Chap Goh Mei


Chap Goh Mei disambut pada hari kelima belas selepas Tahun Baru Cina. Biasanya aku tengok langit jer. Kalau bulan dah bulat penuh sahihlah malam tu malam chap goh mei. Sama cam Thaipussam yang juga disambut pada 15 hari bulan. Pelik tak. Kalau kita lihat bebetul kalendar lama semuanya kalendar lunar. Yang pakai matahari cuma kalender yang kita pakai sekarang yang guna Jan, Feb tu lah.

Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara besar-besaran, di mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga. Bunga api dibakar dan tanglung dinyalakan bagi meraikan Chap Goh Mei. Kira malam ni memang happening tul la. Tak tahan aku ngan asap yang keluar secara besar-besaran nih. Malam ni jer kat rumah aku ni, dari jam 8 pm tadi sampaila ke la ni yakni jam 10 pm; masih tak berenti-renti lagi pesta bunga api nih. Iqa dah berapa kali dah kuar masuk tengok bunga api kat langit.

Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para gadis akan berpakaian serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan yang secucuk. Terdapat juga amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai dengan doa untuk mendapat pasangan. Buah limau yang basah membawa pesanan agar mereka mendapat pasangan yang sesuai.

Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan perayaan Chap Goh Mei seperti perarakan tanglung, tarian naga atau singa, opera Cina, dan mengimbang bendera besar "Chingay". Apapun.. esok dah kerja. Jangan monteng haaaa....






Chiaoooo...
__________________________________________________________________________
Mohamad Khairul Nizam | 07-5101621 | 0163176350 | 0136042404 | mknace@gmail.com
 

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
kerja, jangan tak kerja

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam