LAPORAN TAHUNAN 2017 PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025


LAPORAN TAHUNAN 2017 PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025. Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 sejak tahun 2013 bertujuan untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara setanding dengan negara maju. YB Dr. Maszlee bin Malik, Menteri Pendidikan Malaysia telah melancarkan Laporan Tahunan 2017 yang memaklumkan mengenai status kemajuan inisiatif pendidikan di bawah PPPM pada tahun 2017 di dalam majlis yang telah dihadiri oleh kira-kira 500 orang peserta yang terdiri daripada pengurusan tertinggi Kementerian, Ketua-ketua Jabatan, pengetua dan guru besar, guru serta para jemputan luar.

Penerbitan Laporan Tahunan ini ialah satu daripada kaedah yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk meningkatkan ketelusan dalam pelaksanaan PPPM selari dengan Anjakan 11 dalam PPPM yang menekankan kepentingan meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban awam secara langsung. Melalui pelaporan telus yang menunjukkan kejayaan dan kelemahan pelaksanaan inisiatif, Kementerian membuka ruang dan peluang kepada pihak awam untuk turut bersama-sama menyumbang idea, dan memberi sokongan dan bantuan ke arah peningkatan kualiti sistem pendidikan negara. Sila layari pautan berikut untuk memuat turun laporan tersebut :

http://www.padu.edu.my/annual_report/2017/

#PPPM #PADU #KPM #MEB #AR2017

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam