Kejohanan Sepak Takraw Zon Skudai 2009
Hari yang dinanti-nantikan oleh semua ahli kelab takraw akhirnya menjelma. Berbagai perasaan timbul tenggelam di sanubari masing-masing. Seawal jam 6.45 pagi lagi semuanya sudahpun menunggu di sekolah. Sebaik aku sampai, aku terus keluarkan bihun goreng dan pisang. Sarapan dulu. Dalam 5 minit kemudiaan Ustaz Sajoli tiba. Takpe kita makan dulu..
Setelah membantu mempersiapkan dewan untuk majlis dialog ibu bapa, lebih kurang jam 7.45 pagi; terus kami bertolak ke Dewan Raya Desa Skudai. Sesampai disana, pasukan Taman U 2 sudahpun sampai. Jadi kami jadi sekolah kedua tiba.
Sesi Memanaskan badan.
Tengok dewan nampak kecik sikit. Lebih kepada gelanggang badminton. Tak kisah sangat pasal tu. Tapi ada 3 gelanggang jer. Rapat-rapat pulak tu. Bila main boleh masuk bola ke gelanggang lagi satu. Aku suruh jer budak masuk gelanggang, panaskan badan; lepas tu try buat servis kuda. Bebudak tu jangan cerita, memang semangat habis. Masa ni Ustaz Sajoli jer dok tengok budak pasal aku kena gi pendaftaran.
Sesambil dok pendaftaran tu dok jeling-jeling gak team lain yang bertanding. Lain macam team hijau nih. Sekali dok usha, oooo.. ni la team batu 10 ni. Nampak cam boleh pakai bebudak ni. Masalah juga ni untuk bebudak aku. Persepsi awal aku, diaorang ni akan masuk Final. Tengok gaya angkat bola, balas balik; sahih takraw ni makanan diaorang ni.
Pusingan awal - perlawanan pertama
Team A lawan Taman Universiti 1. Team B lawan Batu 10. Aku harap diaorang sekurang-kurangnya dapat bagi saingan jugak untuk dua-dua favourite ni. Namun memang tepat dengan ramalan. Dua-dua kalah straight set. Tapi takpe, masih ada satu game lagi.
Pusingan Awal - perlawanan kedua
Perlawanan ni adalah penentuan. Apa pun jadi, mesti menang. Team A & B dua-dua lawan Skudai Baru. Dua-dua drag ke Rubber Set. Alhamdulillah Team A berjaya menundukkan lawan dan berjaya mara ke Suku Akhir. Team B terkandas juga. Kesalahan terbesar aku adalah aku terlupa rubber set tak sampai ke mata 21. Sama la juga ngan bebudak. Jadi terpaksala terima kekalahan ni dengan hati yang berat.
Suku Akhir
Dari perkiraan aku memula tadi. Kita akan bertemu ngan team favourite balik iaitu Taman U 1. Sekali memang betul. Aku cakap senang jer. Korang menang ngan taman U, Marry Brown lam tangan. Bebudak mula suka balik. Jom kita gempur abis-abis. Tapi malangnya nasib tak menyebelahi kita. Bola takraw tu bulat. Macam-macam boleh berlaku. Kita terpaksa terima yang pihak lawan lebih kuat dari kita.
Separuh akhir
Memang team favourite jer yang tinggal. Sekudai Batu 10 A & B lawan Taman U 1 a & B. Tengok diaorang main memang best. Aku suruh bebudak tu tengok macamana diaorang main.
Final
Sekudai Batu 10 lawan Taman U 1. Memang menarik. Memang betul tekaan aku, Sekudai Batu 10 menang. Apa boleh buat. Terima kekalahan seadanya. Tahun depan kita cuba lagi.
Ulasan