Cuti tahun baru cina yang panjang / Pasang air di rumah baru


Hari ni aku dah wat appointment untuk pasang air di rumah baru kat pulai perdana. Patutnya semalam tapi tukang paip cuti. Takpe la. Janji dapat pasang kan. Kul 8.50 aku sampai dan tukang pun sampai lam 5 minit kemudian. Dia mula pasang. Sekali aku naik bilik atas. Ehhh.. berkunci lak.



Aku try la bukak. 3 kali aku cuba semua kunci. Tak boleh. Apa kehal lak ni. Bengkek tul. Aku cakap kat indon pasang paip tu. Ko pecahkan jer pintu ni. Aku dah bengang dah ni. Dia kata takpa bang nanti buat report je kat Mah Sing. Banyak rumah jadi kes cam abang ni. Nanti hari isnin aku wat report.




Iqa lak dah bosan pasal dah lama sangat. Dia ajak gi taman jengjalan. Rumah aku ngan taman ni selang 3 pintu jer. So lepak situ la. Sekali tokei dia datang. Aku ajak borak. Aku panggil dia uncle jer. Aku tanya apasal cuti raya lama sangat tahun ni. Dah jadi cam melayu lak.

Jawapan dia yang aku tunggu-tunggu dan cari-cari selama ni. Aku tak terpikir pun jawapan ni. Jawapan dia simple jer. Bukan mau cuti lama-lama tapi terpaksa maa.. Sekarang musim ekonomi gawat. Kerja tarak. Kalau kasi berhenti pekerja lagi kesian loo. Baik kasi sorang kerja 4 hari gilir-gilir. Kalau berenti lagi kesian. Tak boleh makan. Kurang-kurang ada gaji empat hari.


Dia cakap lagi lepas raya nanti lagi nampak kot kesan ekonomi ni. Nak wat camner kan. Lepas borak-borak lebih kurang iqa ajak aku ronda-ronda lak. Aku tanya uncle mau minum ka. Takpe la. Aku jumpa indon tu cakap aku keluar jap pastu terus kita keluar. Boleh tahan gak kedai kat pulai perdana ni. Senang gak nak pegi. Yang aku suka sebab ada kedai buku. Iqa seperti biasa mintak buku princess dia la apa lagi.


Pas dapat buku dia. Haram tak bising lagi. Tekun jer membaca. Masa nak balik tu dua-dua jiran aku datang. Layan borak-borak jap. Bila nak pindah. Aku cakap tunggu dapat seru dulu la.. Hahahaha.. Dah semua settle aku beransur...



Chiaoooo...
__________________________________________________________________________
Mohamad Khairul Nizam | 07-5101621 | 0163176350 | 0136042404 | mknace@gmail.com
 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP