PEMBERITAHUAN KEMAS KINI BORANG PERMOHONAN PROGRAM MATRIKULASI SESI 2016/2017

PEMBERITAHUAN KEMAS KINI BORANG PERMOHONAN PROGRAM MATRIKULASI SESI 2016/2017

PEMBERITAHUAN KEMAS KINI BORANG PERMOHONAN PROGRAM MATRIKULASI SESI 2016/2017. Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuka
permohonan untuk mengemaskini borang permohonan Program Matrikulasi sesi
2016/2017 mulai pada 10 Februari 2016 hingga 24 Februari 2016.

Pelajar SPM tahun 2015 yang telah membuat permohonan melalui internet diminta untuk
mengemaskini maklumat melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia
iaitu www.moe.gov.my.

Pemohon yang mengemaskini melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan
Malaysia perlu masuk melalui ruangan e-PERKHIDMATAN berkala. Untuk
mengemaskini, pelajar hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor
angka giliran SPM sahaja.

Keputusan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia akan dikeluarkan
30 hari bekerja selepas keputusan SPM diumumkan secara rasmi melalui laman
sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu www.moe.gov.my . Pelajar atau
pemohon tidak perlu menghantar salinan keputusan SPM ke Bahagian Matrikulasi KPM
kerana keputusan SPM pelajar akan diambil dari Lembaga Peperiksaan sejurus selepas
keputusan SPM diumumkan secara rasmi.

Pelajar yang ditawarkan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia perlu
mencetak sendiri surat tawaran kerana tawaran akan dikeluarkan secara dalam talian
sepenuhnya.

Talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-8884 4083/4036/4040 boleh dihubungi dari jam
8.30 pagi hingga 4.30 petang (hari bekerja sahaja).

Kementerian Pendidikan Malaysia
22 Januari 2016

#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam