Semakan Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) 2019


Semakan Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) 2019. Semakan UKSBP 2019 sudah boleh dibuat pada pautan https://sst1.moe.gov.my/spat1_mohon/ujian_uksbp/semak_uksbp.cfm. Sila Pastikan Maklumat ANGKA GILIRAN Seperti Yang Tercatat Dalam Slip Pendaftaran UPSR 2018. Buat semakan untuk Inaz. Alhamdulillah. Dapat sesi di STF pada 16 Oktober ni.

Sempat browse Info UKSBP dari portal STF
Perhatian kepada calon-calon yang bakal menduduki Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) Pusat Ujian di Sekolah Tun Fatimah anda diminta untuk memberi perhatian kepada perkara berikut :

  1. Sila bawa kad pengenalan dan Slip Menduduki UKSBP yang dicetak daripada laman sesawang KPM untuk ditunjukkan di kaunter pendaftaran.
  2. Sila berpakaian kemas dan berkasut.Pemakaian baju sekolah rendah amat digalakkan.
  3. Pastikan tarikh dan sesi yang dipaparkan pada slip supaya tidak berlaku kekeliruan. Sila hadir ke kaunter pendaftaran dilaman aktiviti pelajar (Bersebelahan Dewan Bestari) sekurang- kurangnya 45 minit lebih awal sebelum sesi bermula.
  4. Dapatkan Kad Kedudukan semasa ujian di kaunter pendaftaran dan pulangkan kepada pengawas di Makmal Komputer (Bilik Ujian) apabila masuk ke bilik tersebut.
  5. Pergi ke Makmal Komputer (Bilik Ujian) apabila menerima arahan daripada pengawas. Ibu bapa diminta tidak mengiringi anak-anak kerana tempat menunggu adalah terhad.
  6. Sebarang alat telekomunikasi dan sebarang nota TIDAK BOLEH DIBAWA apabila berada di Bilik Ujian.
  7. Dengar arahan dengan jelas daripada pengawas bertugas di Makmal Komputer ( Bilik Ujian).
  8. Angkat tangan untuk bertanya jika menghadapi masalah teknikal dan sebagainya.
  9. Minta kertas dan pen daripada pengawas di Makmal Komputer (Bilik Ujian) jika memerlukan.
  10. Gunakan masa 90 minit dengan sebaik-baiknya untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.
  11. Biasakan diri dengan 'touchpad laptop' kerana calon yang mendapat laptop tidak dibekalkan dengan tetikus (mouse).
  12. Seorang calon hanya dibenarkan SEKALI sahaja untuk mengambil ujian. JANGAN sesekali menekan butang Hantar dan Tamat Ujian selagi belum tamat menjawab.
  13. Tekan Log Keluar apabila selesai menjawab dan keluar dengan tenang.

Selamat Menduduki Ujian kepada semua Calon dan semoga semua urusan berjalan lancar.






---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016