Permohonan Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) Ambilan Tahun 2019


Permohonan Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) Ambilan Tahun 2019 boleh dilakukan melalui Sistem Dalam Talian NPQEL MPPS mulai 25 Jun 2018 hingga 10 Ogos 2018. Permohonan boleh dibuat melalui capaian url https://tls.moe.gov.my.

Syarat Umum Permohonan
  1. Disahkan dalam perkhidmatan (bagi PPP Gred DG29)
  2. Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan iaitu sebanyak 85% berdasarkan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)/Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) tiga (3) tahun terkini
  3. Bebas daripada tindakan tatatertib
  4. Telah mengisytiharkan harta (tempoh lulus isytihar harta tidak melebihi lima (5) tahun
  5. Bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan
  6. Diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan

Syarat Khusus
  1. Telah dinaikkan pangkat ke Gred DG48 (bagi calon Pengetua) atau Gred DG32 (bagi calon Guru Besar) atau sekurang-kurangnya lima (5) tahun di Gred DG29 (bagi calon Guru Besar SKM(B))
  2. Mempunyai pengkhususan dalam bidang tertentu :
    • Pengetua : Bidang Umum/Teknikal/Pendidikan Islam
    • Guru Besar : Bidang Umum/Cina/Tamil
  3. Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya tiga (3) tahun berkhidmat sebagai 
    • Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Bidang
    • Penolong Kanan (termasuk Penolong Kanan yang dilantik secara pentadbiran di SKM (B)
    • jawatan-jawatan pentadbiran di PPD/JPN/Bahagian/IAB/Institut Pendidikan Guru/Kolej Matrikulasi
  4. Mempunyai sekurang-kurangnya lima (5) tahun tempoh perkhidmatan sebelum bersara (tertakluk kepada tarikh kekosongan)
  5. Melepasi tahap kesihatan yang memuaskan (Perenggan 9, Pekeliling Perkhidmatan Bil.1 Tahun 2013

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Unknown berkata…
Nak memohon utk NPQEL2019
Unknown berkata…
Bilakah iklan pengambilan untuk sesi pengambilan NPQEL yang seterusnya
Unknown berkata…
Bilakah permohonan npqel dibuka untuk ambilan 2020?
Unknown berkata…
MPQUEL Ruang Dan peluang yg ada sangat memberi harapan tinggi pada wrga guru tetapi menghampakn kepada guru2 yg sekian lama brkhidmat, ruangan ini susah dibuka untuk prmohonan,tidak professional tidak berintigeriti tinggi penilaian pilih kasih(tidak Adil)

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied