Sekolah Agama Nusa Perintis : Hari Terbuka


Sekolah Agama Nusa Perintis : Hari Terbuka. Hari Khamis ni jadi hari yang amat penuh. Segala-galanya yang perlu aku selesaikan dalam minggu ni dilambakkan pada satu-satunya hari yang aku wujud di opis. Nak pulak petangnya ada hari terbuka sekolah agama. Takpe. Satu-satu kita kasi setel. Paginya kita selesaikan verifikasi data repositori. Ada permohonan data adhoc. Cari orang berkaitan untuk bantu melicinkan urusan. Ada jamuan sikit masa lunch. Sambung urusan PBPPP selepas rehat. Balik. Amik angah dan Iqi kat rumah dan keluar semula ke sekolah. Nampaknya ramai jugak parent yang sama macam aku. Habis kerja baru gerak ke sekolah. Ye lah. Khamis pun macam half day aje. Waktu kerja sampai jam 3.30 petang aje kan. Alhamdulillah. Urusan lancar. Dapat terus aje jumpa ustaz iqi dan ustazah angah. Iqi dan angah dua-dua dapat nombor 3 dalam kelas masing-masing. Iqi juga dilantik jadi pengawas bermula tahun depan. Hebat! Baru darjah 3 dah jadi pengawas. Paling laju antara semua. Minggu depan ada majlis apresiasi tahun 6 hari Ahad petang untuk angah. Iqi ada majlis penyampaian hadiah pada hari rabu. Wah. Bakal penuh minggu depan ni. Takpe. Minggu ni pun aku dapat harung dengan baik. Moga dipermudahkan olehNya minggu depan.
jamuan khas masa lunch


iqi dengan ustaznya

angah dengan ustazahnya

we all

minggu depan punya surat

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied