Insentif Harapan Siswa : Permohonan Sesi 2/2018 dibuka


Insentif Harapan Siswa : Permohonan Sesi 2/2018 dibuka. Pelajar negeri Johor yang berjaya menerima tawaran pengajian di institusi pengajian tinggi boleh membuat permohonan mendapatkan bantuan Insentif Harapan Siswa. Kerajaan negeri memperuntukkan RM3 juta bagi bantuan itu dengan RM,1000 untuk setiap pelajar yang ditawarkan pengajian ijazah pertama manakala RM500 pula bagi peringkat diploma. Permohonan ini terbuka kepada semua termasuk mereka yang menerima tawaran ke kolej dan universiti swasta, namun keutamaan diberikan kepada pelajar daripada keluarga B40. Skim ini diharap dapat meringankan beban mereka terutamanya dari segi kos perjalanan dan semasa proses pendaftaran pelajar.

Sila rujuk http://portal.ypj.gov.my/skim-bantuan-pendaftaran-sbp/


SYARAT AM PERMOHONAN

  1. Pemohon lahir dan menetap di Negeri Johor
  2. Permohonan terbuka kepada pelajar tahun 1 (semester pertama) Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian ke IPTA dan IPTS terpilih (Kolej YPJ, EDUCITY & Marsah)
  3. Pemohon telah mendapat surat tawaran dari Institusi Pengajian Tinggi
  4. Tempoh kursus yang diikuti adalah mengambil masa setahun atau lebih;
  5. Pendapatan Ibu DAN bapa / Penjaga tidak melebihi RM 4,000.00 sebulan dan RM 4,001 hingga RM 5,000 sebulan dengan jumlah tanggungan melebihi 5 orang dan ke atas;
  6. Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian;
  7. Pemohon tidak menerima apa-apa bantuan pendaftaran dari agensi-agensi lain.
  8. Permohonan bantuan adalah tertakluk kepada syarat serta kelulusan pengurus besar YPJ

DOKUMEN WAJIB

  1. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTA
  2. Salinan Resit Pembayaran (bagi yang telah mendaftar);
  3. Salinan kad Pengenalan Pelajar, Ibu dan bapa atau Penjaga;
  4. Salinan Akaun Bank Islam (M) Berhad tanpa buku (PASSBOOK-LESS ACCOUNT) sahaja (Salinan Resit Pembayaran BIMB Tidak Diterima);
  5. Salinan Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga (SLIP GAJI/ PENYATA PENDAPATAN)

PENTING! :
Sekiranya ibubapa/penjaga tidak mempunyai slip gaji (Bekerja Sendiri) /tidak bekerja (suri rumah/pesara/pencen/ tiada punca pendapatan), adalah WAJIB untuk pemohon melengkapkan Borang Pengesahan Pendapatan 2018 (PP-SBP 2018) dan seterusnya disahkan oleh PesuruhJaya Sumpah / pegawai gred A / yang setaraf dengannya.

Kesemua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh pegawai profesional/ Kategori A/ Ketua Kampung/ Penghulu/Pengerusi JKKK/ yang setaraf dengannya



---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam