Sultan Johor kurnia dana, tanah bangunkan Bandar Sukan JDT

Sultan Johor kurnia dana, tanah bangunkan Bandar Sukan JDT

Sultan Johor kurnia dana, tanah bangunkan Bandar Sukan JDT

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mengurniakan dana bagi pembiayaan stadium baharu di negeri ini selain 28 hektar tanah pemberian kerajaan Johor untuk dijadikan Bandar Sukan JDT. Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Datuk Ismail Karim, berkongsi perkembangan itu menerusi kiriman terbaharu pada laman Facebook pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) iaitu Johor Southern Tigers, sebentar tadi.

Tanpa menyatakan lokasi bandar sukan itu berkata, beliau berkata ia akan menjadi pusat menempatkan semua jenis sukan di bawah nama JDT, selain pelbagai kemudahan lain seperti hotel, apartmen dan pusat beli-belah atas nama pasukan itu juga. "Hari ini ada berita gembira untuk dikongsikan kepada para penyokong JDT. Sultan Johor memberi perkenan mengurniakan dana untuk pembiayaan stadium baru dan juga 70 ekar (28 hektar) tanah pemberian kerajaan negeri untuk dijadikan Bandar Sukan JDT (JDT Sports City).

"Ia akan menjadi pusat sukan di mana akan adanya tempat untuk semua jenis sukan di bawah nama JDT dan juga kemudahan lain seperti Hotel JDT, Apartment JDT dan Pusat Membeli-belah JDT," katanya. Dalam entri itu juga, Ismail berkata:" Dan kini, fahamlah saya apa yang dimaksudkan oleh DYAM Tunku Mahkota Johor berkenaan "JDT Sudah 50 Langkah Kehadapan".

"Meskipun ramai yang mengkritik dan mempersendakan apa yang cuba disampaikan oleh baginda, misi dan visi yang diilhamkanya kini telah menunjukkan hasil dengan pelbagai kejayaan yang diraih serta prasarana dan fasiliti yang telah dibangunkan untuk JDT. "Sebagaimana dua mutiara kata yang sering diberikan oleh baginda kepada kami dalam JDT iaitu "Kita bukan sekadar bermimpi dan merancang, tetapi kita melaksanakannya" dan yang kedua ialah "Sesungguhnya Allah SWT sentiasa memberikan segala yang terbaik untuk hambanya yang mempunyai hati yang bersih".

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/117348

#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam