Geng the movie - Pengembaraan Bermula | A simple review by me

Geng the movie - Pengembaraan Bermula oleh Les' Copaque


Photobucket
Apa-apapun tahniah kerana berjaya menjadikan filem animasi pertama terbitan tempatan ini menjadi tarikan kepada semua. Memang betul-betul nyer tarikan kerana setelah hampir 10 tahun aku tak pergi pawagam, aku leh pergi ke TGV bersama seisi keluarga lagi.




Cerita berkisar lebih kepada Rajoo, Badrul dan Lim serta pertemuan mereka dengan Oopet. Kisah bermula pasal Badrul ngan Lim yang nak balik kampung pasal nak makan durian. Semasa menunggu durian tetiba durian yang jatuh hilang. Dan di sinilah ceritanya bermula. Perkembangan cerita memang menarik. Timbulnya Oopet dan perkaitan hantu durian.

Photobucket

Cerita dia simple, boleh kata terpaku gak ler mengikuti jalan cerita; walaupun aku dah boleh agak sikit-sikit jalan cerita dia, sapa yang jadi bandit n what so ever. Bini aku pun asik dok tanya aku. Aku pulak dok cerita macam aku dah tengok lak cerita ni. Pelik gak kan. Watak Upin dan Ipin cuma tempelan jer. Kat situ yang jadi sedih sikit tu pasal bebudak datang demi upin dan ipin. Tapi kat movie ni kureng sikit watak diaorang ni. Kekadang tu suara pun tenggelam ngan suara watak utama dia.

Yang paling tak best cerita lam gua yang kira cam warping zone oopet tu. Adoooihh.. Terus melangkau realiti dan alam pikiran. Ada ular besar, ada lintah besau. Cam tengok cerita ultraman lak. Terutama bina mama oopet lawan resakse ulau tu. Lagi satu part ending cerita ni. Aku bangun duduk dua kali. Aih.. dah kuar jata negara, dikeluarkan oleh sapa. Tup tup sambung balik. Pastu kuar balik nama pengarah ke apa. List pelakon, pastu tup tup sambung balik. Aku cakap kat iqa pasni kalau lampu dia pasang baru kita kuar. Adoiihh pening tul. Bukan apa pasal lama jugak benda macam ending tu kuar. So, ingatkan dah abih..

Photobucket

Apa-apa pun tahniah pada les' copaque kerana berjaya mengeluarkan filem ini. Memang satu lonjakan yang baik. Lain kali kuarkan movie pasal upin dan ipin. Pasal anda berjaya kerana mereka, anda terkenal pun kerana mereka. Teruskan kesinambungan upin dan ipin.

ps : jangan join ngan en razak atau en david. nanti pilem anda jadi geli orang nak tengok. stereotaip tul.




Ulasan

Tanpa Nama berkata…
betulla. upin ipin macam tak puas tengok diaorang

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016