Cian En. Ziqri

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Tarikh : 10 Disember 2010
Masa : 8.00 malam
Tempat : Kat umah
Mood : Sangat sangat sangat marah

Tetiba ja dengar mama nangis. Sekali dia dukung ziqri, berlumuran darah. Sudah.. Ni apasal la pulak nih.. Rupanya kena cakar ngan encik yusri, kucing aku kat kampung la tu. Ni aku dah start temper nih. Apa apa pun, setelkan ziqri dulu. Pegang dia, sapu krim gamat, tapi luka yang bawah mata tu memang tak berenti jugak. Last last bawak ke klinik.

Orang memang sangat ramai kat klinik. Mintak izin dari semua nak masuk dulu. Dapat masuk. Doktor geleng kepala nengokkan. Sib baik mata tak kena. Alhamdulillah, terus gi cuci dan sapu iodin. Dapat antibiotik dan krim sapu. Terima kasih pada semua kat klinik tu semalam.

Balik ingat aku nak buang en. yusri kat gunung inas. Sib baik aku tak jumpa dia.. Balik dari Kroh baru jumpa. Tak kira misi mesti dilakukan. Haiza kata, akhirnya orang yang bawak en yusri balik ke rumah jugak yang akan buang dia. Nasib dia la.. Aku buang dia kat pasar besar baling. Klik cerita penuh untuk detail>>>



©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Abis muka encik ziqri.. dah cam gaduh ngan beruang dah jadinya

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ni ler pesalahnya nih.. tau serang budak kecik ja.. Dah tu nak gigit aku jugak tu..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Cubaan nak lari takkan berjaya kalau dengan aku..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Dah.. aku memang nak buang ko malam nih.. Tak kira la..

Enjoice...Sharing is power!!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP