Permohonan MyKad Bagi Kanak-Kanak 12 Tahun : Syafinaz turns 12


Permohonan MyKad Bagi Kanak-Kanak 12 Tahun : Syafinaz turns 12. Hari jemaat pagi kami gi UTC. Nak buat IC Inaz. Jap jer proses dia. Sejam masa menunggu untuk ambil kad. Singgah food court makan dan merayap jap di Mr DIY. Gi JPN semula dan amik kad. Mudah betul.

Mengikut Peraturan 3, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007)  setiap kanak-kanak yang telah mencapai umur 12 tahun dan bertaraf Warganegara wajib mendaftar untuk mendapatkan Kad Pengenalannya. Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN bersama Penganjur dan membawa dokumen asal yang perlu dikemukakan.

Syarat Permohonan

  1. Pemohon mestilah telah berumur genap 12 tahun tetapi belum mencapai umur 16 tahun.
  2. Pemohon mestilah hadir bersama Penganjur
    • Ibu atau Bapa; atau
    • Penjaga (Penjaga adalah datuk atau nenek atau ibu saudara atau bapa saudara atau kakak atau abang yang berusia melebihi 21 tahun).
  3. Borang Permohonan JPN.KP01 (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.
  4. Pemohon mestilah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh genap berumur 12 tahun. Jika tidak, bayaran proses akan dikenakan.
  5. Sekiranya penganjur adalah selain daripada kategori di atas perlu mengemukakan surat akuan berkanun dan surat pengesahan penjagaan pemohon dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hendaklah dibawa bersama.
Dokumen yang perlu dikemukakan
  1. DOKUMEN PEMOHON (ASAL)
    • Sijil Kelahiran atau Sijil Anak Angkat atau Sijil Warganegara atau Pengesahan Taraf Warganegara atau Borang Warganegara atau Lampiran A (JAKOA).
    • Pasport bagi pemohon yang menetap di luar negara.
  2. DOKUMEN PENGANJUR (ASAL)
    • Kad Pengenalan Penganjur (Ibu Atau Bapa Atau Penjaga)
    • Penjaga yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan, perlu mengemukakan surat akuan berkanun dan surat pengesahan penjagaan pemohon dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hendaklah dibawa bersama.
    • Pasport negara asal penganjur bagi yang Bukan Warganegara.











---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam