Majoriti rakyat Kedah sokong Mukhriz

Majoriti rakyat Kedah sokong Mukhriz

Majoriti rakyat Kedah sokong Mukhriz

ALOR SETAR - Kemelut yang berlaku di Kedah sekarang ini memberi kelebihan kepada Menteri Besar (MB) Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir apabila mendapat simpati berikutan keadaan yang dilaluinya itu.

Ramai yang menyokong dan bersimpati dengannya kerana berpendapat tindakan dan desakan pemimpin tertentu dalam Umno Kedah adalah tidak wajar.  

Mereka berpendapat Mukhriz perlu dikekalkan pada kedudukan sekarang kerana berjaya membawa kemajuan di Kedah, disenangi oleh rakyat tanpa mengira parti, mendapat sokongan golongan muda dan berkarisma serta cerdik.

Untuk itu, mereka berpendapat adalah tidak wajar mendesak Mukhriz melepaskan jawatan itu dan Pengerusi Umno Kedah kepada pemimpin lain dalam waktu dan ketika ini.

Dalam satu kajian dilakukan Jabatan Penerangan Kedah minggu lalu mendapati ramai yang simpati dan beri sokongan kepada Mukhriz kerana berpendapat apa dilakukan terhadapnya adalah tindakan tidak wajar.

Pengarah Penerangan Kedah, Dr Haniff Hassan berkata, hasil kajian itu mendapati majoriti masyarakat tanpa mengira jantina, umur, etnik dan  klasifikasi pekerjaan menolak tindakan pemimpin Umno Kedah mendesak dan merayu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat perubahan ke atas kepimpinan tertinggi parti serta MB Kedah.

“Rakyat mengharapkan pemimpin lebih memberi fokus kepada langkah mengatasi masalah ekonomi bagi meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurutnya, kajian itu dijalankan pada 20 Januari lalu selepas berlaku satu sidang media oleh Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang menyatakan 14 ketua Umno bahagian hilang sokongan terhadap Mukhriz dan meminta Najib menggantikan tokoh lain sebagai MB Kedah dan Pengerusi Umno Kedah.

Kajian itu dibuka selama 24 jam untuk mendapat maklum balas orang ramai mengenai isu yang berlaku di Kedah dengan 15,266 penyertaan termasuk 10,000 penduduk tempatan.  

“Kita menggunakan kaedah Google Forms untuk memudah dan mempercepatkan hasil kajian. Ia disebarkan melalui Facebook dan WhatsApp.

“Ia mendapat respon yang begitu menggalakkan dalam tempoh yang begitu singkat. Kita memendekkan tempoh kajian bagi mendapat hasil yang cepat untuk disalurkan kepada pihak yang berkaitan,” katanya.

Dalam kajian itu juga, kebanyakannya memberi harapan kepada Mukhriz dan memintanya agar tidak tunduk kepada sebarang desakan.

Sehubungan itu, pemimpin Umno di Kedah perlu fokus kepada pembangunan ekonomi dan kebajikan rakyat yang sedang gawat dan bukannya politik.

Haniff berkata, responden juga meminta agar desakan dihentikan segera bagi memastikan BN terus mendapat kepercayaan rakyat di Kedah.

“Ini mungkin boleh menjadi petanda awal dari rakyat. Jika keadaan tidak berubah, mereka boleh melakukan sesuatu yang lebih drastik dalam pilihan raya akan datang,” katanya.

Menurutnya, salinan hasil kajian itu turut diserahkan kepada Mukhriz sebagai rujukan dan maklum balas masyarakat negeri ini berhubung isu atau kemelut yang berlaku.                                                                                    

Ditanya respons Mukhriz terhadap kajian itu, beliau berkata, MB Kedah begitu gembira dan berharap sokongan itu akan menjadi kekuatan kepadanya untuk meneruskan karier politik dan perjuangan dalam Umno.

“Mukhriz begitu prihatin dengan sokongan rakyat kerana hatinya sentiasa bersama rakyat,” katanya.

#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam