Istiadat Pertabalan Sultan Kedah yang ke-29


Istiadat Pertabalan Sultan Kedah yang ke-29. Selepas hampir enam dekad, rakyat Kedah berpeluang menyaksikan detik yang mencatat sejarah apabila Istiadat Pertabalan Sultan Kedah Ke-29 bakal dilangsungkan di Istana Anak Bukit. Istiadat pertabalan Sultan Kedah yang ke-29, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah yang bakal diadakan pada 22 Oktober depan bakal mencatatkan sejarah bagi rakyat negeri ini kerana ia diadakan selepas 59 tahun. Lima acara utama disusun sempena pertabalan Sultan Kedah itu bermula 20 September.

Acara bermula dengan Istiadat Meletak Kerja di Balai Besar pada 20 September, Istiadat Ziarah Makam di Makam Diraja Langgar (5 Oktober), Istiadat Siram Tabal di Istana Anak Bukit (14 Oktober), Istiadat Perbarisan dan Perarakan di Dataran Balai Besar (20 Oktober) dan disusuli Istiadat Pertabalan di Istana Anak Bukit pada 22 Oktober. Pelbagai acara sempena pertabalan Sultan Kedah diadakan termasuk istiadat perarakan dan perbarisan yang bermula di hadapan Dataran Wisma Darul Aman sehingga ke Dataran Medan Bandar.

Sultan Sallehuddin dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah ke-29 pada September tahun lepas mengantikan Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang mangkat pada 11 September. Pertabalan Sultan Kedah terakhir berlangsung pada Jumaat 20 Februari 1959 menyaksikan Almarhum Sultan Abdul Halim ditabalkan sebagai Sultan Kedah ke-28 mengantikan ayahanda baginda, Almarhum Sultan Badlishah Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam