Bersantai di Kota Iskandar, Nusajaya
Sempat lagi main air kolam takde ikan nih. Sayang tak pasang air pancut. |
Pastu kitaorang semua pakat kuar ke Kota Iskandar. Bukan pasal tensen sebab tenet takde, tapi memang sesaja nak jalan kat situ hari ni. Ruang tengah tu abis kitaorang jelajah. Sekali sampai sana ada la pulak abang izat ngan kak liza. Dah jadi sesi berjimba jimba la pulak kitaorang kat situ. Iqa, putri, inaz dan hanis pun apa lagi. Berteromba la satu kota iskandar tu. Celah celah pengantin beroutdoor pun diaorang belasah menyelit. Hehehehe.. Dah nama pun bebudak kan.
Setel ja kat sini sempat ronda satu kota iskandar lagi sebelum ke Puteri harbour. Boleh tahan la hari ni meronda. Pueh hati. Iqa sempat ngepau tomyam lagi nak makan malam.. Dan apa yang best.. lam kul 3 pagi letrik boleh blackout pulak tu. Hampeh, sehingga membawa kepada aku tertinggal henpon kat rumah ini hari. Nak buat camner.. henpon aku kan juga merupakan torchlight yang power. Hahaha>>>>
Ni lah bangunan pejabat menteri besar negeri johor yang baru. Terletak ditengah tengah kota iskandar dekat nusajaya. Leh tahan ramainya orang datang bersantai kat sini terutama hari minggu.
Boleh pulak jumpa sepupu mama kat sini. Dah jadi program berjimba jimba dah kami petang nih. Nampak pengantin kat belakang tuh. Tu merupakan satu daripada empat pasangan yang buat outdoor kat sini petang ni saja..
Diaorang amik gambo belakang, kitaorang amik gambo depan. Ucu amik gambo apa pun tak tahu.. Bawak kamera ja, tak reti nak hapdet blog dia..
Posing jangan tak posing..
Ni pakai kamera cap ayam ja. Kamera nikon bawak tapi macam tak gerak. Ayam jugak yang lebih lebih
Dah buat sesi lari lari la pulak
Ni bangunan mesyuarat DUN.. leh tahan.. dulu dah pernah masuk dah. Masa mesyuarat KSPPD dedulu tuh
ada kolam best depan dia.. Rugi la pulak tak bawak kamera darth vader dark side aku
Ni pulak bangunan pejabat menteri besar. cun maa..
Sempat posing kasi peace tuh
Jom kita fly reramai jom
Ni la sebabnya kena pakai kamera dslr, kalau pakai cap ayam memang taksempat nak amik moment yang tepat. Padan muka aku..
Ni tak tau la mak arab mana lak yang tersesat. tapi mak arab pakai baju kelawar ke?
amik la beberapa shot bangunan pejabat mb nih
Dah la jum jalan gi puteri harbour pulak. ingat hanya satu jer entry dan exit kat sini iaitu pintu kedua dari roundabout tuh. Kalau silap berpusing la cari jalan kuar.
baru nak buat kije photog nikon sorang nih. tadi tido jer
suasana kekapal di puteri harbour
Sewa berlabuh kat sini agak berpatutan apabila mengingatkan pasal kemudahan yang disediakan. Gambar kapal ini tiada kaitan satu sen pun dengan aku. Begitu juga dengan ayat sewa itu. hahaha
Enjoice...Sharing is power!!!
Ulasan
wah! amik gmbr dgn camera cap ayam ke? tapi cantik lah... hehehe..
pakailah berukband.haha. :)