Belanjawan 2019 : Inisiatif berkaitan Kementerian Pendidikan Malaysia


Belanjawan 2019 : Inisiatif berkaitan Kementerian Pendidikan Malaysia.

INISIATIF PERTAMA: Dana bantuan pendidikan RM2.9 bilion untuk golongan yang miskin melalui bekalan makanan, buku teks dan bantuan tunai

INISIATIF KEDUA: Menaikkan taraf dan menyelenggara semua sekolah dengan peruntukan RM652 juta berbanding RM615 juta tahun 2018, yang meliputi:
• SK RM250 juta
• SJKC RM50 juta
• SJKT RM50 juta
• Sekolah Berasrama Penuh RM50 juta
• MRSM RM50 juta
• SA Bantuan Kerajaan RM50 juta
• Sekolah Mubaligh RM50 juta
• Sekolah Tahfiz RM50 juta
• Sekolah Pondok yang berdaftar RM25 juta
• SMJK atau Conforming School RM15 juta
• SMPC RM12 juta

INISIATIF KETIGA: Potongan cukai
* Potongan cukai bagi penyumbang kepada tabung penyelenggaraan sekolah kerajaan dan IPT Awam di bawah KPM
* Untuk sekolah dan IPT lain boleh memohon untuk potongan cukai berdasarkan kes demi kes

INISIATIF KEEMPAT: Pembinaan sekolah
* Dana RM100 juta bagi pembinaan semula sekolah daif di seluruh negara
* Pembinaan sekolah tambahan akan dibiayai melalui kaedah pertukaran tanah secara tender terbuka

INISIATIF KELIMA: Dana latihan
* Dana RM206 juta untuk membangun dan menyediakan program latihan di politeknik dan kolej komuniti

INISIATIF KEENAM: TVET
* Dana Wibawa Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) RM30 juta bagi menggalak program latihan lebih kompetitif dan memenuhi keperluan industri, dengan jaminan pekerjaan kepada graduan
* Dana RM20 juta bagi meningkatkan kompetensi belia melalui Program Bootcamp berkaitan TVET

INISIATIF KETUJUH: IPT
* Memperkasa aktiviti penyelidikan di IPT dengan peruntukan RM400 juta
* Geran padanan RM30 juta bagi Program Malaysia Partnerships and Alliances in Research (MyPAIR) untuk mempertingkatkan kerjasama antara IPT dan industri tempatan serta agensi antarabangsa

INISIATIF KELAPAN: Biasiswa dan pinjaman
* Meneruskan biasiswa & pinjaman pelajaran menerusi pelbagai agensi seperti MARA, JPA dan Kementerian Kesihatan dengan dana RM3.8 bilion

INISIATIF KESEMBILAN: MyPAC
* Dana RM17.5 juta bagi tempoh 5 tahun kepada Malaysia Professional Accountancy Centre (MyPAC) bagi melahirkan 600 akauntan Bumiputera bertauliah ke arah mencapai sasaran 3,000 akauntan Bumiputera berdaftar

INISIATIF KESEPULUH: Pemerkasaan Bumiputera
* RM210 juta sebagai sebahagian daripada agenda pemerkasaan Bumiputera bagi memperkasakan pendidikan dan pembangunan modal insan








---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied