Siri Audit SKPMg2 Dihentikan Serta Merta


Siri Audit SKPMg2 Dihentikan Serta Merta. Kementerian Pendidikan memutuskan untuk memberhentikan siri audit Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) yang sedang dijalankan pihak Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) berkuat kuasa serta merta.

Perkara itu diumumkan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik pada sidang media di sini, hari ini. Maszlee berkata, bagi membantu pihak pengurusan sekolah memantapkan penggunaan SKPMg2 dengan berkesan, JNJK bagaimanapun akan meneruskan sesi latihan dan bimbingan yang diperlukan. Katanya, dokumen SKPMg2 pada mulanya dihasilkan dalam usaha memastikan kelangsungan transformasi pendidikan negara selaras dengan keperluan pendidikan bertaraf global.

"Bagaimanapun, proses audit untuk verifikasi pengisian data SKPMg2 bagi 2017 menyebabkan salah faham dan kegelisahan dalam kalangan guru. Saya mahukan bebanan tugas guru dikurangkan agar mereka boleh memberi tumpuan kepada usaha mendidik murid," katanya.

SKPMg2 terdiri daripada lima standard iaitu kepemimpinan, pengurusan organisasi, pengurusan kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal pelajar, pembelajaran dan pemudahcara (PdPc) serta kemenjadian murid.

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam