Bawang Team : LIMA


Bawang Team : LIMA. Apa agaknya reaksi kita kalau tetiba dituduh? Gabra? Ada member yang share pasal kena tuduh. Yok kita baca.

Kelmarin saya dan anak saya beli barang keperluan bulan puasa di sebuah supermarket.
Semasa berbaris kt kaunter untuk membuat bayaran, di depan saya tu ada seorang nyonya tapi dressingnya mmg nampak mcm org kaya, sangattt. Bila sampai turn dia untuk buat bayaran, saya tengok dia sedikit gelabah, rupanyanya dompet duit dia hilang, dgn tiba tiba dia menuduh saya yg telah mencuri dompet nya. Saya katalah yg saya tak nampak pun beg nyonya.

Maka terjadilah suatu pertengkaran kecil di kaunter tersebut & menyebabkan security dekat situ datang campur tangan, saya pun bagitau dekat nyonya tu dan security tu yang saya bekerja sebagai seorang penjawat awam, saya tak buat kerja mencuri ni..

Dia perkenalkan diri dia, saya bini David Lim Ah Man, Pengerusi sebuah kilang Antarabangsa. saya katalah.. saya peduli apa lu sapa pun, saya tak takut pun sbb saya tak mencuri, apa lu ada bukti ka? Orang semakin ramai tengok... memang malu pun ada..

Tengah kelam kabut begitu tetiba datang seorang perempuan dekat nyonya tadi, dia kata, auntie ini dompet auntie bagi saya pegang tadi masa pi tandas (dengan loghat indon) oooo org gaji dia rupanya. Nyonya tu pun ambil lah dompetnya dan membuat bayaran dkt kaunter.. Dia jugak meminta maaf kepada saya dgn menghulur wang pada saya sebanyak RM200 untuk menebus malu dia dgn saya.  Saya tak ambil wang tu dan dia tambah lagi RM100 dan jadilah RM300 , saya masih tak ambil jugak..

Lalu anak saya mencuit saya, sambil sebut lima ayah lima.. Anda tentu fikir mungkin anak saya suruh minta RM500  dari nyonya tu kan? Bukan!  bukan sama sekali, yang sebenarnya anak saya gerak bangun makan sahur sebab jam dah 5 pagi, ish2 mimpi rupanya, jangan marah ya di bulan posa ni.

Perkongsian dari geng kepada geng
#BawangTeam

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Jelly Beans

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016