GEMILANG TANAH PERMATA Pementasan di Istana Budaya

GEMILANG TANAH PERMATA Pementasan di Istana Budaya

GEMILANG TANAH PERMATA Pementasan di Istana Budaya. Gemilang Tanah Permata bermaksud kegemilangan adat resam budaya puncak kejayaan bagi sesebuah kelompok masyarakat,negeri dan negara sementara Tanah Permata pula membawa maksud Johor yang satu masa dikenali sebagai Jauhar dengan makna Tanah Permata.

Gemilang Tanah Permata adalah sebuah produksi persembahan yang diikat dan dijalinkan dengan jalan cerita (story line) yang berilhamkan dari rentetan sejarah negeri Johor. Perpindahan pesat kerajaan dari Teluk Belanga ke Tanjung Puteri,pembangunan dan kestabilan ekonomi dan perjuangan bangsa merupakan inspirasi karya dan cetusan idea yang membawa mesej-mesej yang sarat dalam tema Tamadun Johor.

Gemilang Tanah Permata akan dijayakan oleh 170 orang Artis dan peserta dari Johor serta lebih 50 orang tenaga kreatif yang lain hasil gabungan Yayasan Warisan Johor dan Istana Budaya. Antara nama besar yang akan menjayakan Gemilang Tanah Permata ialah artis-artis kelahiran Johor seperti Ayai Illusi, Syura, Zarina Zainoordin, Haziq, Natasha Yazir dan Fahmi Mentor.

Yayasan Warisan Johor pada 2009 bertajuk Gema Zafana yang menampilkan senitari zapin.Yayasan Warisan Johor akan tampil dengan Gemilang Tanah Permata dengan berdasarkan seni ghazal dan zapin. Ini merupakan sebuah entiti baru bagi persembahan Yayasan Warisan Johor dengan gabungan 2 buah kesenian berbeza dengan penampilan sebelumnya lebih memfokuskan kepada sesuatu bentuk persembahan Teater, Muzik Ghazal, Muzik Keroncong dan Seni Tari Zapin.

Gemilang Tanah Permata secara nyatanya membariskan artis-artis kelahiran Johor Sekaligus menunjukkan bahawa Yayasan Warisan Johor dan aktiviti seni Johor kini berani menyahut cabaran peringkat nasional dan antarabangsa selepas jangka masa peredaran dan juga siri persembahan berskali tinggi. Gemilang Tanah Permata juga menampilkan usaha murni dengan mengangkat aktivis muda Johor dibidang muzik dan tari.Sampailah masanya bagi aktivis muda berbakat ini yang kini bergelar koreografer dan penggubah muzik diketengahkan hasil dari usaha pengembangan dan pembangunan yang dijalankan secara berterusan selama 17tahun oleh Yayasan Warisan Johor.

Adalah diharapkan Gemilang Tanah Permata dapat memberikan impak dan kesan mendalam serta contoh terbaik bagi aktiviti seni persembahan dan kegiatan seni di Negeri Johor

Tiket : RM 80 / RM100 / RM150 / RM 200 / RM 250/ RM 350
5-7 FEBRUARI 2016 8.30 MALAM

MESEJ 0177996169 UNTUK PEMBELIAN TIKET

#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam