Qu Puteh tarik balik dua produk - Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block

Qu Puteh tarik balik dua produk - Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block

Qu Puteh tarik balik dua produk - Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block Pengasas syarikat Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman akan menarik balik produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block dalam pasaran Brunei dan Malaysia buat sementara waktu, berkuat kuasa hari ini. Hasmiza atau lebih dikenali Dr Vida berkata pihaknya akan melakukan penelitian terhadap dua produk berkenaan kerana sebelum ini masalah sedemikian tidak pernah berlaku.

"Saya akan melakukan penelitian secara terperinci terhadap dua produk berkenaan. Apa yang penting bagi kami adalah kesihatan pengguna. Saya harap pengguna tidak ragu dan panik berhubung masalah ini. Sebelum ini tidak pernah berlaku masalah sebegini," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita sebentar tadi, ketika mengulas kenyataan Kementerian Kesihatan yang mengesahkan Qu Puteh Whitening Pro 9 dikesan mengandungi merkuri yang tidak dibenarkan dalam kosmetik.

Kementerian Kesihatan Brunei pula mengharamkan tiga produk Qu Puteh kerana didakwa mengandungi bahan berbahaya. Mengulas lanjut, Dr Vida berkata walaupun dua produk itu dihentikan jualannya dalam pasaran, produk lain seperti Pamoga, Qu Puteh dan Milenia masih dijual. "Saya yakin produk kecantikan dan kesihatan yang lain tidak mempunyai masalah sama. Saya harap pengguna tidak hilang kepercayaan pada produk saya," katanya.

#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam