PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Benci Mungkar Dengan Hati


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Benci Mungkar Dengan Hati

حَدَّثَنَا نَهَارٌ الْعَبْدِيُّ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا سَعِيدٍ الْخُدْرِيَّ يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ اللَّهَ لَيَسْأَلُ الْعَبْدَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يَقُولَ مَا مَنَعَكَ إِذْ رَأَيْتَ الْمُنْكَرَ أَنْ تُنْكِرَهُ فَإِذَا لَقَّنَ اللَّهُ عَبْدًا حُجَّتَهُ قَالَ يَا رَبِّ رَجَوْتُكَ وَفَرِقْتُ مِنْ النَّاسِ

Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Abdurrahman Abu Thuwalah telah menceritakan kepada kami Nahar Al 'Abdi bahawa dia mendengar Abu Sa'id Al Khudri berkata, "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah pasti akan menyoal seseorang hamba-Nya pada hari Kiamat kelak, sehingga Allah berkata: Apakah yang menghalang kamu untuk mencegah kemungkaran ketika kamu melihatnya?" Hamba itu akan menjawab, 'Wahai Tuhan, aku mengharapkan reda Mu dan aku menjauhi manusia (mengharap keampunan Allah dan takut manusia mendatangkan mudarat padanya)'." (HR Ibnu Majah No: 4007)  Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap Muslim bertanggungjawab mencegah kemungkaran yang berlaku di sekeliling mengikut kemampuan masing-masing.

2.  Setiap Muslim akan ditanya di hari kiamat antaranya tentang kemungkaran yang dilihat tetapi tidak dicegah.

3.  Mengingkari kemungkaran  dengan hati dapat melepaskan seorang Muslim daripada tanggungjawab jika dia seorang yang lemah dan tidak mampu mengingkarinya dengan tangan atau lisan. Lemah dan tidak mampu ialah apabila ia merasa takut diri atau hartanya ditimpa mudarat dan ketika itu dia tidak mampu menanggungnya (selemah-lemah iman) serta mengharap agar Allah mengampunkannya.

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَامَ خَطِيبًا فَكَانَ فِيمَا قَالَ أَلَا لَا يَمْنَعَنَّ رَجُلًا هَيْبَةُ النَّاسِ أَنْ يَقُولَ بِحَقٍّ إِذَا عَلِمَهُ
قَالَ فَبَكَى أَبُو سَعِيدٍ وَقَالَ قَدْ وَاللَّهِ رَأَيْنَا أَشْيَاءَ فَهِبْنَا

Dari Abu Sa'id Al Khudri, bahawa SAW berdiri menyampaikan khutbah, dan di antara isi khutbah baginda adalah: "Ketahuilah, jangan sekali-kali seseorang terhalangi untuk menyampaikan kebenaran yang ia lihat kerana takut kepada orang." "Lalu Abu Sa'id menangis dan berkata, "Sungguh, demi Allah, kami telah melihat kemungkaran tersebut, namun kami takut." (Sunan Ibnu Majah No: 3997) Status: Hadis Sahih

4.  Ibnu Masud: Akan ada di kalangan kamu mereka yang panjang umurnya dan sempat melihat kemungkaran yang tidak mampu diubahnya kecuali Allah mengetahui bahawa hatinya benci kepada kemungkaran tersebut.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

05hb Februari  2018
19hb Jamadil Awal 1439H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa English? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam