PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Wajib Mencegah Mungkar


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Wajib Mencegah Mungkar

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ نَبِيٍّ بَعَثَهُ اللَّهُ فِي أُمَّةٍ قَبْلِي إِلَّا كَانَ لَهُ مِنْ أُمَّتِهِ حَوَارِيُّونَ وَأَصْحَابٌ يَأْخُذُونَ بِسُنَّتِهِ وَيَقْتَدُونَ بِأَمْرِهِ ثُمَّ إِنَّهَا تَخْلُفُ مِنْ بَعْدِهِمْ خُلُوفٌ يَقُولُونَ مَا لَا يَفْعَلُونَ وَيَفْعَلُونَ مَا لَا يُؤْمَرُونَ فَمَنْ جَاهَدَهُمْ بِيَدِهِ فَهُوَ مُؤْمِنٌ وَمَنْ جَاهَدَهُمْ بِلِسَانِهِ فَهُوَ مُؤْمِنٌ وَمَنْ جَاهَدَهُمْ بِقَلْبِهِ فَهُوَ مُؤْمِنٌ وَلَيْسَ وَرَاءَ ذَلِكَ مِنْ الْإِيمَانِ حَبَّةُ خَرْدَلٍ

Dari Abdullah bin Mas'ud bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah seorang nabi yang diutus oleh Allah pada suatu umat sebelumnya melainkan dia memiliki penolong dan sahabat dari kalangan umatnya. Mereka beramal dengan sunnahnya  dan mengikuti perintah-perintahnya. Kemudian datanglah selepas itu mereka yang mengatakan sesuatu yang tidak mereka lakukan, dan mereka melakukan sesuatu yang tidak diperintahkan. Barangsiapa yang menentang mereka dengan tangan maka dia seorang mukmin, barangsiapa yang menentang mereka dengan lisan maka dia seorang mukmin, barangsiapa yang menentang mereka dengan hati maka dia seorang mukmin, dan tidak ada iman selepas itu walau sebesar biji sawi." (HR Muslim No: 71) Status: Hadis Sahih.

Pengajaran:

1.  Setiap Nabi yang diutus oleh Allah memiliki pengikut dan penolong yang sentiasa mengikut perintah dan larangan.

2.  Namu akan ada golongan umat yang mengingkari perintah dan melanggar larangan Nabi termasuk umat Nabi Muhammad SAW.

3.  Barangsiapa berusaha mencegah golongan tersebut dari melakukan maksiat dengan kuasa yang ada atau lisan atau sekurang-kurangnya membenci dengan hati, maka ia tergolong dari kalangan orang yang beriman.

4.  Hanya mereka yang kehilangan cahaya keimanan sahaja akan merasa tenang terhadap maksiat yang dilakukan oleh mereka atau orang lain di sekitar mereka.

5.  Tidak ada iman walau sebesar biji sawi jika tidak ada di dalam hati rasa kebencian terhadap maksiat yang ada di sekeliling mereka. Mengingkari kemungkaran dengan hati adalah fardhu ain ke atas setiap Muslim.

6.  Mengingkari kemungkaran adalah kewajipan seorang mukmin dengan berusaha mengubahnya mengikut kadar kemampuan, sama ada dengan perbuatan atau kata-kata ataupun dengan tangan, lisan atau hati.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

01hb Februari  2018
15hb Jamadil Awal 1439H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa English? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam