Pakar Puteri : Mama's Operation Process


Pakar Puteri : Mama's Operation Process. Pagi esok isteri saya akan menjalani pembedahan bagi membuang pundi hempedu dan dermoid cysts. Bukan niat kami merahsiakan perkara ini, cuma tak nak menimbulkan kerisauan semua. Doakan kesejahteraan, keselamatan dan kebahagian serta semoga Allah permudahkan segala urusan kami. Mungkin kisah kali ni lebih panjang sebab aku akan cerita daripada awal apa yang selama ni kami simpan aje dalam dropbox. Heee...

Asalnya 26 September, mama sakit perut. Sekali ke Rozikin, doktor terpegang di satu tempat yang menyebabkan mama terasa sangat sakit. Lepas scan doktor cadangkan untuk berjumpa dengan pakar. Maka. Pada 27 September, kami ke Pakar Puteri untuk pemeriksaan lanjut. Doktor yang ada adalah Doktor Kadir. Dia cadangkan buat scoop dan scan. Memandangkan perlu berpuasa sebelum pemeriksaan dibuat maka sekali lagi kami datang ke hospital pada 28 September. Hasil. Hmmmm... Susah dah nak kata apa. Ada batu dalam pundi hempedu mama. Tiada ubat selain bedah dan buang. Terkedu jap. Dengan iqa nak periksa PT3 minggu depannya. Dengan aktiviti-aktiviti lain lagi menyebabkan mama menangguh proses sepatutnya. Bila sakit terpaksa tahan aje ler. Prosedur ni kena RM2000++. Kena bayar terlebih dahulu dan akan diclaim selepas rawatan dilaksanakan dalam tempoh 30 hari. Cuma. Aku tak nak bebankan mama dengan paksaan kena buat sebab tak nak ganggu emosi dia. Kesudahan. Aku tanggung aje la kos tu. Nak buat camana kan.

9 November. Lepas lebih sebulan baru kami ke pakar puteri semula. Dah ready dari segi minda. Semak jadual doktor. Hanya boleh buat pembedahan pada 21 November. 19 November pemeriksaan doktor. 20 November masuk wad untuk prosedur sebelum pembedahan. Aku sedang fikir untuk susun aktiviti dan cuti. 22 tu hari last persekolahan; UPSR akan diumum dan kena ambil Iqa di STF. memang kena susun sebaiknya. Kalau ada rezeki dapat amik mama discaj sekali.

19 November. Sekali lagi kami ke sini. Seawal pagi dah sampai ke sini untuk mengesahkan kami akan buat pemeriksaan susulan dan perbincangan dengan doktor. Sementara nunggu sempat gi makan di Mak Teh sementara nunggu doktor yang akan masuk jam 10 selepas lawatan ke wad. Jumpa doktor. Banyak perbincangan dan akhirnya kami setuju dengan sesi pembedahan yang akan dijalankan pada 21 November ni. Urusan proses kemasukan menggunakan insuran Cuepacare pun terus dibuat. Alhamdulillah. Setelah beberapa kali semakan bersama akhirnya surat jaminan berjaya dikeluarkan around jam 4 petang. Dan petang tu baharu aku bagitau keluarga aku di Kedah berkenaan perkara ni. Dan aku akan mula maklum pada lain menerusi media sosial pada 21 November.

20 November kami tiba ke hospital untuk proses warded. Ada beberapa check-up lagi perlu dibuat sebelum masuk ke wad. Boleh tahan jugak lamanya aku nunggu. memandangkan hari tu hari cuti umum, semua ujian dilaksanakan di Unit Kecemasan. Aku lepak luar aje uruskan pasal iqa. Tahun depan dia jadi pengawas. Ada beberapa perkara aku kena setel. Sempat berchat dengan cikgu dia sampai selesai semua urusan. Mama selesai. Nunggu untuk masuk ke wad. Dapat masuk wad around 4.00 petang kalau tak silap aku dan lepak. Sekali masa nak balik ke rumah nurse cakap kat aku sesuatu. Dr. Noraini akan datang jumpa sebab ada bacaan pelik kat CT Scan. Sudah. Tapi aku tak cakap pun kat mama pasal ni. Mesti dia takut punya.

21 November. Hari ni. Sampai. Lepak. Sempat cakap pada mama pasal apa yang nurse cakap semalam. Betul. Macam yang aku agak, air muka dia dah lain macam. Baru nak borak panjang dan post ke media sosial pasal ni tetiba nurse datang untuk bawak kami bertemu Dr Noraini. Sudah. Dan betul. Actually sempat jugak aku mula rasa kenoning lepas nengok doktor scan mama tadi tu. Haisshhh. Cysts tu dah tak berapa normal. 8cm berbanding bacaan biasa 2cm. At last kami akur untuk pembedahan kedua yang juga harus dilakukan. Terus dokumen insuran disubmit untuk pembedahan kedua. Kami balik ke wad dan mula berbincang. Google. Borak. Alhamdulillah. Mama pun dah ok. Dah boleh menerima ketentuan untuknya. Tengah hari tu jugak nurse bagitau yang insuran pun dah approved untuk pembedahan kedua. Doakan kesejahteraan, keselamatan dan kebahagian serta semoga Allah permudahkan segala urusan kami esok.

hasil dari rozikin

hadir semula ke puteri pada 28 untuk sesi pemeriksaan lanjut

scoop ok!

sempat call cuepacare tanya prosedur

darah dah setel. OK juga!


lepas scan dah tahu dah isu dia

tunggu van untuk ke kereta


hasil



paparan scoop

dvd full video


Datang semula on 19 November. Turunkan mama dulu

aku tunggu sini jap

k. lepak nunggu shuttle ke puteri


yok

20 haribulan. gerak semula untuk warded

banyak benda nak setel. masa rasa lama betul nak gerak

lepak depan kecemasan

dah setel semua checkup

nunggu masuk ward

lepak depan jap beli roti nak kunyah kunyah


nyambil nyambil tenangkan semula mama yang emosi kekadang nak balik rumah aje


dah sikit biasa nengok ni lepas berkali kali lepak spital



makan malam. aku gerak balik ke rumah lepas ni

pagi ni

baju bedah pun dah siap

aku baru gerak dengan shuttle dari parking

kannn... muka dah lain bila aku cerita apa yang nurse tu cakap semalam

masa ni memang tau nak balik je ni


lepas perbincangan dan pemeriksaan dr noor

nyambil nyambil

lunch

alhamdulillah. dah ceria

harap yang terbaeekkk!!!! dariNya untuk mama

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied