Penat sangat gamaknya

Klik untuk gambar yang lebih besar
Kasi panas dulu sama ini besi *_*
Boleh la pulak aku terlelap. Lelap yang aku tak nak. Tu yang tak puas hati tuh. Bukan kejap lak tu. Sampai dah nak kul 8 baru aku terjaga. Bengong tul. Maybe sebab aku penat sangat? Maybe sebab faktor cuaca dengan hujan yang turun menyirami bumi dengan gumbira kat luar sejak dari aku balik kije tadi lagi? Maybe sebab aku dah telan ubat tadi, tu pun belum telan ubat super ngantuk tu lagi tuh? Tak kisah la. Yang penting aku memang dah terlelap pun. Dan banyak kije yang terbengkalai. Bengkerk beb.. Marah pun ada nih..

OK. Memula kena besi baju dulu. Besi? Iron sama tak ngan besi? Pasal kita kata iron ekk? Aku pun tak paham. Pastu mama dok bising ngan bebudak nih, dok buat kek la pulak kat dapur. Mentang mentang cuti sekolah lagi kan. Belasah ajer la. Nanti aku jugak yang sental kek tu sampai licin jugak kan. Belen buttercup ituhari pun banyak lagi, ada separuh beldi lagi kan. Belasah ajer la kasi abis. Nak simpan buat apa kan..

Lagi satu aku nak ikuti apa yang jadi ngan Indon vs Filipin nih. La ni setakat entry ni aku tulis. Indonesia dah lead pun 1-0. Target aku Final Malaysia vs Indonesia.. Memang gempak punya la kan. Harap harap Malaysia akan main dengan baik 18 Dis nanti kat Hanoi. Klik cerita penuh untuk detail>>>



©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Mama dah start dah bikin kek. Buat jangan tak buat.

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Masih ada suku lagi nih.. Leh bikin satu ke dua kek lagi nih

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
apa apa pun kita kasi setel seterika baju dulu... Malaysia Boleh!!!!

Enjoice...Sharing is power!!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP