan Tahun 2019 berdasarkan Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).

Nama Perjawatan: Guru Tahfiz Secara Interim.
Tempoh Interim: Sehingga dilantik secara kontrak (Contract Of Service) oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (SPP).
Mengikuti latihan Diploma Perguruan Lepas Ijazah (DPLI) Secara Mod Latihan Perguruan Kursus Dalam Cuti (KDC) di Institut Pendidikan Guru (IPG) dalam tempoh yang ditetapkan.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN ASAS

  • Warganegara Malaysia
  • Sihat tubuh badan
  • Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2019
  • Memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya:
    • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam atau Pendidikan Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau Takhassus Qiraat/Tahfiz Wal Qiraat atau bidang-bidang yang berkaitan yang setaraf dengannya daripada Universiti Awam (UA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara dengan pencapaian minimum CGPA 2.50.
    • Guru Tahfiz disyaratkan memiliki Diploma Tahfiz atau Sijil Tahfiz Malaysia (STM) yang diiktiraf oleh Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
    • Bagi calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat/Tahfiz Wal Qiraat yang diiktiraf oleh MQA dikecualikan daripada syarat di para di atas.
    • Memperoleh salinan cetakan pengiktirafan kelayakan secara dalam talian dan bertepatan dalam tempoh pengiktirafan sekiranya memiliki ijazah atau diploma daripada UA atau IPTS tempatan dengan merujuk kepada laman sesawang Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di alamat http://www2.mqa.gov.my/mqr/ atau memperoleh surat pengiktirafan ijazah daripada MQA secara bertulis atas nama calon (bukan cetakan secara dalam talian) sekiranya memiliki ijazah daripada institusi luar negara.
    • Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari url IPGM bermula pada 15 Oktober 2018.

Borang permohonan tersebut boleh dikemaskini pada atau sebelum 21 Oktober 2018. Calon yang didapati memberi maklumat salah/tidak benar/manipulasi maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang. Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran dan selama tempoh perkhidmatan. Pemohon yang sedang berkhidmat dengan Agensi Kerajaan atau badan
berkanun (bukan berjawatan tetap) dikehendaki membawa surat kebenaran dan salinan kenyataan rekod perkhidmatan daripada Ketua Jabatan semasa temu duga.

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan:

BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS BAWAH & 2, NO 2251
BANGUNAN MUSTAPHA KAMAL
JALAN USAHAWAN 1, 63000 CYBERJAYA
SELANGOR DARUL EHSAN
No. Telefon : 03-83217307/7343/7277/7265/7366/7323/7278
E-mel : bpi.kpm@moe.gov.my

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Unknown berkata…
Salam tuan...Dalam malaysia ada berapa skolah tahfiz kpm?
mknace unlimited berkata…
:) :) :)
salam
mungkin ada sedikit maklumat di sini
https://www.moe.gov.my/images/pekeliling/2016/circularfile_file_001350.pdf

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam