Pakar Puteri : Mama's Operation Process part deux


Pakar Puteri : Mama's Operation Process part deux. So. 21 November tu ada pemeriksaan khas oleh Dr. Noor pada mama. Pembedahan Dr. Kadir ditunda untuk memberi laluan khas pada Dr. Noor untuk pemeriksaan lanjut. Sampai ke petang akhirnya keputusan dibuat. Pembedahan untuk pundi hempedu dijalankan dahulu sebelum seterusnya pembedahan ovari pula dibuat. Alhamdulillah. Semua urusan berkaitan insuran selesai. Mama juga akan ditempatkan di ICU selepas pembedahan untuk rawatan dan tinjauan susulan selepas pembedahan tu.

22 November. Seawal jam 8.30 pagi mama dah disiapkan dan mula dimasukkan ke wad pembedahan. Alhamdulillah. Dalam 11.45 pagi semua selesai. Keadaan mama stabil. Jadi, terus dimasukkan semula ke wad biasa. Sedikit berkejar aku hari ni. Gerak ke STF untuk ambil barang-barang Iqa. Pastu terus balik ke hospital. Petangnya balik ke Gelang Patah amik angah untuk duduk jaga mama di wad malam tu memandangkan polisi tiada lelaki selepas jam 9 malam. Terima kasih pada mommy leeya dan pak ngah kijam yang datang melawat mama hari tu. Yang best. Dapat port baharu makan. Burger best depan hospital puteri tu. Yummy. Seriously. Malam tu baru aku terasa sengal pada kaki setelah semua urusan dah selesai. Apa lagi. Sapu krim abis la kan.

23 November. Datang pagi tu nengok mama pakai alat pernafasan. Susah nak bernafas katanya. Sian mama. Serba tak kena katanya. Solat jemaat di masjid belakang spital. Hari ni mula ramai yang datang melawat. Terima kasih semua atas kunjungan. Masih duduk kat sini memandangkan keadaan mama yang masih tak berapa nak elok. Malamnya rutin biasa. lepak gerai burger jemi'z ngan angah sebelum gerak pulang.

24 November. Akhirnya mama dapat discaj. Pagi tu segala urusan insuran mula diproses. Sempat lagi en firdaus dan ucu datang melawat. Sementara nunggu urusan insuran selesai, gi amik iqa di STF yang baharu selesai berkursus. Sampai ja di hospital semua urusan dah selesai. Terus ke kaunter discaj untuk urusan keluar. Terima kasih pada semua; dato dr kadir, dr noor, yang banyak membantu memudahkan urusan pembedahan ini; jururawat-jururawat tingkat 3, yang banyak membantu meringankan beban mama; rakan-rakan wad 307 yang susah senang bersama; kaum keluarga, sahabat handai dan semua yang mendoakan kesejahteraan mama dan datang menziarah. Semoga Tuhan merahmati kita semua.

ujian tambahan daripada dr noor. bacaan tak berapa nak cantik

dah takde mood dah mama




tunggu shuttle untuk balik 

free parking dua hari. ada masalah gate parking

dah jadi port biasa kereta aku. lepak sebelah guard berdepan shuttle. dah seawal pagi dah sampai

lepak

mama on pagi pembedahan



full attire

dah mula disorong masuk

dr kadir serah by hand beb. ni pundi hempedu dan batu yang ada

alhamdulillah. mama dalam keadaan stabil


tinggalkan kejap untuk ambil barang iqa. dia ada kursus khas untuk semua hicom tahun depan

mommy leeya sampai sebelah petangnya dengan najwa




balik amik angah. park haram sebelah tepi spital

tu yang aku leh jumpa gerai burger ni


meme terbaeekkk!!!!

semua dah tutup dah

pak ngah kijam tengah nunggu

k angah. tag team baharu sebelah malam 

sampai rumah memang dah rasa sangat dah

layan aje ler

23 Nov. Sarap pagi mama


lepak sesam jap

yok kita pulak sarap

ngan rabbit cumil

sempat jumpa dr noor. dr yang sambut kelahiran angah dulu

snap snap

gerak untuk solat jemaat

masjid belakang spital aje

selesai




sempat tapau nenas melita yang best ni


hehehe. ni abang ismail. layan dia kat spital ni cam anak angkat dah. jaga mama dia kat katil sebelah

makan tengah hari

atuk dan nenek pun datang

bos pun datang

kak nora bespren mama


yummy. kata angah selaku tukang perabis eskrem setiap hari

pak ngah dan mak ngah

agenda malam diteruskan


betul la ada kereta yang kena saman park depan puteri


k. masa untuk aku pulang

jumpa lagi esoknya

bersama dato dr kadir

jenny rakan satu wad

sarap

bersama dr noor

sempat lagi en firdaus datang melawat

makan tengah hari

masa nak turun amik ayo terserempak pulak ngan encik miao ni

leh tahan ye awak

STF

nunggu ayo

jom gerak

lam coaster spital

terima kasih ucu bantu mengurus untuk keluar

alhamdulillah

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam