UMNO Kedah umum hilang kepercayaan terhadap Mukhriz

UMNO Kedah umum hilang kepercayaan terhadap Mukhriz

UMNO Kedah umum hilang kepercayaan terhadap Mukhriz

Hmmm... Apa dah jadi ni?

ALOR SETAR: Pemimpin UMNO Kedah sepakat mengumumkan pendirian hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Perkara itu diumumkan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dalam sidang media selepas perjumpaan tertutup kepimpinan UMNO negeri di sini.

Sidang media berkenaan yang turut dihadiri 14 ketua bahagian, turut merayu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya bertindak membuat perubahan dengan segera terhadap Mukhriz yang menjawat jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah dan Menteri Besar.

"Sebagai Menteri Besar, beliau gagal mengurus tadbir kerajaan negeri secara berkesan," kata Ahmad Bashah.

Selain isu urus tadbir, UMNO Kedah berpendapat Mukhriz yang dilihat gagal menyatupadukan kepimpinan dan jentera parti di semua peringkat.
Tambahnya lagi, tiada sebarang perancangan strategik parti dilakukan di bawah kepemimpinan Mukhriz bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14.

#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied