#HourOfCode


#HourOfCode. Acara Hour of Code bermula sebagai pengenalan kepada Sains Komputer yang disampaikan dalam masa satu jam, ia bertujuan untuk menjadikan "kod" lebih mudah difahami, sesiapa sahaja dapat belajar asasnya dan juga untuk menggalakkan penyertaan dalam bidang Sains Komputer. Sejak Hour of Code dilaksanakan, ia telah menjadi satu usaha seluruh dunia untuk meraikan Sains Komputer, bermula dengan 1 jam aktiviti koding telah memperluas menjadi berbagai-bagai usaha masyarakat. Cubalah tutorial-tutorial dan aktiviti-aktiviti. Kempen yang bermula dari akar umbi ini disokong oleh lebih daripada 400 rakan kongsi dan 200,000 pendidik di seluruh dunia. Layari https://hourofcode.com/my untuk keterangan lanjut.

Mula merancang di sini dengan membaca dan mengkaji panduan yang kami sediakan. Anda boleh menganjurkan Acara Hour of Code di sekolah anda atau dalam komuniti anda - seperti dalam sebuah kelab ekstrakurikulum, pertubuhan bukan berasaskan keuntungan ataupun di tempat kerja. Atau, anda boleh cuba sendiri apabila tiba 3 Disember ini.

Hour of Code dianjurkan oleh Code.org, badan bukan bertujuan keuntungan awam khusus untuk memperluaskan penyertaan dalam Sains Komputer dengan membolehkannya didapati di lebih banyak sekolah, dan meningkatkan penyertaan wanita dan pelajar dari kelompok minori. Satu gabungan rakan kongsi yang belum pernah berlaku sebelum ini juga telah datang bersama untuk menyokong Hour of Code - termasuk Microsoft, Apple, Amazon, Boys and Girls Clubs of America dan Lembaga Pentadbir Kolej.

Aktiviti Hour of Code adalah berdasarkan bimbingan kendiri. Apa yang anda perlu lakukan adalah mencuba tutorial semasa kami, pilih tutorial anda dan lapangkan masa satu jam - yang selainnya, kami akan uruskan. Kami juga mempunyai pilihan untuk setiap peringkat usia dan tahap pengalaman, dari tadika dan ke atas. Mulakan perancangan untuk acara anda dengan membaca panduan cara kami.

Tutorial yang tersedia di Code.org boleh diakses melalui semua peranti dan pelayar internet. Kamu boleh melihat maklumat lanjut mengenai keperluan teknologi tutorial Code.org di sini. Keperluan teknologi bagi tutorial yang bukan Code.org pula boleh didapati di code.org/belajar di bawah penerangan khusus bagi tutorial. Jangan lupa, kami juga menawarkan aktiviti tercabut jikalau sekolah anda tidak dapat menampung tutorial-tutorial yang disediakan!

Kami menyediakan tutorial Hour of Code yang boleh dijalankan di PC, telefon pintar, tablet malah sebahagiannya tidak memerlukan komputer pun! Anda boleh ikut serta walau di mana sahaja anda berada, dengan apa sahaja yang anda miliki.

Berikut adalah beberapa pilihan:
- Kerja berpasangan. Kajian menunjukkan pelajar akan belajar dengan lebih abik bila membuat pengaturcaraan berpasangan, berkongsi komputer dan bekerja bersama. Galakkan pelajar anda untuk bergandingan.
- Gunakan skrin unjuran. Jika anda mempunyai projektor dan skrin yang dihubungkan kepada komputer yang mempunyai akses ke internet, seluruh Kumpulan anda boleh melakukan aktiviti Hour of Code bersama-sama. Tonton bahagian video bersama-sama dan ambil giliran untuk menyelesaikan teka-teki atau menjawab soalan.
- Laksanakan tanpa talian internet. Kami menawarkan tutorial yang tidak memerlukan komputer sama sekali

Jika anda berminat untuk menjadi rakan kongsi tutorial, ikuti garis panduan dan petunjuk kami. Kami ingin menjadi hos dengan pelbagai pilihan yang menarik, tetapi matlamat utama adalah untuk mengoptimumkan pengalaman pelajar dan guru yang masih baru dalam bidang Sains komputer.

Sebenarnya tiada pendaftaran atau log masuk adalah diperlukan bagi pelajar-pelajar untuk mencuba dan menyertai Acara Hour of Code. Kebanyakan kursus berterusan memerlukan penciptaan akaun untuk menyimpan progres kemajuan pelajar. Selain itu, pendaftaran bagi Acara Hour of Code TIDAK secara automatik mencipta suatu akaun Code Studio. Jikalau anda ingin mencipta akaun bagi murid-murid anda, sila ikuti arahan di sini.

Pergi ke Sijil Laman di mana anda boleh mencetak Sijil bagi seluruh kelas dahulu. Anda juga boleh mencetak Sijil Khas untuk pelajar-pelajar yang melakukan Minecraft tutorial. Tutorial Star Wars dan Minecraft kami amat hebat untuk kanakkanak sekolah,, khususnya versi Star Wars JavaScript dan peringkat main percuma pada kedua-dua tutorial. Selain daripada itu, kami bercadang memcuba salah satu tutorial sebagai permulaan pada code.org/belajar untuk memulakan, seperti tutorial dengan Angry Birds atau dengan Anna and Elsa. Seorang pelajar sekolah tinggi sepatutnya dapat menyelesaikan salah satu daripadanya dalam masa 30 minit dan kemudian boleh memcuba tutorial yang lebih lanjut dalam JavaScript, seperti Akademi Khan atau CodeHS.

Penjejak Hour of Code bukan satu ukuran yang tepat untuk penggunaan. Kita tidak akan mengira unik ID pelajar dengan sempurna apabila menjejak penyertaan dalam Hour of Code, terutamanya kerana kita tidak memerlukan pelajar untuk log masuk atau mendaftar. Oleh kerana itu, kami mengira peserta-peserta dengan terlebih dan terkurang pada masa yang sama. Baca semua butir-butir di sini.

Matlamat Hour of Code adalah bukan untuk mengajar sesiapa untuk menjadi seorang saintis pakar komputer dalam sejam. Satu jam adalah cukup hanya untuk mengetahui bahawa sains komputer adalah menyeronokkan dan kreatif, ianya boleh diakses di semua peringkat umur, untuk semua pelajar, tanpa mengira latar belakang. Ukuran kejayaan kempen ini bukanlah berapa banyak pelajar CS dapat belajar - kejayaan dapat dilihati dalam penyertaan luas merentasi jantina dan kumpulan-kumpulan etnik dan sosioekonomi, dan peningkatan hasil kemasukan dan penyertaan kita lihat dalam kursus CS di semua gred tahap. Berjuta-juta penyertaan guru dan murid telah memutuskan untuk melangkaui satu jam - belajar untuk sepanjang hari atau sepanjang seminggu atau lebih lama, dan ramai pelajar telah memutuskan untuk mengikuti kursus keseluruhan (atau bahkan sebuah kolej utama) sebagai hasil.

Selain daripada pelajar-pelajar, satu lagi "pelajar" merupakan pendidik yang menguntungkan keyakinan selepas satu jam, mereka boleh mengajar Sains Komputer walaupun mereka mungkin tidak mempunyai Ijazah Kolej sebagai seorang saintis komputer. Berpuluh-puluh ribu guru membuat keputusan untuk meneruskan sains komputer di samping itu, sama ada menghadiri PD atau menawarkan prospek kursus dalam talian, atau kedua-duanya. Dan ini terpakai kepada pentadbir sekolah juga, yang sedar bahawa sains komputer adalah sesuatu yang pelajar-pelajar mereka mahu dan guru-guru mereka yang mampu. Lebih-lebih lagi, apa yang semua peserta boleh belajar dalam sejam adalah bahawa kita boleh lakukan ini juga.

Sesiapa sahaja boleh menjadi tuan rumah untuk Hour of Code pada bila-bila masa. Tutorial yang tinggal sehingga sepanjang tahun. Anda boleh mengharapkan semua tutorial dan kurikulum yang disediakan di laman web kami kekal selama-lamanya.. Sila layari sumber kami untuk acara cara panduan dan sumber lain untuk membantu kejayaan acara Hour of Code anda.

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam